Followers

Monday, May 30, 2011




Kira-kira 500,000 kilogram ikan bernilai RM3.5 juta
terapung di Tasik Taal, Batangas selatan Manila,
dilaporkan mati kerana perubahan iklim secara tiba-tiba.

Pulau yang merupakan kawasan tumpuan pelancong dan
terletak 65 kilometer dari selatan Manila itu
didiami seramai 7,000 orang petani, nelayan dan
pemandu pelancong.

Permukaan tanah juga menggelembung dan suhu di
sekitar Tasik Taal mula menaik dimana ia boleh
menyebabkan letusan gunung berapi.

Lawatan ke 2,500 hektar pulau kawah yang
merupakan tumpuan utama pelancong kini
diharamkan dan pegawai tempatan menaikkan
poster meminta mereka meninggalkan pulau itu.


Taal merupakan antara 22 buah gunung berapi
yang paling tidak stabil di dalam negara
dengan rekod sebanyak 33 kali letusan dan
kali terakhir berlaku pada tahun 1977.

Tasik di sekitar kawah tersebut menghalang
berlakunya kematian pada tahun 1977 dan ketika
letusan lain berlaku kerana air tasik itu
melindungi dari terkena lahar.

-kijang59

No comments: