Followers

Sunday, May 8, 2011

Datuk enam cucu ditipu kekasih berusia 17 tahun. Alahai...



















[SH] KULIM - Hancur luluh
hati seorang lelaki 70 tahun
apabila sedar cinta yang disulam
bersama kekasihnya yang baru
berusia 17 tahun, rupa-rupanya
hanya bernilai RM7,000.

Dalam keadaan lemah longlai dan
bertongkat, lelaki berkenaan hadir
di Balai Polis Kulim, di sini, untuk
membuat aduan terhadap buah hatinya.

“Dia tipu dan saya sedih sangat
apabila panggilan saya tidak dijawab
olehnya. Saya sudah habiskan kira-kira
RM7,000 untuknya, saya belikan telefon baru, dan selalu tambah nilai
prabayar telefonnya.

Sebelum ini, kami sudah berjanji akan kahwin selepas dia selesai duduki
peperiksaan SPM hujung tahun ini,” kata lelaki dari Parit Buntar itu,
yang mengaku sudah punya enam cucu.

Meskipun begitu, kata lelaki itu, dia masih berharap agar kekasihnya itu
pulang semula ke pangkuannya.

Menurutnya, dia mengenali remaja yang masih bersekolah itu sejak
Ogos tahun lalu melalui telefon dan sejak itu, mereka sering berhubungan
hingga akhirnya, perkenalan yang bermula secara tidak sengaja itu
membuahkan bibit-bibit cinta.
P/s: Sudah jatuh ditimpa tangga...
(Gambar sekadar hiasan)

muaaakakaka..keh keh keh...cerita lawak binte pak lawak...kubur kata
mari mari..umah kata
pegi main jauh jauh..ada ati nak bercinta ngan orang muda
(remaja bawah umur tu)
da pastu..dengan tak malunya pii mengadu kat balai polis
cakap kena tipu..wat malu
anak cucu jer klu diorang baca berita yng tersebar...ummmhhh

No comments: