Followers

Tuesday, April 12, 2011

KAEDAH ISLAM ITU JELAS

Asalamualaikum; semua kengkawan,adik,kakak,makchik,pakchik,saudara,saudari yang
sudi mai singgah kat sini(bersopan la plak)sebetulnya aku tengah
boring nii,banyak sangat nak kena buat,dngan kelas KRK lagi..keje
sekolah yg berlambak..tambah lagi minggu ini kena buat persiapan
untuk Engglish week (publik speaking)..otak pun dah nak jem..

maka merayaplah aku kat tenet mncari bahan yang kira boleh bantu release
skit bosan ni..ronda ronde at last singgah la aku kat blog bro isa...bila
aku baca...rasanya mmg menusuk hati... betapa hebatnya al-quran
yang Allah S A W turunkan pada kita (umatnya) pastu apalagi cilok lagi
la.. n3 ni...akupun tengah tak tau apa yng nak post kat lolog aku nii...
almaklum la kepala tengah full...lagi pun n3 bro isa yg ni mmg berguna..
untuk renungan semua...bagi yang mahu berfikir...layan la skjap...


Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang
ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan.

Masalahnya, kedua-dua ibu tadi mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut.
Ni kes berebut anak lelaki le… .

Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit
masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut,
tiada lagi ujian DNA.

Lalu doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir,
macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya,
kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut!

Jadi doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni,
sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah
ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran.

Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor
Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir.

Ulama dari mesir tu pun bertanya apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya,
Ulama mesir tersebut tersenyum. Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu
yang melahirkan anak tadi!


Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah
selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.

Setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut.
Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda
bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada
di dalam susu ibu.

Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang
mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut..!!!

Kemudian doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran,
maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan,
begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah,
susu ibu juga merupakan ‘harta’, maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak
perempuan!

Wallahua'lam..

2 comments:

CikAnishLelabu said...

perkongsian yang menambah pengetuhuan. thanx ya ukhti..:)

nabilla said...

chikAnish; thank,kesempurnaan agama islam...setiap perbalah akan dapat dselesaikan jika kita kembali pada AL-QURAN