Followers

Tuesday, July 26, 2011

BERUK SEPARUH MANUSIA


Para saintis di Britain mendesak peraturan ketat dikenakan terhadap usaha segelintir penyelidik yang mahu mewujudkan makhluk separuh beruk dan separuh manusia seperti dalam filem Hollywood, Planet of The Apes.

Dalam satu laporan, para saintis itu memberi amaran bahawa penyelidikan yang kini sedang dilakukan hampir melanggar etika dalam percubaan menyatukan ciri manusia dengan haiwan.

Profesor Martin Bobrow, seorang pakar genetik perubatan di Universiti Cambridge dan penulis bersama laporan itu, berkata masyarakat perlu sedar bahawa penyelidikan yang mencampuradukkan gen manusia dengan haiwan harus dikawal selia dengan ketat.

'Kami mahu masyarakat menyedari implikasi penyelidikan seumpama itu sebelum ia benarbenar melahirkan sesuatu yang tidak diingini,' beliau dipetik sebagai berkata oleh akhbar Daily Mail.

Akademi Saintis Perubatan Britain telah menubuhkan pasukan penyemak yang akan meneliti penyelidikan yang mencampuradukkan gen manusia dalam tisu haiwan.

Tahun lalu, lebih sejuta penyelidikan dilakukan membabitkan haiwan diubah secara genetik, kebanyakannya membabitkan tikus dan ikan yang dilahirkan dengan DNA manusia.


Selanjutnya pi baca di sini

memang tak dinafikan manusia ada pelbagai kepakaran...tapi yang ni agak pelik sikit...nampak macam
bengong pun ada...sebab tiada kuasa yang dapat menandingi kuasa ALAH S AW...tapi bangsa orang
putih ni semuanya dia nak kaji and nak jadikan reality,kalau lah usaha mereka berjaya ..suatu hari nanti
akan lahir spises separuh beruk separuh manusia...nak panggil apa(kamaruk) kah ..kah .kah..dunia ..oh
dunia,pada masa ni pun dah ada manusia perangai nya jer dah macam beruk..itupun dah sukar nak dikawal..heemmmmph apa pun aku bersyukur kerana berwajah dan berotak seperti manusia...


No comments: