Followers

Wednesday, June 8, 2011

ayah.....bismillahhirrahmanirrahim...


A Dad is a person
who is loving and kind,
And often he knows
what you have on your mind.
He's someone who listens,
suggests, and defends.
A dad can be one
of your very best friends!
He's proud of your triumphs,
but when things go wrong,
A dad can be patient
and helpful and strong
In all that you do,
a dad's love plays a part.
There's always a place for him
deep in your heart.
And each year that passes,
you're even more glad,
More grateful and proud
just to call him your dad!
Thank you, Dad...
for listening and caring,
for giving and sharing,
but, especially, for just being you!

88888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

A dad is someone who..
wants to catch you before you fall,
but instead picks you up,
brushes you off,
and lets you try again.

A dad is someone who...
wants to keep you from making mistakes,
but instead lets you find your own way,
even though his heart breaks in silence
when you get hurt.

A dad is someone who..
holds you when you cry,
scolds you when you break the rules,
shines with pride when you succeed,
and has faith in you even when you fail...
*********

8888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888





Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..
















Free Myspace Generators

Kelebihan seorang ISTERI disisi ALLAH

Mulianya seorang isteri disisi Allah…

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga,

Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak

menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu

mereka di akhirat kelak.


Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…..

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan

Tuhan… sebagai pengeluar ‘ manusia.

Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan

dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang

terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti

yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah

sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak

melahirkan anak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu

bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk

orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya,

semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra

yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia

redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah..

ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk

syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk

lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi

di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia

tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah,

segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi

dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak

derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki.Dia dicipta dari

sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki

dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to

top him, Nor form his feet to be stepped upon, She was made from his side to

be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to

be loved by him.

sumber:dok mai

Sunday, June 5, 2011


Kaki pak cik, lebih bersih dari muka lu..

Ini mungkin cerita rekaan yang gua petik dari respeks group,

kisah ini berlaku dalam sebuah pesawat yang sedang menuju

ke Kuala Lumpur. Kebanyakkan dari penumpang pesawat

tersebut ialah mereka yang sedang perjalanan pulang ke tanah

air selepas mengerjakan umrah.

Dalam pesawat tersebut berlaku satu peristiwa di mana seorang

pramugari ternampak seorang pak cik sedang membasuh

kakinya di sinki di dalam tandas yang kebetulan lupa di tutup



Pramugari: Pakcik tolong jangan basuh kaki dalam sinki. Sinki
untuk basuh tangan dan muka, bukan untuk basuh kaki yang kotor tu. Bersopanlah sikit pakcik..!!!

Pakcik: Baik puan, maafkan pakcik. Tapi boleh pakcik tanya sikit?

Pramugari: Apa dia?

Pakcik: Puan, dalam sehari berapa kali puan basuh muka puan?

Pramugari: Saya basuh muka tiap-tiap hari sekali selepas bertugas sebelum tidur.

Pakcik: “Make Up” yang puan pakai di muka puan jenama apa?

Pramugari: (Dengan bangga) Kami pramugari semua pakai jenis jenama yang terkenal dari Peranchis.

Pakcik : Puan, kalau begitu kaki pakcik ni lebih bersih dari muka puan.

Pramugari: Ehhh...!!! pakcik jangan merepek!

Pakcik: Pakcik tak merepek tetapi ini kenyataan. Pakcik cuci kaki sekurang-kurangnya 5 kali sehari sebelum solat. Sedangkan puan cuci muka hanya sekali sehari. Jadi di antara kaki pakcik dengan muka puan yang mana lebih bersih? Lagi pun puan guna “make up” jenis yang tak suci lagi tak halal ertinya bernajis. Maka memang layak muka puan yang bernajis tu dibasuh guna mangkuk tandas ini aje.

Pramugari: Tak terkata..., malu..., geram.., lalu beredar.
Dari; ikutsukaaku
Moral dari cerita ini....korang pikir sendiri la...ente sudah tahu da


Fuuuh yoo yo yo sekolah da cuti 2minggu...bosan makin bosan
macam lagu amy search,aku dah bosan...melayani angan angan mu
eeheyyy....bosan 2 punya pasal aku ikut rombongan teacher adgnes
ke pusat sains negara..walau pun aku agak pobia dengan rombongan2
nie..sebab takde apa nak wat..aku ikut juga la,bersama2 ngan adik2
aku syikin dan eeaah...ala best la jugak..walau pun tak best...issh
macamana nie? best ke tak best..aaah layan jer la dari pada xde apa2
nak wat...happy jugak la bila ramai2 tu macm2 perangai plk budak 2
nie..sempat juga amik pic2 yg kira ok la daripada xde...heee

Adik adik aku tu memang happy.....
syikin and eah

tu dia syikin(adik aku)tengah melantak
ngan kawan2nya


Nasihah(eeah,adik ku juga ni)posting
baeeek punya pic tu sama gelap ngan
orangnya..hehehe


Nasihah dan teacher Ann
Teacher ada lah orang yng mengaturkan lawatan ini,miss Ann
sangat baik orangnya banyak membantu pelajar2 yang lemah
dalam mate,sains,b,I nasaihat2 nya...memberikan semangat
pada pelajar..walaupun dia agak kurang berbahasa melayu
tapi dia tak pernah pilih bulu...dia cikgu yang very sporting
miss Ann Marie...thank you teacher

Saturday, June 4, 2011

Ini lagi satu sial punya budak2 akhir zaman ni
takde respek2 lagi mak bapak..asal sampai hajat
die jer..hati ibu da xpenting..ikut nafsu iblis la tu
cisss pundek punya orang...

Remaja perkosa kekasih depan ibu


















KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang ibu apabila terpaksa
menyaksikan kerakusan anak lelakinya berusia awal 20-an
merogol teman wanita di rumah mereka di Wangsa Maju,
di sini, kelmarin.

Lebih menyedihkan apabila usaha ibu tunggal berusia 40-an
itu supaya anaknya menghentikan perbuatan terkutuk terbabit
tidak diendahkan walaupun berulang kali dia merayu sambil
menangis.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, lelaki terbabit dipercayai
di bawah pengaruh dadah kerana langsung tidak mempedulikan
ibunya sebaliknya lebih rakus dengan menodai kekasihnya
yang menjerit meminta bantuan.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian mangsa berusia 20-an
dipelawa suspek yang dikenalinya sejak empat bulan lalu
ke rumahnya dengan alasan mahu memperkenalkan gadis
itu kepada ibunya.

“Sebaik sampai di rumah, mangsa diperkenalkan kepada
ibu suspek sebelum si ibu pergi ke dapur untuk menyediakan
minuman ;mymetro

Thursday, June 2, 2011

ZINA

Ni cerita yang aku pun dah lupa kat mana aku dapat...cerita ni dah

sebulan lebih da,aku dapat..aku rasa menarik untuk renungan bersama

jadi aku simpan dalam folder..dan hampir terlupa nak keluar kan,ari ni

baru aku perasan dan keluarkan tapi aku dah lupa pulak sape yang

tulis...kepada yng empunya cerita ni aku minta maaf la ye...tak dapat

nak letak linknya...sebarkan benda baik takde masaalah kut..hee3x

Kes suami berzina, lain pula cara penyelesaiannya. Kes yang dikemukakan ini menunjukkan secara jelas suami melakukan dosa besar. Dalam keadaan dia mempunyai ‘kebun’ yang sudah dihalalkan dengan nama Allah, dia memilih cara yang haram untuk melepaskan nafsunya. Itulah asas yang kuat untuk memohon fasakh.

Saya percaya mana-mana isteri yang normal, memahami agama dan menjaga kehormatan dirinya akan tercabar dengan perilaku suami begini. Saya tidak tahu jika masih ada isteri yang sanggup melakukan hubungan intim dengan suaminya yang pernah ‘berkebun’ di tanah yang haram setelah mengetahuinya. Sedangkan di sisi Allah sahaja, nyawa suami yang berzina menjadi halal untuk dibunuh, maka apakah hak kita untuk melayani suami menjadi lebih besar dari hak-hak Allah? Secara peribadi, saya sebagai wanita akan merasa jijik. Jijik untuk membiarkan diri disentuh oleh suami yang tidak menjaga kesucian dirinya sebagai muslim.

Sekiranya dia bertaubat sekalipun, itu urusan dia dengan Allah. Dia sudah melampau batas-batas hukum Allah, maka biarlah dia selesaikan sendiri urusannya dengan Allah. Hukuman hudud itu sendiri adalah satu mekasnime menghapus dosa besar tersebut. Selain mencegah masyarakat dari melakukan perkara jijik yang sama.

Biarlah suami tersebut malu di dunia dan merasa azab direjam, asalkan di akhirat kelak dia mampu menuju Allah dalam keadaan dosanya telah diampunkan. Azab di akhirat berganda-ganda dibandingkan sedikit balasan di dunia. Apa pilihan kita?

Andaikata hudud dijalankan, suami tersebut akan mati juga. Usahkan untuk mengamalkan poligami, perkahwinan sedia ada pun akan termansukh sebaik sahaja hukuman rejam dilaksanakan. Itulah asas saya menyarankan agar permohonan fasakh dibuat dalam keadaan negara tidak melaksanakan hukum hudud.

Setelah permohonan fasakh diluluskan, urusan bekas suami untuk berkahwin atau tidak dengan teman berzinanya itu bukan lagi perkara yang perlu difikirkan. Kalau dia berkahwin pun, dia memang mendapat calon yang paling sesuai dengannya.

Buktikan kita membesarkan hak-hak Allah dengan cara yang kita mampu. Beritahu suami pendirian kita dalam hal ini.


Allah sendiri menegaskan dalam surah An-Nur ayat 3,

” Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak akan berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak akan berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. ”

Allah menegaskan bahawa calon yang layak untuk mereka yang berzina sama ada lelaki atau wanita adalah calon yang pernah berzina juga atau orang musyrik. Inilah hukuman Allah untuk mereka di dunia atas perbuatan yang mereka sendiri usahakan. Peribadi yang bersih dan menjaga maruah dirinya hendaklah mengelak diri dari menerima calon penzina sebagai pasangan hidupnya. Ayat ini menceritakan tentang penzina yang belum pernah berkahwin.

Kembali kepada keadaan negara yang tidak menunaikan perintah Allah agar melaksanakan undang-undang hudud, maka adalah wajar sekali isteri yang suci memohon fasakh daripada suami yng’ berzina. Suami itu sudah jatuh fasik. Golongan fasik terhalang lagi dari beberapa hak yang besar seperti menjadi wali bagi anak perempuannya, tidak boleh menjadi saksi dan lain-lain. Bagi sesetengah topik , mungkin ada khilaf pendapat dalam menerima atau menolak muamalah golongan fasik. Itu adalah kes fasik disebabkan kesalahan yang tidak perlu dihukum bunuh.


Wednesday, June 1, 2011


MANA HANTU....SIAPA HANTU

Zaman dahulu, jika anak kecil berkelakuan terlalu nakal, orang
tua berkata ..."Anak siapalah jahat sangat macam hantu ni?"

Hantu Kopek menurut cerita diperturunkan zaman berzaman,
gemar menyembunyikan mangsa di bawah liptan buah dada
dikatakan lanjut dan terlalu besar. Hantu Galah kononnya
suka menyakat dan menakutkan mangsa dengan mempamerkan
fizikal tinggi, besar dan badan berbulu. Manakala Langsuir
dilaporkan taksub ketawa mengilai dan menakutkan manusia
sambil berterbangan di atas atap rumah diperbuat daripada
pohon rembia.

Kita semua tidak pernah mendengar kes hantu terbabit mecedera,
merogol, merompak atau membunuh manusia.

Pernah saya dengar kisah hantu mencekik manusia mengakibatkan
mangsa sukar bernafas tetapi sekadar itu sahajalah kisahnya, dia
tidak membunuh manusia terbabit.

Jika kini semua keluarga hantu berkumpul, mereka barangkali
berada dalam ketakutan. .

Datuk hantu mungkin berkata ...

"Kamu semua baik baik. Zaman dahulu, manusia kata,
orang jahat macam hantu. Sekarang? Cuba renung
dan lihat kembali, manusia membunuh manusia, manusia
merogol manusia, manusia menyamun dan merompak manusia,
manusia menyimbah asid kepada manusia, manusia menipu
manusia, manusia ...."

Dia kemudian berhenti bercakap buat seketika setelah penat
mengulangi perkataan'manusia' dan berkata ...

"Kepada semua anak dan cucu hantu, di sini, datuk nak ingatkan,
kamu semua jangan jahat macam manusia!"

Boleh jadi, kan?

P/S; Bak kata aku hahahah.....lu pikir la sendirii