Followers

Sunday, March 13, 2011

Aneh tapi benar....Fenomena ikan selepas Tsunami di jepun

Minggu cuti sokolah pun bermula....issshh bosannya!!!!! jadi apa yang aku nak buat

eemmh belum pikiaq lagi...bila aku jalan2 ushaa blog blogger2 aku terjumpa ini...jadi dengan tanpa izinnya aku kidnap la n3 dari .. {blog asal }

Memang best giler ...tak pernah tengok ikan macam tu....kalu kat pasar ada la tapi atas meja jer...ha mau berenang bersama ikan ? silakan tapi AWAS..pikiaq dulu pasai apa lak ikan tu kat pantai...eemmh mesti ada sesuatu kat habitat asal dia (lari dari rumah kut ) tak pe la kita pakat2 layan lepas tu ble bagi jawapan....layannnnn...


SEKUMPULAN ikan sardin dilihat berenang berhampiran persisiran pantai Acapulco, Mexico, hari ini. Menurut nelayan tempatan, mereka tidak pernah melihat kejadian seperti itu sebelum ini. Dari jauh, sekumpulan ikan itu kelihatan seolah-olah seperti tumpahan minyak.

Seorang lelaki mengambil foto sebuah kawanan ikan sardin dari pantai Acapulco .

Nelayan berlumba-lumba ke pantai untuk tidak melepaskan rezeki terpijak.

Beberapa pakar berkata fenomena ini ada berkaitan dengan tsunami di Jepun.

"Ada sekitar 20 atau 30 nelayan dan ada ramai yang datang bersama dengan anak-anak mereka untuk tidak melepaskan keuntungan ini," kata Carlos Morales.

Nelayan di Acapulco berkata mereka tidak pernah melihat kumpulan besar ikan seperti ini yang berhampiran pantai sebelum ini.

Kumpulan ikan yang sangat padat sehingga kelihatan seperti tumpahan minyak dari atas.

Beberapa orang yang sedang mandi menjauhkan diri fenomena misteri itu dan keluar dari air
takut beb...ikan tu lari tentu bersebab
Agensi Nuklear Malaysia Perjelas Impak Letupan Loji Nuklear Di Jepun

KUALA LUMPUR: Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, agensi nuklear di Jabatan Perdana Menteri, Malaysia Nuclear Power Corporation, akan memberikan penjelasan mengenai impak letupan dan kebocoran radiasi di loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun.

Beliau berkata, rakyat perlu menunggu penjelasan itu dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kemungkinan radiasi akibat letupan itu akan merebak ke negara lain.

"Saya yakin agensi ini akan berikan penjelasan yang cukup dan jelas tentangapa yang berlaku di negara itu. Bukan sahaja kerajaan Jepun yang ambil perhatianmalah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa setiap hari perhatikan apa yang berlaku diJepun kerana ini adalah soal besar.

"Bukan sahaja di Jepun tetapi di rantau Asia juga, China yang terdekat, Rusia dan Amerika Syarikat...semua hendak tahu apa yang berlaku di Jepun, kita tunggulah, jangan buat spekulasi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Komuniti Hijau 2011 di Taman Tasik Titiwangsa di sini, Ahad.

Selepas dilanda gempa bumi dan tsunami terburuk pada Jumaat lepas yang dilaporkan mengorbankan kira-kira 1,300 orang, keadaan di Jepun semakin buruk apabila loji nuklear Tokyo Electric Power Co’s (TEPCO) Fukushima Daiichi meletup pada Sabtu.

Jika tekanan gagal dikawal, terdapat kemungkinan loji itu melebur atau meletup akibat kepanasan bahan bakar nuklear yang boleh mencetuskan pencemaran debu radioaktif yang teruk serta boleh merebak ke negara lain.

Mengenai rancangan Malaysia membina loji janakuasa nuklear bertujuan untuk menjana kuasa elektrik, Chin berkata, Malaysia Nuclear Power Corporation sedang membuka tender kepada pakar dan konsultan antarabangsa untuk mengkaji tentang beberapa aspek seperti lokasi, kesesuaian dan keselamatan lokasi, jenis teknologi dan penerimaan rakyat mengenai cadangan tersebut.

"Semua ini akan diambil kira sebelum kita buat keputusan terakhir...ini program rancangan jangka panjang, kalaulah kita tetapkan bahawa kita akan bina loji elektrik yang menggunakan nuklear ini akan hanya boleh digunapakai pada tahun 2021, maka kita ada 10 tahun lagi.

"Jadi kita ada masa untuk menjalankan kajian sedalam-dalamnya, ia akan mengambil masa untuk menjalankan kajian dan saya pasti kerajaan tidak akan berbuat sesuatu secara rahsia tanpa memaklumkan kepada orang ramai," katanya. - BERNAMA

Kemusnahan Akibat Gempa Dan Tsunami Lebih Ketara Hari Ini


TOKYO : Kemusnahan dahsyat akibat gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter dan tsunami setinggi 10 meter yang melanda Jepun tengah hari semalam, menjadi lebih ketara apabila lebih 1,300 dikhuatiri maut sebaik sahaja fajar menyingsing di negara itu.

Polis dan media tempatan mula melaporkan kemusnahan dahsyat yang berlaku di Tohoku atau timur laut Jepun, dengan Sendai paling teruk menerima kesannya kerana terletak paling hampir dengan pusat gempa yang berlaku pada pukul 2.46petang (1.46 tengah hari waktu Malaysia) itu.seterusnya disini



Bila aku tengok gambar 2 gempa bumi dijepun ni...dah bermacam macam dah berlegar2 dikepala ni
terasa betapa kerdil nya aku...kemusnahan dalam sekelip mata...yang tak pernah terjangkau dek fikiran
Ya ALLAH ,..Ya tuhan kami selamat kan kami dari bala petaka yang turunkan didunia..dan jadikanlah
kami mengisafi kejadian ini...teguhkanlah iman kami terhadapmu...amin



Bila aku tengok gambar kat atas tu...boleh ke kita pastikan berapa orang yang terselamat
uumm....aku rasa tak bleh nak cakap lagi..lidah jadi kelu dan kaku...


Pusaran air laut yang terhasil dari Tsunami [ Ledakkan dari dasar bumi dibawah laut ]




Tengok kapal tu teringat tsunami aceh...kebesaran kehebatan kuasa penguasa ALAM



Sama sama kita renungkan...dan berdoa untuk mangsa dan rakyat negara yang terlibat semoga mendapat
hikmah disebalik kejadian ini...manusia mampu merancang dan yang menentukan segalanya adalah dari
yang MAHA ESA.....

Friday, March 11, 2011

Gambar Dan Video Tsunami Jepun

Tsunami Melanda Negara Matahari Terbit [Jepun]


Dunia sekali lagi digempar dengan kejadian gempa bumi yang berukuran 8.9 skala richter yang mengakibat Tsunami yang melanda dinegara Jepun..dikatakan yang terburuk setelah 140tahun yang memusnahkan keseluruhan bandar Miyagi...sungguh mengerikan kemusnahan yang tak pernah dibayangkan... beratus ratus nyawa hilang...moga menjadi iktibar untuk kita semua renungkan.. setiap kejadian ada hikmahnya...agar menambahkan lagi keimanan kita pada yang ESA..buruk dan baik adalah atas kehendaknya....korang layan la gambar kat bawah tu


















Monday, March 7, 2011

cinton untuk sahabatku


Nii..kes bosan ler nii...keep study dah jadi mention kepala otak
apa pahal pun layan jer ler...besok start exam...doaku...doamu...harapan ku ..sandaran mu..merdeka kan lah mindaku...untuk ku gapai impian ini
segalanya atas kehendaknya...wa mau tinton sikijap yer!!!

SERUAN


Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau kesukaran yang mendatang

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid dalam perjuangan

Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat daulah islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan keringatmu

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat dihati mu
Hingga nyata benarnya janji Rabbi

Melangkahlah dengan panji2 Islam
Membimbing ummah ke medan siasah
Berpedomankan AL-QURAN dan Sunnah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah..

p/s ;hidup adalah perjuangan...tegakkanlah fisabilillah dalam kehidupan seharian
dengan keiklasan..berolehlah kebahgiaan...wassalam

Tuesday, March 1, 2011

Kena cool kejap

Ari ni 28hb maybe dis is are last n3 for this week...why???..hehehe sebab aku kena cool sekejap...bersiap untuk exam minggu depan...tapi klu ade masa terlebih sikit bleh la cory2 wat n3 sikit kot...emmm tengok la...


Kalau study..jangan tension....jus coool jer


Huhuhu...ini larangan keras dari ayah no facebook, no blogging also chat...hehehe...boring nya..tp tak pe demi meningkatkan prestasi pelajaran aku tak kisah la...aku tetap enjoy dengan buku2 dan latihan yang cikgu bagi.

Dalam kelas kalo mcm niii...memang habiss!!!


Aku wat blog niii pong sebab nak perah otak jer...belajar wat karangan..sambil ambik tau dunia luar...whatever la..tp blogging ni memang ketagih giler siottt....
Hallo blogger...berblog jangan lak gini jadinya....coool jeer


Anyway...banyak lagi masa ruang yang perlu diisi...jadi setakat seminggu 2 ni tak hal la, just cool jer...iiisssh berapa banyak cool daaa,kk malam ni bley tido lena kalu ada info yang nak dikongsi..ble le taruk link atau copy and paste je...hahaha itu memang kerja aku..selamat malam sis..