Followers

Friday, May 24, 2013

Hari Wesak & Persoalan Buddha Gautama Seorang Muslim

HARI ini, hari Wesak. Disambut meriah di Malaysia.    Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima diIndia, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana (Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.
  • Berlindung kepada Buddha membawa maksud menyanjungi Buddha sebagai Guru Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat kedamaian dalam kehidupan.
  • Berlindung kepada Dhamma bermaksud keyakinan serta mengamalkan ajaran Buddha untuk mendapat kedamaian dalam hidup iaitu Nibbana.
  • Berlindung kepada Sangha bermaksud mendapat sokongan serta menyokong sesama umat Buddha dalam mengamalkan ajaran Buddha.
Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh dunia. Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu:
  1. Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
  1. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
  1. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.
Siapakah Nabi Zulkifli (Buddha)?Zulkifli bermaksud sanggup menjalankan amanah raja. Menurut cerita, raja di negeri itu sudah lanjut usia dan ingin mengundurkan diri daripada menjadi pemerintah, tetapi beliau tidak mempunyai anak.Justeru, raja itu berkata di khalayak ramai:”Wahai rakyatku! Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada waktu malam. Selain itu, sentiasa bersabar ketika menghadapi urusan, maka akan aku serahkan kerajaan ini kepadanya.”Tiada seorang pun menyahut tawaran raja itu. Sekali lagi raja berkata.”Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada malamnya serta sanggup bersabar?”Sejurus itu, Basyar dengan suara yang lantang menyatakan kesanggupannya. Dengan keberanian dan kesanggupan Basyar melaksanakan amanah itu, beliau diberi gelaran Zulkifli.Baginda juga adalah nabi yang cukup sabar seperti firman Allah, bermaksud:Siapakah Siddhartha Gautama?Pada akhir abad ketujuh S.M. (tahun 623 S.M.), lahirlah seorang yang bernama Siddhartha Gautama di bandar Kapilavastu/Kapilavathu (Kapil, lidah Arab menyebut Kafil @ Kafli). Siddhartha Gautama merupakan putera kepada Raja Suddhodana dan Permaisuri Maha Maya. Raja Suddhodana dari keturunan suku kaum Sakyas, dari keluarga kesastrian dan memerintah Sakyas berdekatan negeri Nepal. Manakala Permaisuri Maha Maya pula adalah puteri kepada Raja Anjana yang memerintah kaum Koliya di bandar Devadaha.Sebelum kelahiran Buddha: Permaisuri bermimpi dibawa oleh 4 orang dewa ke sebuah gunung yang tinggi. Kemudian, permaisuri melihat seekor gajah putih yang cantik. Pada belalai gajah itu terdapat sekuntum bunga teratai. Gajah mengelilinginya 3 kali sebelum masuk ke dalam perut permaisuri.Maksud Istilah Buddha.Dalam agama Buddha, perkataan Buddha ertinya bermaksud ‘seorang yang bijaksana’ atau ‘dia yang mendapat petunjuk’. Kadang kala istilah ini digunakan dengan maksud ‘nabi’. Gautama Buddha pernah menceritakan kedatangan seorang Antim Buddha. Makna “Nabi” dalam bahasa Arab (berasal dari kata naba yang bererti “dari tempat yang tinggi”; kerana itu orang ‘yang di tempat tinggi’ dapat melihat tempat yang jauh). Nabi dalam bahasa Arab sinonim dengan kata Buddha sebagaimana yang difahami oleh para penganut Buddha. Ringkasan Kisah Siddartha Gautama.Kelahiran Bodhisatta (Bodhisattva, bakal Buddha atau bakal mencapai Pencerahan) pada tanggal 623 S.M. pada bulan purnama Vesak. Selepas sahaja Bodhisatta dilahirkan, Permaisuri Maha Maya mangkat selepas tujuh hari melahirkan anak.Pada hari kelahiran Bodhisatta telah disedari secara ghaib oleh seorang tua yang sedang bertapa di kaki gunung Himalaya yang digelar Asita Bijaksana (nama asalnya Kala Devala). Asita bergegas ke istana pada keesokannya untuk melihat dan menilik putera Raja Suddhodana.Asita mendapati terdapat 32 tanda utama dan 80 tanda kecil menunjukkan Bodhisatta bakal menjadi Manusia Agung dan Guru Agung kepada manusia dan dewa-dewa (i.e. Jin dan Malaikat, kelemahan umat Hindu dan Buddha ialah tidak dapat bedakan antara Jin dan Malaikat yang keduanya dipanggil DEWA-DEWA).Asita menangis kerana sedih tidak sempat mendengar ucapan dan pengajaran Buddha di masa akan datang, beliau kemudian berlutut tunduk hormat kepada bayi Bodhisatta. Kenyataan terakhir Asita ialah Bodhisatta hanya akan menjadi salah satu dari dua. Persamaan Nabi Zulkifli Dengan Siddartha Gautama
  • “Demi (buah) Tin (fig) dan (buah) Zaitun, dan demi bukit Sinai, dan demi kota (Mekah) ini yang aman, sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya. Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu? Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?”(At-Tin 95 : 1)
Tin (fig) = Pohon BodhiPohon Bodhi adalah tempat Buddha mencapai Pencerahan Sempurna. Al-Qasimi di dalam tafsirnya berpendapat bahawa sumpah Allah SWT dengan buah tin yang dimaksud ialah pohon Bodhi. Prof. Hamidullah juga berpendapat sama dengan al-Qasimi bahawa perumpamaan pohon (buah) tin (fig) di dalam Al-Qur’an ini menunjukkan Buddha itu sendiri. Maka dari sinilah mengapa sebahagian ilmuan Islam meyakini bahawa Buddha telah diakui sebagai nabi di dalam agama Islam.Manakala Hamid Abdul Qadir, seorang sejarawan abad ke-20 mengatakan dalam bukunya Buddha Yang Agung: Riwayat dan Ajarannya (Arab: Budha al-Akbar Hayatuh wa Falsaftuh), menjelaskan bahawa Buddha adalah nabi Dhul-Kifl, yang bererti “ia yang berasal dari Kifl”. Nabi Dhul-Kifl @ Zulkifli disebutkan 2 kali dalam Al-Qur’an:
  • “Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semua mereka termasuk orang-orang yang sabar.” (Al-Anbiya’ 21: 85).
  •  “Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa, dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik.” (Shad 38 : 48).
Dalam sejarah Islam, Nabi Zulkifli AS. adalah antara nabi yang mempunyai cerita yang paling sedikit dibicarakan. Hal ini mungkin menjadi faktor kepada sebahagian ulama’ menyamakan watak Dzul-Kifli dalam Al-Qur’an dengan Buddha yang secara kebetulan banyak persamaan sekiranya disuaikan.Yang menarik perhatian saya, ialah mengenai surah at-tin (the fig). Allah berfirman mengenai pokok/buah tin, pokok/buah zaitun, bukit sinai dan kota mekah. Mekah dikaitkan dgn Nabi Muhammad SAW., Bukit Sinai dengan Nabi Musa, zaitun dengan Nabi Isa AS., dan siapa pula dikaitkan dengan buah atau pokok tin?Dikatakan dalam sejarah bahawa Gautama Buddha duduk bawah pokok tin. Kalau ikut istilah islam, dia dapat wahyu masa duduk bawah pokok tersebut. Ikut tulisan orang Buddhist, dia dapat ilham masa duduk bawah pokok tersebut.Bila Allah berfirman: 
  • “Wattiini wazaitun. watuurisinina wahazal baladil amin.”
  • Tiin (Nabi Zulkifli-Buddha), 
  • Zaitun (Nabi Isa AS), 
  • Siniina- bukit Sinai (Nabi Musa) 
  • dan Baladil amin -Tanah yang aman dan selamat (Mekah)- Nabi Muhammad SAW.
Hari Wesak, menurut Wikipedia, ensiklopedia bebasmerupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama BuddhaLazimnya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras". Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Begitulah kira-kira.. Saya hormati pndangan ini, apalagi dalam hal  memberi makan kepada orang miskin yang juga disuruh oeh agama Isam.Buddha Gautama seorang Muslim, bahkan seorang Nabi..Ini, bukti-bukti yang diberikan.Satu: Menurut Abu’l Kalam Azad (seorang Urdu scholar), Sang Buddha (Buddha Shakyamuni) yang dikenal sebagai guru suci bagi umat Buddha tidak lain adalah Nabi Zulkifli AS. Di dalam Al-Quran disebut sebagai Nabi yang mempunyai tingkat kesabaran yang tinggi, dan sangat baik. Dalam bahasa Arab Zulkifli sendiri bererti “orang yg berasal dari Kifl”.Sedangkan Kifl itu sendiri, masih menurut Kalam Azad, merupakan nama Arab untuk Kapila (singkatan dari Kapilavastu). Dua: Buddha Maitreya yang dikenal dalam agama Buddha sebagai “Buddha yang akan datang” menurut beberapa analisa tidak lain adalah Nabi Muhammad saw. Dalam kitab Chakkavatti Sinhnad Suttanta D. III, 76 bisa ditemui: “There will arise in the world a Buddha named Maitreya (the benevolent one) a holy one, a supreme one, an enlightened one, endowed with wisdom in conduct, auspicious, knowing the universe“.
“Ismail, Idris dan Zulkifli adalah orang yang sabar dan Kami beri rahmat kepada semua kerana mereka orang yang suka bersabar.”
Perkataan Antim bermaksud ‘yang terakhir’ dan Antim Buddha bermaksud ‘nabi yang terakhir’ (Antim terakhir yang dimaksudkan ialah Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul terakhir). Pada saat kematian Gautama Buddha, beliau memberitahu perkara ini kepada pengikut setianya bernama Ananda.
Sinonimnya pengertian ini dapat diringkaskan sebagai “Seorang yang diberi petunjuk oleh Tuhan sehingga mendapat kebijaksanaan yang tinggi menggunung”.
Iaitu sekiranya ia kekal membesar dalam istana dia akan menjadi Maharaja Agung manakala kalau dia berjaya lari dari istana maka dia akan menjadi Mahaguru Agung. Upacara menamakan putera raja diadakan pada hari kelima selepas Boddhisatta dilahirkan. Pada akhir majlis itu, 108 orang bijaksana memutuskan nama yang sesuai untuk putera raja iaitu SIDDHARTHA GAUTAMA yang membawa maksud ‘Cita-Cita Terkabul’. Siddhartha kemudian membesar di istana dan belajar kepada seorang guru istana bernama Sirva Mitra. Beliau menjadi pelajar yang luar biasa pintar dan mahir dengan ilmu ketenteraan. Yang menjadi hairan kepada orang disekeliling dan gurunya ialah sifat Siddharta yang sensitif terhadap penganiayaan, hingga tidak ada seorang pun yang beliau lihat menganiaya binatang kecuali mencegahnya serta merta.Malah beliau sangat bersedih melihat para petani berkerja keras membajak tanah dibawah terik matahari menyebabkannya lari ketempat lain ke sebuah pohon (Tiin-Bodhi) dan duduk di sana secara bertafakur (samadhi) untuk membuang stress.
Maka berbalik kepada maudhu’ perbahasan, benarkah Buddha itu disebut dalam Al-Qur’an? Sebenarnya tidak ada kata-kata “Buddha” dalam Al-Qur’an, namun menurut Dr. Alexander Berzin bahawa terdapat catatan para sejarawan dan peneliti yang mengaitkan beberapa ayat Al-Qur’an dengan Sang Buddha,iaitu pada maksud ayat;Beliau menjelaskan bahawa buah Zaitun melambangkan Jerusalem, Isa AS. (Jesus, Kristian). Bukit Sinai melambangkan Musa AS. dan Yahudi. Kota Mekah pula menunjukkan Islam dan Muhammad SAW. Manakala pohon Tin (fig) pula melambangkan apa?
KESIMPULAN“Kifl” adalah terjemahan Arab dari Kapilavastu (Kapil), tempat kelahiran Bodhisattva (Buddha). Hal ini juga yang mungkin menyebabkan Mawlana Abul Azad seorang ahli teologi Muslim abad ke-20 turut menekankan bahawa Dhul-Kifl dalam Al-Qur’an boleh jadi adalah Buddha.
Allah menyebut perihal Nabi-Nabi-Nya. Ia ikut urutan. Begitu hebatnya Qur’an sebagai kalimat Tuhan menurut susunan sejarah riwayat Nabi-Nya. Itulah ajaibnya Al-Quran, tanda wahyu dari Allah SWT.Mari kita sama-sama fikirkan. Namun HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI. Wallahu'aklam.



    Sunday, May 19, 2013

    MB; mengesahkan, agihan kerusi Exco untuk Selangor



    KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim(gambar) mengesahkan, agihan kerusi Exco untuk Selangor adalah PAS 4, PKR 3 dan DAP 3.Beliau mengesahkan perkara ini melalui twitternya malam tadi."Agihan kerusi Exco: PAS 4, PKR 3 dan DAP 3. Senarai nama dihantar kepada Tuanku DYMM Sultan Selangor pada Jumaat lepas," tulis Khalid dalam Twitternya.

    Alhamdulillah..berakhir spekulasi exco selangor dengan pengesahan perlantikkan nya semalam...jadi lepas ni tumpukan gerak kerja dalam menyelesaikan isu isu yang tertunggak selama ini..kami rakyat selangor menyokong penuh barisan pentadbiran selangor yang dipimpin Yab tan sri khalid ibrahim.
    Buat azmin dan zuraida sudah2 la keluar kenyataan yang mengelirukan akar umbi pakatan...kemenangan besar pr selangor adalah berkat kerja sama yang erat,pas,pkr,dapjadi xpayah la nak mendabik dada hasil usaha diri...muhasabah diri..perjuangan kamu berdua dengan pkr sudah lama ..jangan sia sia kan perjuangan selama ini dengan sifat2 keji...lu orang bukan sapa sapa tanpa pr..dan pr bukan lah tuan kepada ahli dan penyokong pakatan rakyat


    MUHASABAH TERBUKA KEPADA GERAKAN ISLAM:
    TINGGALKAN DEMOKRASI TEGAKKAN KHILAFAH

    Umat Islam pernah hidup di bawah naungan Khilafah selama lebih 1300 tahun, bermula dari tegaknya Daulah Islam yang pertama di Madinah sehinggalah kepada keruntuhanDaulah Khilafah pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924) di Turki. Selama lebih 13 abad, umat Islam berada di bawah satu payung pemerintahan dan di bawah satu bendera. Umat Islam menjadi umat yang mulia, umat yang terbaik, umat yang disegani kawan dan lawan. Hukum Allah SWT yang penuh keadilan dan keberkatan diterapkan oleh Khalifah dan kebaikannya dirasai oleh segenap lapisan manusia. Peradaban Islam memancarkan cahaya yang bergemerlapan ke seluruh penjuru alam sehingga dunia menjadi terang benderang kerananya. Daulah Khilafah menjadi super power dunia sehingga tidak ada satu kekuatan pun yang dapat menandinginya. 

    Namun, kafir Barat yang iri hati dan mendendami Islam sejak sekian lama, akhirnya berjaya memasukkan racun berbisa, assabiyyah dan wathaniyyah ke dalam tubuh umat Islam sehingga tubuh yang gagah perkasa itu mengalami kehancuran dari dalam dengan kehancuran yang sangat cepat dan membinasakan. Barat seterusnya berjaya menjajah Daulah Islam, mencerai-beraikan Negara Islam kepada negeri-negeri yang kecil dan lemah dan meletakkan umat Islam dalam keadaan yang cukup terhina. Barat lalu menghapuskan sistem Khilafah dan menghunjamkan ke tanah kaum Muslimin satu sistem baru yang tidak pernah dikenal oleh umat Islam iaitu sistem demokrasi. Barat mengajar umat Islam bahawa sistem demokrasi adalah satu-satunya sistem yang terbaik dan lebih layak untuk umat Islam, berbanding dengan sistem Khilafah yang dikatakan penuh keburukan. Sejak itulah bermulanya era pemerintahan demokrasi di tanah-tanah kaum Muslimin sekali gus menandakan berakhirnya sebuah sistem pemerintahan yang datangnya dari Tuhan manusia dan diganti dengan satu sistem pemerintahan yang datangnya dari akal manusia!

    Demokrasi Penghalang Islam

    Setelah Barat berjaya menghapuskan Khilafah dan memecah-belahkan negara kaum Muslimin kepada negara-negara kecil yang lemah dengan sempadan bangsa masing-masing, maka sistem Khilafah tidak lagi berjalan di muka bumi dan digantikan dengan sistem demokrasi. Melalui demokrasi, Barat mengajar bahawa kedaulatan itu berada di tangan rakyat (as-siyadah li asy-sya’bi) yang menjadikan suara rakyat sebagai suara keramat di mana rakyat berhak menentukan hukum sendiri menurut apa yang mereka kehendaki. Walhal, Islam mengajar bahawa kedaulatan itu berada di tangan syarak (as-siyadah li asy-syarie) di mana rakyat wajib tunduk kepada hukum syarak dan rakyat tidak boleh (haram) untuk membuat hukum sendiri. Namun, oleh kerana para penguasa kaum Muslimin yang ada adalah boneka Barat dan pada masa yang sama taraf berfikir umat sungguh merosot ketika itu, maka penerapan sistem demokrasi dapat dilakukan oleh Barat dengan mudah.

    Barat mengajar umat Islam bagaimana untuk memerintah negara dan membuat undang-undang, berdasarkan akal sendiri. Caranya adalah dengan mengadakan pilihan raya untuk memilih wakil-wakil, di mana wakil-wakil yang menang akan pergi ke Parlimen (dan Dewan Undangan Negeri) dan di sini akan berlakunya proses pelantikan pemimpin (oleh parti yang menang) manakala kesemua wakil diberi hak untuk membuat undang-undang yang (kononnya) dikehendaki oleh rakyat yang mereka wakili. Maka wujudlah bermacam-macam parti, termasuklah parti-parti Islam, yang bersaing untuk mendapatkan kekuasaan melalui cara yang ditetapkan oleh Barat ini. Parti Islam ini tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya telah terjebak ke dalam permainan yang dicipta oleh kuffar Barat. Niat mereka asalnya baik, yakni ingin menegakkan Islam, tetapi mereka tidak sedar bahawa mereka telah mengikuti jalan yang Barat sediakan.

    Dalam permainan demokrasi ini, parti yang mendapat undi majoriti dikira mendapat mandat (dari rakyat) untuk memerintah dan membuat undang-undang. Namun ternyata, setelah mereka menang, sebahagian besar undang-undang yang dibuat bukanlah mengikut kehendak rakyat, sebaliknya mengikut hawa nafsu mereka sendiri, manakala rakyat terus dizalimi dan diperbodohkan. Setelah sekian lama merasa tertindas dan dizalimi oleh para pemimpin yang kononnya memerintah atas kehendak rakyat ini, rakyat akhirnya sedar dan menuntut perubahan. Rakyat bangkit untuk menggantikan pemimpin dan parti yang memerintah dengan parti dan pemimpin yang baru. Malangnya rakyat tidak sedar bahawa tuntutan perubahan mereka masih tetap dilakukan melalui sistem yang sama (demokrasi). Rakyat tidak nampak bahawa sistem demokrasi itu sendirilah yang sebenarnya menjadi penyebab kepada berlakunya kezaliman. Atas usaha untuk menghapuskan kezaliman, maka parti-parti yang ada, termasuklah parti Islam, sanggup melakukan apa sahaja (tetapi masih dalam koridor demokrasi) demi mencapai kemenangan, termasuk bergabung dengan parti kufur dan parti sekular dalam rangka menumbangkan parti pemerintah. 

    Benar bahawa kita semua tidak mahukan kezaliman dan ia wajib dihapuskan. Sayangnya, makna kezaliman telah disempit dan disalahertikan. Allah SWT berfirman, “Barang siapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Ma’idah (5):45]. Ayat ini menjelaskan maksud kezaliman iaitu apabila manusia tidak menerapkan hukum Allah SWT. Ini bermakna, apa jua hukum (undang-undang) yang digubal oleh manusia di bawah sistem demokrasi, adalah kezaliman! Sistem demokrasi itu sendiri yang tidak berasal dari wahyu, yang jelas berasal dari kuffar Barat dan bertentangan dengan Islam, adalah sebuah kezaliman! Dengan kata lain, mengambil sistem demokrasi dan apa sahaja yang lahir dari rahim sistem kufur ini, segala-galanya adalah zalim kerana ia berlawanan dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT. Oleh itu, sekiranya kita ingin menghapuskan kezaliman, maka sistem demokrasi yang kufur inilah yang sebenarnya perlu dihapuskan kerana sistem inilah yang merupakan punca dan sumber kepada segala kezaliman! Malangnya gerakan Islam tidak sedar akan hal ini kerana mereka telah terbius dan terpukau dengan ‘keindahan’ demokrasi!

    Gerakan Islam tidak sedar bahawa demokrasilah yang selama ini menjadi penghalang kepada tegaknya agama Allah. Demokrasilah yang selama ini menyebabkan umat Islam berpecah belah. Pilihan raya yang ada di dalam sistem demokrasi begitu ketara di dalam memporak-perandakan umat Islam di dalam sesebuah negara. Selagi umat Islam mengambil demokrasi, selagi itulah mereka akan sentiasa terpecah-belah, lemah dan terhina. Selagi wujudnya demokrasi, selagi itulah umat Islam tidak akan bersatu dan sempadan palsu negara bangsa akan terus wujud. Palestin tidak akan dibebaskan oleh pemerintah yang menganut demokrasi. Umat Islam di Myanmar akan terus dibunuh dan tidak akan dibebaskan oleh pemerintah negara demokrasi. Pemimpin umat Islam yang demokratik akan terus tunduk kepada Amerika Syarikat dan akan terus berkhidmat kepada PBB. Pendek kata, perpecahan, penderitaan dan kehinaan akan terus menimpa umat Islam selagi mana mereka berpegang teguh kepada demokrasi.

    Justeru, gerakan Islam sepatutnya sedar bahawa jika mereka ingin menghapuskan kezaliman dan ingin kembali kepada keadilan, kemuliaan, penyatuan dan kerahmatan daripada Allah SWT, maka sistem demokrasi inilah yang mesti dihapuskan terlebih dahulu. Sistem demokrasi adalah sistem kufur yang dibawa masuk ke negara umat Islam bagi menghalang penegakan agama Allah. Parti-parti yang berjuang dalam demokrasi dan tunduk kepada kehendak rakyat (bukan kehendak Allah), sesuai dengan falsafah demokrasi, sudah pasti tidak akan menerapkan Islam. Kilang arak, judi dan segala pusat maksiat akan terus subur di dalam negara demokrasi, tidak kira siapa pemerintahnya sekalipun. Semulia mana sekalipun peribadi seseorang pemimpin, dia akan tetap terhina apabila menjadi pemimpin dalam sistem yang buruk ini. Sebersih mana sekalipun peribadi seseorang ulama, kekotoran akan tetap terpalit di wajah dan hatinya apabila ia menceburkan dirinya ke dalam sistem yang kotor ini. Sebaik mana sekalipun keadaan hidup di bawah sistem demokrasi, sungguh tidak ada gunanya kerana ia berlawanan dengan Islam. Seindah mana sekalipun yang tampak pada sistem demokrasi, ia tetap merupakan sebuah sistem kufur! 

    Tinggalkanlah Sistem Kufur Itu

    Wahai para pejuang Islam yang ikhlas! Kalian sudah lama berjuang tanpa mengenal penat dan lelah. Kalian sanggup berkorban apa sahaja di dalam perjuangan ini. Kalian telah menghabiskan banyak masa, tenaga, wang, harta benda dan hampir segala-galanya yang kalian ada, demi memastikan perjuangan kalian mencapai kejayaan. Kalian juga telah menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran, dipukul, ditangkap, diheret ke mahkamah dan ada yang dipenjarakan. Pendek kata, bukan sahaja harta dan badan, nyawa pun kalian sanggup jadikan sebagai galang ganti di dalam perjuangan ini. Sesungguhnya apa jua yang kalian lakukan dengan niat yang ikhlas dan tindakan/jalan yang menepati kehendak Allah SWT, maka kalian berhak mendapat ganjaran di sisiNya. Namun, jika niatnya betul tetapi tindakan tidak menepati kehendakNya, ia akan tetap menghasilkan kesalahan. Contohnya, niat yang ikhlas ingin berpuasa tetapi dilakukan pada hari raya, maka hal ini tetap menyalahi perintahNya. Justeru, niat yang ikhlas untuk menegakkan agama Allah hendaklah diikuti dengan jalan yang benar yang ditetapkan oleh Allah juga.

    Saudaraku para pejuang Islam sekalian! Kalian telah lama bergelumang dan berjuang di jalan demokrasi. Kalian memasuki pilihan raya di dalam sistem kufur ini dan mengharapkan dapat meraih kemenangan dan pemerintahan dalam rangka untuk menegakkan Islam. Kalian mengerahkan seluruh tenaga dan kekuatan demi mencapai cita-cita. Kalian berjaya mengerahkan para pemuda, wanita dan orang-orang tua di jalan ini. Sudah puluhan tahun kalian istiqamah di dalamnya walaupun kalian tahu yang kalian telah ditipu sejak awal dan terus ditipu dan terus ditipu dan akan terus ditipu. Akhirnya, apa yang kalian dapat ialah kekalahan demi kekalahan dan jika kalian menang sekalipun, Islam tetap tidak dapat ditegakkan melalui jalan yang kalian ambil itu. Semua ini menyebabkan semangat dan kekuatan yang luar biasa yang kalian miliki itu terbuang begitu sahaja. Walaupun kalian boleh mendakwa bahawa kalian telah mencapai sedikit kemenangan, namun persoalannya, adakah Islam berjaya ditegakkan dengan sedikit kemenangan yang dicapai itu? Jawablah persoalan ini dengan hati yang ikhlas dan terbuka, bukan dengan perasaan benci dan dendam.

    Wahai gerakan Islam! Kenapakah kalian terus kalah, manakala musuh terus menang? Tidakkah kalian nampak bahawa hal ini berlaku kerana kalian sesungguhnya berjuang di jalan musuh? Kalian mengambil sistem demokrasi yang datangnya dari musuh Allah. Kalian bertanding di gelanggang yang dibuat oleh musuh. Kalian menggunakan senjata pihak musuh. Kalian diadili oleh pengadil yang berpihak kepada pihak musuh dan kalian mengharapkan yang pengadil ini berlaku adil. Dengan semua ini, apakah kalian merasakan yang pihak musuh akan memberikan kemenangan kepada kalian? Sekuat mana sekalipun kalian, namun apabila kalian telah masuk ke dalam perangkap musuh, maka kalian tidak akan dapat berbuat apa-apa! 

    Kalian bersungut dan melakukan protes, baik sebelum mahupun sesudah setiap kali pilihan raya. Kalian menuntut keadilan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya. Kalian menuntut agar ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja, Suruhanjaya Siasatan Bebas dan macam-macam lagi. Tidakkah kalian nampak bahawa berapa banyak dari tuntutan kalian itu tidak pernah dipenuhi? Jika dipenuhi sekalipun, tidakkah kalian sedar yang siapa pun yang dilantik menganggotai Suruhanjaya-suruhanjaya tersebut adalah terdiri daripada orang-orang yang tidak pernah menyebelahi kalian? Tidakkah kalian nampak yang jika tuntutan kalian dilayan sekalipun, kalian tidak pernah menang? Tidakkah kalian nampak bahawa sejak dulu hingga kini, pilihan raya tidak pernah dan tidak dapat merubah keburukan kepada kebaikan? Hal ini tidak lain kerana pilihan raya dalam sistem demokrasi bukanlah didesign untuk menukar sistem kufur kepada sistem Islam. Justeru, apakah kalian masih menaruh harapan dan berpendapat bahawa demokrasi dan pilihan raya adalah jalan terbaik dalam melakukan perubahan atau jalan terbaik untuk mendapatkan kekuasaan? 

    Bukalah matamu wahai para pejuang Islam! Sesungguhnya tidak ada kebaikan sedikit pun di dalam sistem demokrasi, walaupun kalian menyangka bahawa ada kebaikan di dalamnya. Ini kerana, sistem ini adalah bertentangan dengan Islam. Mana mungkin adanya kebaikan apabila sesuatu itu menyalahi Islam? Mana mungkin ada kebaikan apabila berjuang meraih pemerintahan melalui jalan yang bertentangan dengan wahyu? PRU-13, sebagaimana PRU-PRU sebelum ini, tidak pernah membawa kebaikan kepada umat Islam. Malah, pilihan raya itu sebenarnya menjadi pentas di mana umat Islam bercakaran sesama sendiri sejak dulu. Segala bentuk kemaksiatan seperti penipuan, fitnah, makian, hasutan, rasuah, pergaduhan  dan pelbagai lagi dapat disaksikan setiap kali pilihan raya. Parti mana pun yang menang , baik di peringkat persekutuan mahupun negeri, tidak pernah menegakkan dan tidak pernah berjaya menegakkan hududullah. Pilihan raya dalam sistem demokrasi mungkin sahaja dapat menukar wajah para pemimpin tetapi tidak pernah dan sekali-kali tidak akan dapat menukar wajah kufur demokrasi kepada wajah Islam!

    Sedarlah wahai saudaraku! Sesungguhnya siapa jua yang memilih demokrasi, bermakna dia telah memilih untuk meninggalkan Islam. Dia telah memilih jalan yang diredhai oleh Yahudi dan Nasara. Dia telah memilih agar dirinya dan negaranya diatur oleh kitab Lord Reid, bukannya oleh Kitab Allah. Sebagai gerakan Islam dengan bilangan ahli yang ramai, kalian sesungguhnya mempunyai kekuatan untuk menegakkan agama Allah, tetapi kalian telah mensia-siakan kekuatan itu apabila kalian mengambil demokrasi. Kekuatan kalian berjaya dilumpuhkan dengan mudah oleh pihak musuh, kerana kalian telah mengambil racun yang diberikan oleh musuh dan kalian dengan sukarela dan dengan bersungguh-sungguh menelannya.

    Khatimah

    Wahai para pejuang Islam yang ikhlas! Kalian sanggup dan kalian telah melakukan segala-galanya demi demokrasi hatta segala harta, badan dan nyawa sanggup kalian korbankan! Namun kalian tidak pernah mencapai apa yang kalian mahukan. Tidak cukupkah semua itu menjadi pengajaran buat kalian? Tidakkah kalian terfikir bahawa satu-satunya perkara yang belum kalian lakukan ialah meninggalkan demokrasi dan menegakkan Khilafah? HizbutTahrir dengan ini ingin mengingatkan dan menyampaikan berita gembira kepada kalian. HizbutTahrir ingin mengingatkan kalian bahawa demokrasi itu adalah sistem kufur dan haram untuk diambil. Manakala berdasarkan nas-nas yang qath’ie lagi jelas, menegakkan Khilafah itu adalah wajib. Maka kalian wajib meninggalkan keharaman dan menunaikan kewajipan ini tanpa sebarang alasan. HizbutTahrir ingin mengingatkan kalian bahawa Islam tidak akan tegak dengan demokrasi tetapi Insya Allah Islam akan pasti tegak dengan Khilafah. HizbutTahrir ingin menyampaikan berita gembira bahawa berdirinya semula Khilafah itu adalah janji Allah dan janji Allah itu pasti berlaku. Sesungguhnya Khilafah itu sudah sangat hampir, dengan izin Allah. Marilah bergabung bersama para syababHizbutTahrir yang sedang berjuang menegakkan Khilafah di seluruh dunia. Marilah berganding bahu untuk merealisasi penegakan Khilafah di samping sentiasa menadah tangan memohon kepada Allah Azza wa Jalla agar kita sempat menyambut ketibaannya dan bernaung di bawahnya. Amin ya Rabbal alamin.

    dari ;http://www.mykhilafah.com

    Sunday, March 3, 2013

    siasatan RCI ;Misteri,Sulu Ke Lahat Datu

    Bismillah...

           Aku jumpa n3 ni kat tenet dari sabah.net,..n3 nie agak bagus untuk dikaji fakta dalam misteri nusantara hahaha...mana tak misteri nya,..dengar2 dah masuk lahat datu...ook xde ek tak...dah 3 orang polis terbunuh,
    past tu...mana berita sahih kronologi yang betul2 telus dan mulus kata M nasir..yang rakyat marhaen bole dapat?..sahih xsahih hanya dari tenet nie la..nanti ada la pulak kenyataan dari mereka2 tu,...jangan percaya khabar angin,fitnah,propaganda...sudah2nya dibodoh dan diperbodohkan..hehehehe....amik muka hang.

           Nasib baik la ada rakyat yang perihatin yang nak ambik tau pasal kehidupan sekeliling(negara)...kalu dibuatnya langsung xamik tahu...dikatanya pula kemasyarakatan telah hilang...suka hati lu la nak spin cam na pun,lu kan orang politik!! tapi agak2 la xkan lah kami nak telan bulat2 benda yang xmasuk akal...hampehhh

           Aku rasa N3 dari sabah.net wajar diteliti akan benaran nya atu sebalik nya...pihak yang berkuasa dan ada kuasa seharusnya menyiasat watak yang memainkan peranan itu..adakah wujud situasi begini dibumi lahat datu dan sabah pada am nya...xreti lagi2 nak buat kerja atau nak kena tunggu laporan atau ini sekadar fitnah menjelang pru13,..kalau kerajaan dan pihak berkuasa tidak dedah kan kebenaran...pasti rakyat akan mempercayai cerita dibawah ini yang agak masuk akal logik nya...ada berannn...


    SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan 'Lanun' (Mundu) yang kononnya tentera 'Sultan Sulu' sehingga Kampung Tanduo menjadi 'Medan Perang'; gara-gara 'kebijaksanaan' Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan 'Reverse Take Over' sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN Likas.

    Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu siapa yang tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana.


    Sebagai Mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402 Ketua Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya 'Warga Penyu' termasuk Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang mempunyai akal Abu Nuwas.

    Ahmad yang mempunyai akal kancil memang 'Pakar Bom' terutama membuat bom ikan dengan hanya menggunakan baja urea yang menjadi sumber pendapatan beliau sebelum FELDA 'menceroboh' tanah beliau dan saudara maranya seluas lebih kurang 100 hektar.

    Ahmad menjadikan 'Penjara Air Panas' Tawau sebagai rumah kedua kerana usahanya tidak pernah putus-putus mengugut Pegawai dan kakitangan FELDA yang beliau dakwa menceroboh tanah pusakanya.

