Followers

Sunday, March 20, 2011

Eksklusif: 1:5 rakyat Malaysia berisiko jadi gila

2011/03/20

Sebagai rakyat malaysia ...perkara ini harus diberi perhatian...apakah puncanya..adakah berpunca dari desakkan hidup..dengan kos sara hidup tinggi..harga bahan makanan yang meningkat tanpa kawalan dari pihak berwajib..semuanya berhubung kait antara satu sama lain
dan yang paling bahaya laa nii gejala sosial..tadi aku tengok kat kosmo kes buang bayi yang ditinggalkan ditangga disebuah apartmen dikepong...masyaallah...masih hidup lagi..
malaysia tiada gempa bumi,gunung berapi,tsunami...tapi ini lah tsunami sebenar rakyat malaysia yang meniggalkan segalanya demi tuntutan kemajuan...hingga kita lupa pada ALLAH S A W dan akan janjinya ...na'uzubillah
 PESAKIT meluangkan masa lapang dengan bermain catur di Wad Kebun Hospital Bahagia Ulu Kinta, Ipoh.
PESAKIT meluangkan masa lapang dengan bermain catur di Wad Kebun Hospital Bahagia Ulu Kinta, Ipoh.
Masyarakat kurang kesedaran rawatan awal penyakit mental

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya seorang daripada lima rakyat negara ini berisiko gila jika mengalami masalah kesihatan mental dan tidak mendapatkan rawatan dengan segera serta teratur.

Ramalan itu berasas jika mengambil kira hasil Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ke-3 yang menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia menderita masalah kesihatan mental. Lebih membimbangkan, masalah gangguan fikiran dijangka tersenarai di tangga kedua penyakit utama dunia selepas penyakit jantung koronari menjelang 2020.




No comments: