Followers

Sunday, October 28, 2012

Zakir naik pendakwah rentasi sempadan


      Pertama kali aku tengok video ceramahnya membuat aku tertarik dengan personaliti ini,..gaya dan konsep penyampaian dakwah mampu menarik puluhan ribu audien dalam satu masa dan tempat,berjaya mengIslamkan berpuluh ribu orang secara langsung sepanjang siri ceramahnya diserata pelusuk dunia,..yang pada aku yg kerdil ini merasakan keterampilan,ketokohan beliau mampu memartabatkan dakwah Islam di zaman globalisasi ini...ditambah lagi hujahan beliau yg petah lagi bernas menjawab kemusyikilan dari golongan bukan Islam..yang kekurangan ilmu tentang dakwah Islam..menjurus kepada mereka untuk mendekati Islam yang syumul...Alhamdulillah.

Larangan ke Britain
      Atas pendirian kerasnya yang berpegang teguh pada Al-quran dan sunnah Rasulullah saw,..beliau pernah dilarang memasuki britain pada 18 Jun 2010, memberi ceramah di Sheffield utara England kerana dituduh menggalakkan keganasan dan menentang idea George W Bush tentang peristiwa 9/11.

     Dr Zakir Abdul Karim Naik (lahir 18 Oktober 1965 di Mumbai ) merupakan ulama, pendakwah dan penceramah dengan tajuk utama perbandingan agama. Beliau doktor perubatan setelah mendapat Sarjana Perubatan dan Bedah (MBBS) dari University of Mumbai . 1991 berhenti dari kerjaya doktor perubatan dan beralih kepada bidang dakwah .
     Pernah di gelar Ahmad Dedat plus + Zakir Naik 47 adalah pengasas dan presiden Yayasan Penyelidikan Islam (PRF) yang memiliki channel TV Keamanan di Mumbai,India. Beliau mendapat inspirasi dariAhmed Deedat - rakyat Afrika Selatan keturunan India . Tujuannya untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan remaja Islam yang meragui agamanya sendiri dan merasakan Islam agama kuno.
Kontroversi dan Kritikan
Sekiranya Osama bin Laden menentang musuh Islam, maka umat Islam hendak menyokongnya. Jikalah Osama penganas berjuang menentang pengganas, maka setiap umat Islam hendaklah menjadi penganas.
Jika mendokong kebebasan bersuara, maka jurucakap muslim hendaklah dibenarkan berucap. Sebelum ini ulama Qatar Yusuf al-Qaradawi danAbu Ameenah Bilal Philips muslim dari Jamaica dilarang berceramah di Sheffield Arena, London's Wembley Arena dan LG Arena di Birmingham NEC.
Walaupun kempen anti Islam meningkat, tetapi 34,000 rakyat Amerika Syarikat memeluk agama Islam dari September 2001- Julai 2002.Edward Said menulis dalam majalah Time bahawa 60.000 buku-buku tentang Islam dan Timur telah ditulis antara tahun 1800 dan 1950 sahaja.
Ketika kuliah di Universiti Melbourne , Zakir Naik menyatakan bahawa hanya Islam memberi perempuan keadilan sebenar. Pakaian Barat mendedahkan kepada perogolan. Oleh itu wanita hendaklah menutup kepala..
Pada 21 Januari 2006 , Zakir Naik berdialog dengan Sri Ravi Shankartentang konsep Tuhan dalam Islam dan Hindu. Acara ini diadakan diBangalore , India , 50.000 hadir di Istana Grounds
Setelah kuliah dengan Paus Benedict XVI pada bulan September 2006, beliau menjemput berdebat tetapi tiada jawapan.
Pada 31 Julai 2008 di Peace TV , Zakir Naik menyatakan peristiwa 9/11dirancang oleh George W Bush sendiri.
Zakir Naik menyatakan Evolusi manusia hanyalah teori, bukan fakta. Saintis menyokong teori itu kerana teori itu bertentangan dengan Bible dan bukan kerana kebenaran. Ramai saintis menentang teori Darwin dan mereka memenagi Hadiah Noble.
Beliau memimpin 'Persidangan Damai' 10 hari di Somaiya Ground, Sion,Mumbai dengan cendekiawan lainnya, termasuk politikus Malaysia,Anwar Ibrahim pada 2008.
      Ketokohan dan kepimpinan Dr Zakir dalam berkeluarga,telah berjaya melahirkan beberapa orang anak2 dari zuriatnya yang mendokong Islam sebagai teras addin, dalam mencapai Ilmu dunia dan akhirat,..salah seorang anaknya yang aku kagumi ialah fariq zakir naik.
       Berusia 27 tahun,dilahirkan pada 10july 1994,student of Std. 12th at the Islamic International School, Mumbai...hafiz Alquran ketika berumur 13tahun,seorang yang aktiv dalam akademik dan juga seorang yang berjaya dalam bilang sukan tea kwon do,..beliau didedahkan dengan dakwah seawal usia 8tahun ketika mengikuti siri syarahan bapanya (Dr Zakir naik)..diberi kepercayaan membuat ucapan ringkas dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab serta membaca ayat suci Al quran dihadapan ribuan audien di Italy, Dubai, Jeddah, Trinidad & Tobago, Hyderabad, Chennai, Poona, Kashmir dan berapa negara lain didunia.


p/s:Kesimpulan nya,

      Dengan kecelaruan arah hidup masyarakat moden hari ini(terutama negara kita Malaysia) gejala2 sosial yang makin menjadi,dalam mengejar kehidupan yang menjadikan umat Islam leka seketika dengan nikmat dunia sementara yang Allah swt berikan,..sesungguh tuhan itu maha kaya lagi maha mengasihani,..disaat hambanya hanyut didunia dan makin pudar keimanan dihati,Maka diutuskan pendakwah2 itu dikalangan umat mereka sendiri merentasi sempadan bangsa dan Negara,..agar agama suci ini akan terus memimpin dunia dan seterusnya menanggani fitnah fitnah akhir zaman,..wallahualam.

رَبَّنَالاَ تُزِغْقُلُوبَنَابَعْدَ إِذْهَدَيْتَنَاوَهَبْلَنَا مِنلَّدُنكَ رَحْمَةًإِنَّكَأَنتَالْوَهَّابُ
(Mereka berdoa): `Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada
kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami
rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)`.
(Ali imran 3:8) ::Terjemahan:: ::Tafsir:: ::Asbabun Nuzul:: 

Saturday, October 27, 2012

Antara Perjalanan Dan Korban




                                                                               Hari ini masuk hari kedua Aidiladha,...rasanya belum terlewat aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDUL ADHA...maaf zahir batin buat semua rakan taulan dan seluruh umat Islam amnya...

        Sesuai dengan ini juga ucapan tahniah dan syabas kepada jemaah haji kita atas perjuangan menegakkan syiar Islam dimuka bumi ini demi memperkukuhkan keImanan terhadap ALLAH S.W.T,dan amatlah beruntung bagi mereka yang mendapat seruan dari kaabah semoga mendapat haji yang "mabrur" maka lengkaplah rukun Islam yang ke 5.

Dasar kewajiban berhaji adalah Al-Qur’an, Sunnah dan Ijma’...
Allah Subhanahuwata’ala berfirman:
وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
Artinya: “Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah, barangsiapa mengingkari kewajiban haji, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya tidak memerlukan sesuatu dari semesta alam”[QS. Ali Imran: 97]
       Sabda Rasulullah SAW: “ Islam di bangun atas lima” [HR. Al-Bukhari, serta Al Fath 1/49 HR. Muslim 1/45], 
salah satuya adalah Haji, beliau juga bersabda :
أيُّهَا النَّاسُ  قَدْ فَرَضَ اللهُ عَلَيْكُم الحَجَّ فَحُجُّوا
Artinya: “ Wahai manusia sungguh Allah telah mewajibkan atas kalian haji, maka berhajilah ” [HR. HR. Muslim 2/975], Umat islam juga sudah sepakat bahwa kewajiban berhaji bagi yang mampu selama hidup hannya sekali. [Al-Mughni Ibnu Qudamah 5/6]



   Maka amat lah berungtung bagi mereka yang berkemampuan..mengorak perjalanan  menuju,menatapi,bermunajat dirumah Allah..dan seterusnya melaksanakan ibadah korban disana sebelum pulang ke tanah air...masyaallah alangkah indahnya pengalaman ini andai diriku yang melalui nya detik ini,yang tak dapat ku gambarkan dihati,..moga aku diberi kesempatan ALLAH SWT untuk melalui detik itu satu hari nanti,..Insyaallah
        
Raja dan rakyat tak dapat dipisahkan..tp biar raja yang macam nie
yang dapat meminpin rakyat,kearah kebaikkan..menaikkan syiar islam
Alangkah indahnya kalau sultan negeriku juga begini...!!!