Followers

Sunday, June 5, 2011


Kaki pak cik, lebih bersih dari muka lu..

Ini mungkin cerita rekaan yang gua petik dari respeks group,

kisah ini berlaku dalam sebuah pesawat yang sedang menuju

ke Kuala Lumpur. Kebanyakkan dari penumpang pesawat

tersebut ialah mereka yang sedang perjalanan pulang ke tanah

air selepas mengerjakan umrah.

Dalam pesawat tersebut berlaku satu peristiwa di mana seorang

pramugari ternampak seorang pak cik sedang membasuh

kakinya di sinki di dalam tandas yang kebetulan lupa di tutup



Pramugari: Pakcik tolong jangan basuh kaki dalam sinki. Sinki
untuk basuh tangan dan muka, bukan untuk basuh kaki yang kotor tu. Bersopanlah sikit pakcik..!!!

Pakcik: Baik puan, maafkan pakcik. Tapi boleh pakcik tanya sikit?

Pramugari: Apa dia?

Pakcik: Puan, dalam sehari berapa kali puan basuh muka puan?

Pramugari: Saya basuh muka tiap-tiap hari sekali selepas bertugas sebelum tidur.

Pakcik: “Make Up” yang puan pakai di muka puan jenama apa?

Pramugari: (Dengan bangga) Kami pramugari semua pakai jenis jenama yang terkenal dari Peranchis.

Pakcik : Puan, kalau begitu kaki pakcik ni lebih bersih dari muka puan.

Pramugari: Ehhh...!!! pakcik jangan merepek!

Pakcik: Pakcik tak merepek tetapi ini kenyataan. Pakcik cuci kaki sekurang-kurangnya 5 kali sehari sebelum solat. Sedangkan puan cuci muka hanya sekali sehari. Jadi di antara kaki pakcik dengan muka puan yang mana lebih bersih? Lagi pun puan guna “make up” jenis yang tak suci lagi tak halal ertinya bernajis. Maka memang layak muka puan yang bernajis tu dibasuh guna mangkuk tandas ini aje.

Pramugari: Tak terkata..., malu..., geram.., lalu beredar.
Dari; ikutsukaaku
Moral dari cerita ini....korang pikir sendiri la...ente sudah tahu da

No comments: