Followers

Sunday, March 20, 2011

112 peluru berpandu dilancar ke atas Libya

GAMBAR yang disiarkan Tentera Laut Amerika Syarikat menunjukkan roket Tomahawk dilancarkan dari kapal pemusnah USS Barry (DDG 52) bagi membedil Libya, awal pagi ini. Ia sebahagian daripada 110 roket Tomahawk ditembak ke wilayah bergolak Libya dalam Operasi Odyssey yang membabitkan AS, Britain dan Peranchis. - Foto AFP/Tentera Laut AS

NONE
Kapal perang dan kapal selam Amerika dan British melancarkan fasa pertama serangan peluru berpandu ke atas pertahanan udara Libya dan pegawai pertahanan Amerika berkata, serangan itu dipercayai mengakibatkan kerosakan besar.

Dalam serangan tersebut, 112 peluru berpandu Tomahawk dilancarkan ke atas lebih 20 sasaran di pantai untuk membuka laluan kepada pasukan udara bersekutu bertindak melumpuhkan pertahanan udara Libya, perkara yang tak mahu kita saksikan udah terjadi..korang baca kat sini

Ini yang paling menyampah kat Amerika(PBB) asyik nak campuri urusan rumah tangga orang...apahal kat Israel tiada tindakan.. dah berpuluh tahun rakyat palestin menderita...perihal Libya biarlah rakyatnya dan liga Arab yang tangani...nii kes nak ambik kesempatan atas kekayaan hasil minyak Libya..manyak sui la ini Amerika...

p/s; marilah kita berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat Libya......amin

No comments: