Followers

Monday, August 20, 2012

SALAM Idulfitri 1433H

Dalam kerendahan hati.. ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta.. ada kekayaan jiwa.
Dalam kelembutan lidah.. ada keterlanjuran kata.
Dalam gurau senda.. ada khilaf dan dosa.
Mohon agar dimaafkan segalanya.


Ucap kata kadang melukai,
Canda tawa kadang menyakiti,
Tingkah laku kadang melebihi,
Hingga maksud baik sering disalahertikan,
Besar gunung tak sebesar dosaku,
Banyak pasir di laut tak sebanyak khilafku,
Bersihkanlah Hati sebelum datangnya Idul Fitri yang kita nantikan,
Tiada permintaan yang indah kecuali saling memaafkan,
Dan tiada pemberian yang mulia selain Memaafkan.

Firman Allah swt yang bermaksud :"Dan supaya kamu cukupkan puasa sebulan Ramadhan & supayakamu membesarkan Allah dengan Takbir & Tahmid serta Takdis kerana mendapatpetunjukNya & supaya kamu bersyukur".(Al Baqarah:185).

Kata Al Ghazali:
Yang jauh itu WAKTU,
Yang dekat itu MATI,
Yang besar itu NAFSU,
Yang berat itu AMANAH,
Yang mudah itu BERBUAT DOSA,
Yang panjang itu BERAMAL SOLEH,
Yang indah itu SALING MEMAAFKAN,


Ucapan yang paling baik adalah "Allah", 


lagu yang paling indah adalah "Azan",


Rujukan yang paling lengkap adalah "Al-Qur'an", 


senaman yang paling sihat adalah "Solat",


Diet yang paling bagus adalah "Puasa", 


Kebersihan yang menyegarkan adalah "Wudhu", 


Perbuatan yang paling mulia adalah "Memaafkan".

Selamat Hari Raya Idulfitri 1433H,


Kepada saudari saudari jauh dekat,..sahabat taulan


rakan2 bloging "Dan seluruh umat islam



Minal Aizin Wal Faidzin.
Mohon Maaf zahir & Batin.

No comments: