Followers

Saturday, April 16, 2011

macam macam.....dunia ni

Burger kobra

JIKA Vietnam terkenal dengan makanan pelik seperti nasi goreng kucing, sebuah restoran di Yogyakarta, Indonesia pula tampil aneh menyediakan hidangan burger daging ular tedung. Burger yang diperbuat daripada daging reptilia itu menjadi menu utama restoran tersebut dan mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai. Ular tedung yang diternak itu merupakan santapan buat penggemar daging reptilia. Kulit ular itu akan disiat terlebih dahulu sebelum dicincang halus-halus dan dibentuk menjadi daging burger. JIKA dahulu ular tedung menjadi penawar penyakit, kini fungsinya berubah sebagai makanan manusia. Rata-rata pengunjung restoran tersebut mengakui tidak yakin untuk mencuba burger kobra itu namun setelah merasainya, mereka sepakat mengatakan daging ular itu cukup enak. Lebih menarik, daging ular tedung yang dijadikan makanan manusia itu dipercayai mengandungi protein yang tinggi sama seperti daging ayam, lembu dan kambing. Bagi memenuhi permintaan pelanggan, sekurang-kurangnya 30 ekor ular tedung selar diperlukan sehari dengan kepanjangan purata 2.8 meter seekor. Daging ular tedung itu pada asalnya dijadikan ubat untuk pelbagai penyakit seperti gatal-gatal, jerawat, strok, asma, tumor dan lain-lain. SEBIJI burger kobra dijual pada harga 6,000 rupiah (RM2.10) hingga 9,000 rupiah (RM3.15). Bagaimanapun, fungsi daging ular berbisa terbesar di dunia itu kini tidak lagi tertumpu kepada bidang perubatan sahaja malah ramai yang memakan dagingnya kerana gemarkan rasanya. Selain dijadikan burger, daging ular itu turut dijadikan sate, dimasak gulai dan digoreng untuk dihidangkan bersama sos lada hitam. Harga bagi sebiji burger kobra dijual pada harga di antara 6,000 rupiah (RM2.10) hingga 9,000 rupiah (RM3.15).


kosmo;

16 comments:

Larung said...

seramnye tengok cobra tu... tapi tak tau juge rasa burgernye... :D

nabilla said...

thanx larung ;dengar namenya pun dah buat sesak nafas..banyak lagi makanan lain

FarhanahAdzlan said...

dngar nama daging cobra tu punn dh mmbuatkan sya xnak mkan..hehe..:)

faja12 said...

ngeri & merinding lihat ular dimakan.. hiii
masih banyak makanan yg halal untuk dimakan..

salam.. :D follow yaa..hehe

ieyza afieyna said...

ee.. geli la.. xmau mkn burger.. hee

sha said...

eee....ganas dunia sekarang...
ular pun dimakan..waawawa seramnya

HAMIZAH ASMADI said...

ngeri..

Agriculture Product said...

enak kayaknya gan.??

Khairil said...

hu..nampak sedap pula bila dah jadi burger...

AzwanRamli said...

wow! haha,xde kije ker.... :)

samizul.net said...

Selera yg menyeramkan... China mendahului dlm bab makan benda2 pelik ni.. Bayi pun dibuat sup. Sedialah bala bencana.. Manusia semakin buas n hilang pertimbangan n ciri kemanusiaan.

Elih Japahar said...

wowww! ni burger of the year ni...haha, sodap nampak~~

nabilla said...

thanx for all my friend;maaf ye saya terlepas pandang,terima kasih pada teman2 kerna sudi
berkunjung, klu nk rasa burger boleh order online...hehehee

dark r0se said...

takut ular!:(

kjaharun said...

euuuwwww.... takut ngn ular, dala panjang! bole plk buat makan.. mcm2 la~~

cik aisha said...

wah...konpem pasni tgk burger terinagt burger ular..uwekkk...