Followers

Saturday, February 26, 2011

130 Orang Tentera Libya Ditembak Mati Kerana Enggan Menurut Perintah Gaddafi


PDFPrintE-mail

4Share
altaltPergolakan revolusi di Libya terus berlarutan. Regim setempat menghadapinya dengan melakukan berbagai tindakan, dengan kekerasan dan pembunuhan. Sejumlah tentera Libya telah ditangkap kerana menolak arahan dari menembak para penunjuk perasaan anti pemerintahan, lapor Persekutuan Antarabangsa Hak Asasi Manusia (IFHR).

Sebuah video amatur seperti yang dilaporkan oleh Press TV menunjukkan jenazah sejumlah 130 orang tentera yang mati dengan tangan-tangan mereka diikat di belakang badan mereka. Perajurit yang memberontak itu ditembak mati di al-Baida berhampiran Kota Benghazi.

Gaddafi yang enggan berundur telah memerintahkan pasukannya untuk menembak para penunjuk perasaan. Namun semakin banyak anggota tentera yang menolak arahan tersebut.

Sumber dari bahagian perubatan mengatakan kepada IFHR bahawa mereka telah melihat dengan mata kepala mereka sendiri serangan di Benghazi. Tentera-tentera upahan telah menembak penunjuk perasaan secara rambang di kota kedua terbesar tersebut. Hospital-hospital di kota tersebut dipenuhi dengan mayat-mayat dan orang awam yang tercedera akibat serangan daripada kelompok Pro Gaddafi.

IFHR menegaskan, kekejaman yang dilakukan terhadap para penunjuk perasaan di Libya merupakan kejahatan terhadap kemanusiaan yang harus diajukan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Terbaru, 2.000 orang dilaporkan maut akibat kekejaman yang dilakukan pasukan keselamatan terhadap penunjuk perasaan sejak minggu lalu. Ratusan penunjuk perasaan yang terkorban telah dikebumikan secara beramai-ramai di sebuah pantai di Tripoli, ibukota Libya.

Pasukan tentera Libya menggunakan senjata-senjata berat pada Rabu, 23 Februari lalu untuk membubarkan orang awam. Bahkan mereka juga melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk mencari para penunjuk persaaan anti pemerintah.

Sumber : Syabab.com

Friday, February 25, 2011

Jahannam

ciss apajadah punya manusia dah menceroboh..merompak rumah orang ..lagi buat benda tak senonoh...betul2 cilake punya penyamun...ceritanya korang baca........kat sini



apa nak jadi dengan dunia nii...manusia dah tak takut azab dari Allah s.a w...namun di sebalik kekejaman dunia ini ....masih lagi ada kasih sayang yang utuh seorang ibu yg sanggup menjadi korban demi anak-nya....

p/s ;apakah seorang anak sanggup berkorban buat ibunya,namun apa yg kita lihat rumah orang tua2 semakin meriah penghuninyaaa

AKU.....kakak sulung


Hahaha ini geng bikin semak...tu yang paling brutal {AMEER}
fuh ganas betul sampai tak terlayan


Aku anak ke-2 dari 7 adik beradik...dan aku juga merupakan anak perempuan sulung....atau kakak sulung bagi 5 adik-adik ku......bayangkan betapa beratnya responsibility yg harus.......bkn harus tapi wajib aku pegang.Jangan pandang remeh tugas sebagai kakak sulung....rase macam penjenayah pon ade,ape taknya....asal ade je keje semua tuding jari ke aku...jawab diaorang memang senang dah kakak yg sulung.....kakak lah yg kena wat......kesian kan adik punya pasal aku wat gak,tapi kalau dah nama aku jer yg di petik.....da di kira melampau tahap gaban nih......


Niii my broo...mat eman{Abg sulung} ini pun satu raja pemalas sei


Tapi cam biasa ....ibu akan tarbiah aku,bila nengok aku naik antu semacam........ayat ibu yang paling menusuk ialah....aku ni umpama pengganti ibu bila ibu tak de,tapi aku tak nak p.k maksud *tak de* yg ibu ckp tuh.....aku juga akan jadi pengganti tempat adik2 bermanja,mengadu sakit or lapar even sekiranya diaorang ade problem apa pon....
Baru aku faham....sikit jer baru aku ambil tugas ibu aku da mengeluh,camna plak ibu yg menjaga kami seramai tujuh orang.....?tak per aku akan cuba jadik kakak yg mithali....hee heeee ...kua kua kuaaa

Tuesday, February 22, 2011

Mari Kita Renungkan...Apa pendapat anda

Adoi susahnya nak update log niii..line tenet cam labi labi..pusing2 jumpa n3 bro Isa ni
ooi best gak untuk d kongsi...palagi aku pun cilok dengan izin...baca Disini...
Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.


Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.


Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri...


Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga

i

Fatwa terbaru..Dr Yusuf Al-Qaradawi

Libya : Gaddafi Wajib Di Bunuh...????

"Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Stesen TV Al-Jazeera Dr. Yusuf Al-Qaradawi (gambar kiri ) mewajibkan agar Gaddafi dibunuh dan ianya adalah jihad. Fatwa terbaru beliau ini dikeluarkan rentetan daripada laporan yang menyatakan bahawa Gaddafi melancarkan serangan dengan menggunakan jet pejuang untuk untuk mengebom mereka yang terlibat dalam demontrasi yang berterusan di Libya sekarang.

Syeikh al-Qaradawi berkata:-

:وقال القرضاوي " أصدر الآن فتوى بقتل
القذافي. أي ضابط أو جندي أو أي شخص يتمكن من أن يطلق عليه رصاصة فليفعل، ليريح الليبيين والأمة من شر هذا الرجل المجنون وظلمه". وأضاف "لا يجوز لأي ضابط أن يطيع هذا الرجل في المعصية والظلم والبغي على العباد".

maksudnya :

"Aku mengeluarkan fatwa sekarang supaya Gaddafi dibunuh ! Barangsiapa samada pegawai tentera, atau tentera biasa atau mana-mana individu yang mempunyai peluang untuk membunuhnya.. maka janganlah teragak-agak untuk membunuhnya! ianya adalah semata-mata untuk menyelamatkan rakyat Libya daripada kejahatan dan kezaliman lelaki yang gila ini!


Beliau seterusnya menambah "Haram kepada pegawai dan askar biasa untuk mentaati lelaki ini (Gaddafi) dalam perkara yang maksiat, kezaliman dan kerakusan terhadap rakyatnya sendiri..!"


Perghh N3 niii aku rembat kat {SINI}

Monday, February 21, 2011

Tanya..MAHMOUD M ALHIRTHANI..penderitaan warga PALESTIN

Ari ni aku nak kongsi kesinambungan cerita palestin...tp bukan cerita palestin...eeh apa ni berbelit belit nya bahasa...apa yang aku nak bagitau sekarang kengkawan ,teman ,blogger yang berminat
ingin mengetahui kisah penindasan rejim zionis terhadap palestin,bolehlah bertemu dengan seorang aktivis yang sanggup korbankan wang, masa dan keselesaan hidup demi untuk meyedarkan masyarakat antarabangsa betapa penting kita membantu golongan tertindas untuk mendapatkan kembali hak mereka yang dirampas zionis.

beliau merupakan pengurusi persatuan SALAM dan juga pensyarah di universiti AL-AQSA,GAZA sementara kini beliau berada di kuala lumpur,kenkawan.teman2 blogger yang berminat bertemu dengan Profesor Mahmoud M Alhirthani di talian 03-42516702 = atau emailkan
mhirthani@gmail.com
itu jer yang aku nak kongsi ngan korang kalu korang berminat,lagi pun beliau tak lama kat malaysia nii...oh sorry gang gambar dia ...aku tak dapat nak letak sebab my cmputi ni ale ploblem ma..k see you all

BERSERAH

Telah Banyak Yang Kulewati
Jalan Hitam Di Dunia
Tak Terhitung Selama Nodai
Masih Adakah Kesempatan
Bagiku Mendekatkan
Hati Dan Cinta KasihMu

Kuingin Bersihkan Diriku
Dari Segala Dosa
Yang Telah Kuperbuat Hingga Kini

Kuingin Bersihkan Jiwaku
Terangilah Dengan Segala
Petunjuk JalanMu

Tiada Yang Ada SelainMu
Yang Selalu Menjagaku
Meski Kadang TinggalkanMu
Aku Yang Hanyalah Manusia
Yang Mencari JalanMu
Yang Pasti Kembali PadaMu