Followers

Sunday, March 13, 2011

Kemusnahan Akibat Gempa Dan Tsunami Lebih Ketara Hari Ini


TOKYO : Kemusnahan dahsyat akibat gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter dan tsunami setinggi 10 meter yang melanda Jepun tengah hari semalam, menjadi lebih ketara apabila lebih 1,300 dikhuatiri maut sebaik sahaja fajar menyingsing di negara itu.

Polis dan media tempatan mula melaporkan kemusnahan dahsyat yang berlaku di Tohoku atau timur laut Jepun, dengan Sendai paling teruk menerima kesannya kerana terletak paling hampir dengan pusat gempa yang berlaku pada pukul 2.46petang (1.46 tengah hari waktu Malaysia) itu.seterusnya disini



Bila aku tengok gambar 2 gempa bumi dijepun ni...dah bermacam macam dah berlegar2 dikepala ni
terasa betapa kerdil nya aku...kemusnahan dalam sekelip mata...yang tak pernah terjangkau dek fikiran
Ya ALLAH ,..Ya tuhan kami selamat kan kami dari bala petaka yang turunkan didunia..dan jadikanlah
kami mengisafi kejadian ini...teguhkanlah iman kami terhadapmu...amin



Bila aku tengok gambar kat atas tu...boleh ke kita pastikan berapa orang yang terselamat
uumm....aku rasa tak bleh nak cakap lagi..lidah jadi kelu dan kaku...


Pusaran air laut yang terhasil dari Tsunami [ Ledakkan dari dasar bumi dibawah laut ]




Tengok kapal tu teringat tsunami aceh...kebesaran kehebatan kuasa penguasa ALAM



Sama sama kita renungkan...dan berdoa untuk mangsa dan rakyat negara yang terlibat semoga mendapat
hikmah disebalik kejadian ini...manusia mampu merancang dan yang menentukan segalanya adalah dari
yang MAHA ESA.....

No comments: