Followers

Saturday, March 26, 2011

Keupayaan luar biasa Jepun--jalan siap dalam 6hari

Gambar sebuah jalan raya Jepun yang terbelah ini kerana kekuatan

gegaran gempa bumi pada 11 Mac lalu.

Sekarang apa yang mengagumkan dunia ialah bagaimana kemampuan negara

matahari terbit itu untuk membina semula jalan raya itu dengan pantas, sekaligus

menunjukkan kemampuan

bangsa itu untuk kembali berdiri walaupun diselubungi pelbagai dugaan dan cabaran.

Kerja-kerja pembinaan semula Great Kanto Highway di Naka itu bermula pada

17 Mac dan siap sepenuhnya enam hari kemudian seperti asal. Itu kemudiannya dibuka untuk

lalu lintas malam semalam.

Kembali semula…: Inilah Great Kanto Highway yang hancur kerana gempa bumi
pada 11 Mac – tetapi dibaiki semula hanya dalam masa enam hari.

Ramai pekerja di Jepun telah kembali bekerja semula dan beberapa syarikat

di kawasan paling teruk dilanda gempa bumi dan tsunami telah dibuka kembali.

Pemulihan kembali Jepun telah mendorong beberapa pelabur, termasuklah Warren Buffett

dari Amerika Syarikat, salah seorang terkaya di dunia yang menyatakan bahawa bencana yang

telah mengorbankan 23,000 nyawa dan masih hilang itu merupakan ‘kesempatan membeli’ di pasaran wang.

Dari Pulak Dah

Jepun bagi ku adalah sebuah negara sungguh luarbiasa...sejak kejadian tsunami 11mac

lalu telah membuktikan pada dunia dengan disiplin dan kegigihan rakyatnya mampu bangun

semula dalam masa yang singkat...luarbiasanya buminya digegarkan dan dengan luar biasa

ia mampu bina kembali...kemajuan teknologi jepun memang menakjubkan...itulah yang berlegar

dikepala hotak ku...biasa aku tengok tanah runtuh kat malaysia berbulan2 nak pulihkan

jalan berlobang pun makan masa bertahun nak diturap tar semula....entah lah dunia dunia

berapa jauh agaknya kita ni ketinggalan...lu fikir la sendri


No comments: