Followers

Saturday, April 9, 2011


Telur Tiruan Dari China | Cara Membuat Bergambar





PEGAWAI penguatkuasa KPDNKK Pulau Pinang memeriksa telur ayam di Pasar Pulau Tikus hari ini berikutan pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berhubung penjualan telur ayam tiruan di pasar itu semalam. Sebanyak 270 butir telur ayam dari tiga gerai di pasar berkenan disita dalam pemeriksaan itu. - Foto BERNAMA
========================================
Baru baru ni kecoh pasai telor tiruan kat media,.masa tu aku baca sekali jalan saja sebab kepala dok ingat kelain..dalam kepala aku dok ingat pasai nak pii grading minggu depan..jadi yang lain tu tak berapa nak ambik port sangat, bila ari ni ada masa sikit aku pun jelajah cari info ,lalu akau jumpa pasai teloq tiruan kat sini (disini), lepas tu aku cari la maklumat lagi kat tempat lain pulak ,baru akau faham bahaya teloq tiruan nii....isssh yang aku tak faham manusia ni pandai sungguh dalam bab nak membunuh manusia cara halus ni(bukan pakai bomoh lagi) telur ayam tiruan ni pun sudah ada di pasaran yang khabarnya buatan dari China. Orang China ni sebenarnya memang kreatif, apapun mampu di tirunya...terdahulu kes malemin pinggan mangkuk,pastu botol susu...haa past ni apa pulak..diorang kretif dalam mencari keuntungan mudah tanpa memikirkan mudarat pada pengguna... Tapi bila kena dengan barangan makanan ni, dah tentu merbahaya kerana pembuatannya menggunakan bahan-bahan kimia tertentu yang memungkinkan di hinggapi penyakit merbahaya di kemudian hari...aku harap pihak2 dari badan boleh bertindak pantas menghalang benda2 macam ni dari terus berada dipasaran terbuka...klu dah sampai kat pasar2 malam lagi la payah nak benteras..takkan kpdnkk nak merayap pasar malam satu malaysia pulak ..tu lagi la payah...apapun lu olang layan pic kat bawah tu ya ya ya.....



Kelihatan isi telurnya bila di pecahkan saling tak tumpah yang asli.Cuma puteh telur agak cair dan lebih berkilat dari yang asli.



Telur yang di rebus mudah pecah dan kurang anjal tidak seperti telur asli yang agak anjal isinya.



Antara bahan kimia yang di gunakan untuk menghasilkan telur tiruan ialah karbonat,resin,alum dan pelbagai lagi...mak ooii apa barang tu..macam nak buat kuih bulan jer...AWAS


Siap dengan acuan dia sekali...tu lah manusia..geliga2
Telur kuning yang menggunakan kalsium klorida di buat menggunakan acuan khas.



Dituang dan di biarkan kering sedikit sebelum melalui proses seterusnya.


Direndam dalam cecair parafin wax untuk membentuk selaput luar telur kuning.


Dah nampak macam lilin jer...tu kimia
Proses membuat kulit telur tiruan juga menggunakan bahan kimia tertentu.


Macammana diorang buat kulit...iti aku kompius sikit
Walau bagaimana pun telur tiruan agak mudah pecah berbanding yang telur asli.



Ermmm..nampak saling tak ubah seperti telur goreng asli.



Ini cara mengenalpasti sebelum membeli: Telur tiruan kelihatan agak cerah dan licin berbanding telur ayam yang asli.
P/S; Agak 2 klu jumpa kat pasar ,boleh ke kita kenal pasti yang mana ori ngan yang tak ori ni,..khabarnya pengguna kat CHINA sendiri pun kompius nak beza kan antara ori N palsu..
jadi elak la kita berhati2..klu bawa balik umah ,bila masak jadi macam kat atas tu,tak payah la nak try2 rasa...elok campak je kat bakul sampah...sebab harga teloq tu tak sama dengan harga kesihatan kita...bayangkan klu sakit berapa harga yang perlu bayar untuk kos perubatan...wallahualam....adiiiooss


No comments: