Followers

Tuesday, March 13, 2012

AL-fatihah untuk adik Nadirah @ dirang



JOHOR BAHRU: Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, (kiri) yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flet Sri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 13 hari lalu, disahkan dibunuh dan dibakar selepas ujian DNA rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, Khamis lalu, dilakukan.



Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata pengesahan itu dibuat selepas Jabatan Kimia membandingkan sampel DNA mayat yang dijumpai itu dengan ibu mangsa, Roselyn Alan, 25.

Keputusan DNA itu hanya diperoleh kira-kira jam 2 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata pengesahan itu dibuat selepas Jabatan Kimia membandingkan sampel DNA mayat yang dijumpai itu dengan ibu mangsa, Roselyn Alan, 25. Keputusan DNA itu hanya diperoleh kira-kira jam 2 petang semalam.

Rangka manusia itu dijumpai kira-kira jam 9 pagi dalam sebuah lubang yang baru digali di ladang itu, 3.5 kilometer dari rumah mangsa jika melalui jalan ladang dan 20 kilometer mengikut laluan biasa.

NENEK Nurul Nadirah Abdullah, Milnah Jul ditenangkan oleh ahli keluarga ketika melihat tempat mayat Allahyarham (gambar kecil) dibakar di kawasan projek terbengkalai berhampiran Jalan Damai, Nusa Damai, Masai,


Nurul Nadirah dilaporkan hilang selepas ke kedai runcit di tingkat bawah blok perumahan bersebelahan kediamannya untuk membeli mi segera dan telur dengan membawa wang tunai RM4, dalam kejadian jam 10 pagi 1 Mac lalu.
Kehilangannya menimbulkan tanda tanya apabila sebelah seliparnya ditemui dalam kebun sawit berhampiran perumahan itu, manakala satu lagi ditemui 500 meter dari situ dengan telur yang dibelinya pecah dan mi segera bertaburan.

Sehingga ini, polis menahan empat individu termasuk bapa kandung mangsa dan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan.

Serpihan rangka manusia yang dibakar itu ditemui orang ramai lapan hari selepas kehilangan mangsa tetapi polis pada mulanya menyangka rangka itu individu dewasa berikutan saiznya,

Siasatan awal polis mendapati serpihan rangka manusia itu dibakar lebih daripada lima hari hingga sukar untuk mengenal pasti identiti serta jantinanya.

Roslan berkata, tempoh tahanan reman empat suspek termasuk bapa kandung Nurul Nadirah yang ditahan Khamis lalu, dilanjutkan bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan terperinci.

Katanya, bapa kandung mangsa ditahan sehingga 19 Mac ini manakala tempoh penahanan tiga lagi suspek termasuk sepasang suami isteri disambung sehingga 16 Mac.

berita dan gambar : Berita Harian

p/s;mengapa manusia jadi semakin kejam tanpa belas kasihan..Hati siapa tak terdetik mendengar sekujur tubuh kecil dibunuh dan dibakar sehingga rentung . Hanya manusia bertopengkan syaitan tergamak melakukan perkara sedemikian. Adik Nurul Nadhirah Abdullah yang hilang selepas keluar membeli mee segera dan telur secara bersendirian di kedai berhampiran setelah disuruh ibunya disahkan mati ekoran penemuan mayat rentung di ladang kelapa sawit berhampiran ...Apa sudah tak selamatkah negara ini???

2 comments:

yahaya said...

kenapalah jadi perkara perkara mcm ni...keganasan bunuh dan sebagainya...adakah manusia ramai yg sakit jiwa..atau sudah jauh dari keimanan..

onemzie said...

manusia sudah ilang pertimbangan...akhir zaman