    Sebenarnya Kerajaan Berjaya telah membatalkan semua permohonan tanah di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan ketika menyerahkan kawasan yang menjadi Zon Persembunyian Lanun kepada FELDA untuk dibangunkan sebagai Rancangan Penempatan Tanah.

    Namun Ahmad yang mempunyai akal panjang telah membuat permohonan Tanah Adat dan disahkan PPHT Lahad Datu berdasarkan banyak pokok langsat dan buah-buahan yang kononnya beliau tanam; sedangkan kesemua tumbuhan tersebut adalah langsat liar yang bercambah semula jadi hasil daripada najis binatang yang memakan langsat, rambutan, terap dan sebagainya.

    Tambahan pula ketika itu, Ahmad dan saudara maranya telah bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada FELDA dan turut mendapat kontrak membangunkan tanah dan menuai buah sawit daripada FELDA.

    FELDA telah banyak bertolak ansur dengan karenah Ahmad; malah sehinggalah saya dan Mantan Adun Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Ahmad Jamli membuat perundingan untuk menyelesaikan masalah tuntutan tanah Ahmad dengan FELDA.

    Ahmad boleh hidup senang kerana memperolehi pendapatan bersih antara RM5,000 sehingga RM20,000 sebulan daripada hasil kontraknya dengan FELDA, namun akal Abu Nuwas membuatkan beliau dijangkiti sikap 'Tamak dan Haloba' sehingga menuntut dan menceroboh semua tanah yang dipohonnya bersama Haji Mahmood Mallang dan saudara maranya sebelum ini.

    Dengan ehsan Datuk Seri Najib sebagai menteri yang menjaga FELDA ketika itu, Ahmad telah mendapat dua lot tanah masing-masing seluas 15 ekar sebagai jalan penyelesaian tuntutannya.

    Tetapi bak kata pepatah, Ahmad yang telah diberi betis oleh FELDA, bukan sahaja mahu 'peha'; bahkan yang berada di 'celah peha' meneruskan gertakan dan pencerobohan sehingga saya dan polis sudah lali dengan perbuatannya yang melampaui batas.

    Ahmad suka mereka cipta cerita baru setiap hari; termasuk membawa ke sana ke mari kisahnya yang saya bukukan dalam buku 'Koleksi Sabah' serta keratan surat khabar yang ditulis rakan saya, Ruhaidini Abdul Kadir daripada Utusan Malaysia untuk dijadikan asas tuntutan.

    Ahmad bukan sahaja sering menimbulkan provokasi dengan membawa 'bom ikan'; sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai bom kerana tidak mempunyai alat peledak disebabkan tidak mempunyai detanator; melainkan pasir, beras, tepung dan garam; semata-mata untuk mengugut Polis Bantuan FELDA agar membuka pagar hadangan bagi membolehkan beliau mengeluarkan buah yang dituainya daripada ladang FELDA.

    Sejak meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Silam pada 1997, saya hanya menemui Ahmad dua kali iaitu tiga tahun lalu di Kota Kinabalu, namun tidak sempat bercerita panjang kerana masing-masing sibuk dengan urusan.

    Bagaimanapun Ahmad meminta saya membantu menulis surat kepada Sultan Sulu kerana beliau begitu yakin bahawa perjuangan beliau tidak lama lagi akan berhasil dengan bantuan saudara maranya di Sulu dan akan datang membantu beliau mendapatkan bukan sahaja 100 hektar 'Tanah Adat'; malah keseluruhan tanah FELDA.

    Saya hanya tersenyum mendengar ceritanya (impian kosongnya) tetapi menyatakan tidak dapat membantu beliau menulis surat kerana saya akan terbang ke Pulau Pinang; apatah lagi saya kenal siapa dan apa kebolehan Ahmad; namun darah saya tersirap apabila beliau begitu serius ingin menjemput saudara maranya daripada Sulu jika beliau kalah dalam kes mahkamah.

    Sejak daripada itu saya tidak lagi mengambil peduli kisahnya sehinggalah Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya berhubung 'lawatan mengejut' saudara maranya daripada Sulu dan telah dikepung pihak berkuasa ketika Ahmad nazak terlantar di Hospital Lahad Datu akibat darah tinggi dan angin ahmar.

    Saya hanya mampu berjenaka dengan Pasukan Perisik Sabahkini.net bahawa "Mereka datang mengambil BR1M," kerana majoriti mereka ini telah dianugerahkan IC Projek dan tidak terniat untuk membuat liputan di Kampung Tanduo kerana hati kecil saya berbisik 'Gertak Keling' Ahmad yang sebelum ini telah kecewa setelah semua jalan perundangan buntu.

    Dalam keadaan Kesultanan Sulu yang sudah mengalami kehancuran sejak 1936 dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah; maka 'Golongan Sultan Oportunis' mengambil kesempatan untuk melawat Ahmad yang sakit tenat di Hospital Lahad Datu; di samping menganyam rapi niat tersembunyi mereka untuk merampas kembali Borneo Utara daripada Kerajaan Malaysia.

    Secara kebetulan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan 'Sultan Sulu' yang menabalkan diri sendiri tanpa melalui 'Ruma Bichara' (Majlis Raja-Raja) dan mungkin telah membuat kajian dan perancangan rapi bersama anaknya Mohd Ali.

    Mengikut risikan saya, koresponden Sabahkini.net di Langunyan, memaklumkan bahawa mengikut sumber, Sultan Jamalul Kiram III telah melancarkan serangan 'Diplomatik Reverse Take Over' dengan menghantar 1,500 tenteranya ke Sabah; masing-masing 300 orang tentera Tungku, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan.

    Namun tidak diketahui apakah kesemua tentera berkenaan telah mendarat melainkan dilaporkan antara 100 hingga 300 yang mendarat di Kg Tanduo, Tungku kerana masih mengkaji modus operandi dan jejak mereka masuk ke Sabah; tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa; apatah lagi perbatasan Malaysia yang sentiasa bolos dan mudah dibolosi PATI.

    Pasukan Perisik Sabahkini.net masih cuba mengesan kedudukan Ahmad dan anaknya Mohd Ali yang dipercayai menjadi dalang 'pencerobohan' ini kerana mengikut maklumat Hospital Lahad Datu, Ahmad sudah nazak dan dibenarkan dibawa pulang ke Kg Sungai Nyamuk, kerana dinantikan saudara maranya 'Tentera Sulu' yang terkepung oleh Pihak Berkuasa Malaysia.

    Anak perempuannya juga tidak dapat dihubungi untuk mengetahui keadaan bapanya yang semakin tenat. Bagaimanapun Perisik Sabahkini.net di Tanduo mengesahkan bahawa kunjungan 'Tentera Sultan Sulu' ini atas jemputan Ahmad dan anaknya Mohd Ali.

    Tambahan pula, Haji Musa yang merupakan pemimpin Nombor 2 dalam rombongan tentera berkenaan adalah besan Ahmad kerana anaknya, Mohd Ali bernikah dengan anak Haji Musa.

    Manakala pemimpin Nombor 1 kumpulan tersebut, Datu Ibrahim @ Datu Kuin Jamalul Kiram pula bernikah dengan anak Ketua Cawangan UMNO Sungai Bilis 2, Hussin Oyung.

    Agak mengejutkan kerana saya mendapat tahu anak Datu Ibrahim @ Amirul Kiram di Malaysia iaitu Datu Amir Datu Amirul, ialah Ahli UMNO Cawangan Sungai Bilis 2.

    Oleh itu tidak hairan jika kehadiran mereka tidak dapat dikesan Pihak Berkuasa yang belum pernah menggunakan 'kecanggihan satelit' di Jabatan remote Sensing negara untuk mengesan sebarang pergerakan keluar masuk bot besar atau perahu; apatah lagi 'Pusu' yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana eksosnya dibenamkan ke dalam laut.

    Dalam keadaan penuh curiga, orang awam sukar bekerjasama dengan pihak berkuasa yang disifatkan sering menyalahguna kuasa dan bertindak kasar dan menuduh pemberi maklumat sebagai penjenayah yang bersubahat.

    Saya terpaksa menahan ketawa membawa segala komen dan ulasan daripada semua pihak; apatah lagi 'kependekan akal' pihak berkuasa yang menghantar satu batalion tentera berkubu di Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk, Kampung Sungai Merah untuk mengawal dan memantau 'Tentera Sultan Sulu'; sedangkan pada hakikatnya hanyalah 'Tentera Upahan' Ahmad Malandi @ Mat Bom.

    Mengikut risikan Sabahkini.net hanya 76 orang sahaja 'Tentera' yang berjaya mendarat di Tanduo termasuk enam wanita untuk mempertahankan tanah adat yang didakwa milik Ahmad di FELDA Sahabat 18 setelah Ahmad menjanjikan mereka akan mendapat tanah yang telah ditanam kelapa sawit seluas beribu ekar di Felda Sahabat 18.

    Dikhuatiri Ahmad dan Mohd Ali yang membiayai pembelian senjata api berkenaan di pasaran gelap di Tawi-Tawi dan segala makan minum mereka setelah kecewa dengan keputusan mahkamah yang memenangkan FELDA dalam kes tuntutan tanah beliau.

    Kelicikan Ahmad berjaya mengaburi mata pihak berkuasa yang menyangka memang benar Tentera Sulu setelah Datu Ibrahim @ Datu Kuin berjaya mempengaruhi saudaranya, Sultan Jamalul Kiram III mengakui kumpulan tersebut sebagai 'Tentera Sultan Sulu' yang mendapat suaka sementara kerana Kerajaan Filipina sudah pasti akan menangkap mereka dan dibawa ke muka pengadilan.

    Setelah tidak mempunyai harapan mendapat tanah yang dijanjikan Ahmad kerana dalam keadaan fizikalnya yang nazak; maka berlaku pertengkaran dan berselisihan pendapat sehingga Haji Musa dan Majid terbunuh dalam kejadian tembak menembak sesama mereka.

    Sabahkini.net mendapat tahu bahawa Datu Ibrahim @ Kuin Jamalul Kiram turut tercedera terkena peluru sesat; malah mereka berbalah dan tidak sehaluan lagi setelah perunding dengan pihak berkuasa melalui jalan buntu.

    Setelah membuat pertimbangan dan siasatan rapi, saya menganggap 'Drama' Ahmad Malandi hanya merupakan gertakan dan dalam keadaan fizikalnya sekarang, Mohd Ali tidak mampu melakukan apa-apa; malah terpaksa menggadai nyawa jika rundingan tamat. Lazimnya, jika mereka boleh masuk dengan senyap, maka sudah pastinya mereka akan keluar dengan lebih senyap daripada mereka masuk; sekalipun ketika pigak berkuasa sedang berkawal!

    Mungkin tiba masanya Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Ketua APMM, Panglima Angkatan Tentera dan pihak berkuasa untuk bermuhasabah diri dan meletakkan jawatan kerana kejadian ini merupakan 'kemaluan' yang tidak dapat disorok daripada mata dunia yang melihat betapa rapuhnya sistem pertahanan Sabah; sehinggakan Ahmad Malandi @ Mat Bom boleh merancang 'Pintomen' serangan yang menyebabkan seluruh negara terpinga-pinga dan ketakutan.

    Masa untuk berunding telah tamat. Bagaimanapun 76 tentera palsu Sultan Sulu yang terpedaya oleh 'Janji Terang Bulan' Ahmad Malandi ini wajar diberi peluang menyerah diri secara sukarela dan perlu diadili di mahkamah Malaysia kerana masuk secara haram dengan niat untuk menderhaka kepada yang DiPertuan Agong!

    Sabahkini.net akan membongkar institusi Kesultanan Sulu dan apa relevannya lagi dengan Sabah dapat episod akan datang.

    (NOTA : Sabahkini.net telah menarik keluar Pasukan Perisikan di Tungku kerana hanya membuang masa dan keringat melaporkan 'Drama' yang mahu menyebarkan dakyah Sultan Palsu dari Sulu)

    Sumber: Sabahkini.net
    - See more at: http://www.erapasca.com/2013/03/dalang-pencerobohan-lahad-datu-dibongkar.html#sthash.OKNK8yGA.dpuf

    Monday, February 18, 2013

    iNi KaLiLaHHH.!!! Dari Fantasi kE REaLItY

               Hohohohh memang terbaik la video nie..sapa la penerbit kreative yang buat aku tergelak guling-guling
    Biasa la kan dekat ngan pru13 belas nie,..banyak la video menarik yang keluar dan bakal keluar,sama ada dari PR dan jugak dari Pihak BN.

              Semua video2 nie sekadar hiburan santai,.yang mana ia memberi kesan kepada rakyat marhaen menilai keburukan dan kebaikkan yang bakal berlaku selepas pru nanti...kita mempunyai hak memilih 
    untuk masa depan anak2 bangsa,..minda muda sekarang harus berfikiran lebih kritis dan tak seharusnya
    hanya diprovoke dengan media2 disebelah pihak sajer,..cukup2 la tu buka minda,..tak ada manusia yang minta dilahirkan dalam kehidupan yang terhimpit,tersepit(paksaan halus) sebalik nya setiap insan mengharapkan kebebasan,ketenangan dalam membina sahsiah diri.

    InI KaLiLaH.!!!
    Kalau betul apa yang ditawarkan PR adalah satu harapan pada rakyat,maka seharusnya kita sambut dengan berlapang dada dan mendoakan agar menjadi kenyataan,

    P/s; Tak salah kita mencuba Untuk Berubah,-=UBAH SEKARANG!!!

    Friday, February 1, 2013

    Rahsia Tersembunyi Pada Alamat Web Blogspot

    Assalamualaikum...

    Lama Sangat dah tak update blog nie...bukannya apa,rasa malas sesangat,..banyak benda yang nak kena fokus,..almaklum la taun baru 2013..jadi kita kehijrah ke minda baru sesuai dengan ....semasa la

    Aku rasa lebih selesa menjadi pembaca setia kat beberapa blog di ketika ini..ambil tau berita semasa...xlarat da nak dengar berita tv3 suku..makin hari da jadi makin merapu jer..langsung xmembina minda ..xkisah kalau nak berpolitik tp jangan la provoke minda anak muda,..kami pun bole pikir sendiri..jangan la cuba2 paksa minda (cara halus) untuk hajat yang sesuatu,..dah la menyampah cakap pasal politik adu domba nie,..at last yang masih xble nak maju,kekal ditakuk lama,juaranya MELAYU juga..hampeehhh !!

       Fuuhh.... da lari tajuk nampak!!. Yang sebetul nya aku nak share benda ni ,..yang selama nie kita semua maklum,.jaringan internet nie di asaskan oleh pakar2 puak2 yahudi untuk menyebarkan dakyah mereka,..tp xpe la kita manfaatkan teknologi nie untuk kebaik kan umat kita,..tapi musuh kita tetap dengan agenda asalnya untuk memesongkan akidah kita,..malah yahudi tetap memerhatikan setiap percaturan kita.
          Perancangan Yahudi nie memang hebat dan tanpa kita sedari,.Namun kita sebagai umat islam tetap tauhid dengan perancangan yang maha Agung ALLAH S.W.T

    Banyak persoalan bermain diminda ini,walaupun benda yang aku jumpa kat bawah nie sekadar alamat web blog spot,..tapi bila dipikir balik bagaimana dengan sistem pentadbiran,sistem pertahanan dan lain yanga nyata mngunakan perisian2 yang direka oleh puak2 yahudi..selamat kah?..mengapa kita masih xde pakar2 yang bole menghasilkan satu teknologi yang xperlu pergantungan dari puak yahudi ni?..fuuuhhh banyak sangat yg dok main di kepal otak nie..sakit..x3 wallahuaklam.

                                           

    Info aku dari blogger lain... berkenaan alamat blog yg dimanipulasi...bagaimana mereka/yahudi manipulasi alamat blog kita?

    buka link blog dibawah...(alamat blog ini)

    http://khalifahalhidayah.blogspot.com

    buka 1 lagi browser lain dan buka pula link dibawah

    http://khalifahalhidayah.blogpot.com 
      
    apa bezanya? huruf "s" pada perkataan blogspot dibuang...dan anda akan terkejut kerana ia akan membawa anda kepada website "Mega Site of Bible Studies"....


    Ya...alamat blog kita sama dengan alamat kajian bible.... cubalah alamat blog yg lain, buangkan sahaja huruf "s" pada perkataan blogspot...ia akan membawa kita kepada website bible yg sama...pelik kan? bagaimana mereka lakukan?

    siapa yg pernah guna IP Locator? cuba ketahui dimana alamat blog anda di "host"kan...
    caranya:

    1.  - pergi ke start>run
    2. - taip dan tekan
    3. - taipkan (letakla alamat blog anda)
    maka akan keluarlah begini:

    ambil ip no yg tertera, iaitu: 209.85.175.132
    seterusnya buka website ip locator http://smart-ip.net (ini adalah salah satu dari banyak lagi web yg boleh locate nombor ip).

    lepas tu masukkan nombor ip pada kotak nombor ip yg disediakan...biasanya dia akan terus detect ip no komputer yg sedang anda gunakan seperti rajah dibawah...




    tekan "enter" atau butang "locate"
    inilah keputusannya:



    keputusan menunjukkan file hosting blog kita terletak di Amerika...
    sekarang cuba pula ping alamat blog yg telah dibuang "s" pada perkataan blogspot....
    anda akan dapati keputusan yg pelik iaitu:

    ya...request "timeout" ... 100% lost...
    cuba pulak ambil nombor ip tersebut dan letak pada website ip locator tadi...
    dapat pulak lokasi hosting tu...di Amerika juga...walaupon kita ping, semua lost (failed), tapi kita dapat kesan lokasi...


    erm...misteri sungguh...apakah ini juga merupakan 1 lagi perangkap yahudi? apakah ini juga salah satu perancangan rapi oleh mereka seperti di artikel ini dan ini?

    mungkin hanya pakar2 IT, hackers, penggodam sahaja yg tahu bagaimana mereka buat... tapi segala perancangan mereka, tetap tidak akan dapat melawan perancangan dari Allah SWT..
    wallahua'alam...
    ==========
    Sesiapa yg nak share, sila sebarkan, tidak perlu minta izin.Ilmu ini datangnya dari Allah, untuk setiap manusia...

    sumber http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2012/05/rahsia-tersembunyi-pada-alamat-web.html


    Read more: http://bloglistmalaysia.blogspot.com/2012/05/rahsia-tersembunyi-pada-alamat-web.html#ixzz2Jboi8daT


    Wednesday, November 28, 2012

    YaNg PeRLu KiTa AmBiL TaHu

    Mengapa Bangsa Yahudi Cerdik?   

    Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.
    Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
    Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
    Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
    Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.
    Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
    Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

    Pemakanan

    Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
    Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

    Rokok

    Di Israel, merokok adalah taboo (tidak baik), apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah Yahudi)

    Tadika

    Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah di latih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
    Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

    Sekolah Rendah

    Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan di ajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

    Sekolah Menengah

    Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi jika ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

    Fakulti Perniagaan

    Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1 juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya di cipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

    Ibadat

    Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

    Bantuan niaga

    Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.
    Maka itu lahirlah Starbuck, Dell compter, Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
    Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
    Merokok menjanjikan generasi yang bodoh (goblok) dan sudah tentu generasi bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sana, perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! – ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!!.
    Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!
    Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh?, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$0.70!!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang, berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
    Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga di usir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ke tengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 muka surat penuh. Eseinya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!
    Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

    Dr. Stephen Carr Leon

    credit 2;http://ahseng.net/

    p/s;kesimpulannya...kekuatan bangsa yahudi hasil dari ketetapan hati dalam mencari formula baru dengan ilmu yang dapat memertabatkan bangsa mereka...mereka sentiasa mencari ilmu baru..umum juga mengetahui yang ahli kitab yahudi telah mengkaji kitab2 dan al-quran untuk mencari kekuatan umat Islam,seterusnya mengadaptasikan kajian2 mereka untuk melemahkan umat Islam pula,..sayangnya kekuatan sebenarnya telah diberikan ALLAH S.B.T,umat Islam menerusi Al-quran dan rasulnya..malangnya umat Islam sendiri mengabaikan 
    tuntutan Agama Islam itu sendiri kita ....sebaliknya leka dengan propaganda2 yg yahudi terapkan dalam kehidupan kita,atas nama kemajuan dan kemodenan.....,sedangkan mereka sendiri menolaknya.Ini terbukti dalam satu blog,(Ibnu Hasyim) tentang pengalaman pengembaraannya ke negara2 arab dan israel ,beliau menjelaskan hampir tiada hidangan McD,coca-cola dan makanan2 segera  lain, di sana yg mana berlambak ada di negara kita ..Malaysia.....Jadi ,wahai saudara islamku renung2 kanlah......wassalam.