

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga,
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak
menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu
mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…..
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan
Tuhan… sebagai pengeluar ‘ manusia.
Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan
dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang
terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti
yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah
sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak
melahirkan anak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu
bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk
orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya,
semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra
yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia
redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah..
ganjaran Alah keatasnya jua..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk
syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi
di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia
tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah,
segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi
dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak
derhaka denganNya.
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki.Dia dicipta dari
sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki
dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to
top him, Nor form his feet to be stepped upon, She was made from his side to
be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to
be loved by him.
sumber:dok mai
Ini mungkin cerita rekaan yang gua petik dari respeks group,
kisah ini berlaku dalam sebuah pesawat yang sedang menuju
ke Kuala Lumpur. Kebanyakkan dari penumpang pesawat
tersebut ialah mereka yang sedang perjalanan pulang ke tanah
air selepas mengerjakan umrah.
Dalam pesawat tersebut berlaku satu peristiwa di mana seorang
pramugari ternampak seorang pak cik sedang membasuh
kakinya di sinki di dalam tandas yang kebetulan lupa di tutup
Pramugari: Pakcik tolong jangan basuh kaki dalam sinki. Sinki
untuk basuh tangan dan muka, bukan untuk basuh kaki yang kotor tu. Bersopanlah sikit pakcik..!!!
Pakcik: Baik puan, maafkan pakcik. Tapi boleh pakcik tanya sikit?
Pramugari: Apa dia?
Pakcik: Puan, dalam sehari berapa kali puan basuh muka puan?
Pramugari: Saya basuh muka tiap-tiap hari sekali selepas bertugas sebelum tidur.
Pakcik: “Make Up” yang puan pakai di muka puan jenama apa?
Pramugari: (Dengan bangga) Kami pramugari semua pakai jenis jenama yang terkenal dari Peranchis.
Pakcik : Puan, kalau begitu kaki pakcik ni lebih bersih dari muka puan.
Pramugari: Ehhh...!!! pakcik jangan merepek!
Pakcik: Pakcik tak merepek tetapi ini kenyataan. Pakcik cuci kaki sekurang-kurangnya 5 kali sehari sebelum solat. Sedangkan puan cuci muka hanya sekali sehari. Jadi di antara kaki pakcik dengan muka puan yang mana lebih bersih? Lagi pun puan guna “make up” jenis yang tak suci lagi tak halal ertinya bernajis. Maka memang layak muka puan yang bernajis tu dibasuh guna mangkuk tandas ini aje.
Pramugari: Tak terkata..., malu..., geram.., lalu beredar.
Dari; ikutsukaaku
Moral dari cerita ini....korang pikir sendiri la...ente sudah tahu da
Ni cerita yang aku pun dah lupa kat mana aku dapat...cerita ni dah
sebulan lebih da,aku dapat..aku rasa menarik untuk renungan bersama
jadi aku simpan dalam folder..dan hampir terlupa nak keluar kan,ari ni
baru aku perasan dan keluarkan tapi aku dah lupa pulak sape yang
tulis...kepada yng empunya cerita ni aku minta maaf la ye...tak dapat
nak letak linknya...sebarkan benda baik takde masaalah kut..hee3x
Kes suami berzina, lain pula cara penyelesaiannya. Kes yang dikemukakan ini menunjukkan secara jelas suami melakukan dosa besar. Dalam keadaan dia mempunyai ‘kebun’ yang sudah dihalalkan dengan nama Allah, dia memilih cara yang haram untuk melepaskan nafsunya. Itulah asas yang kuat untuk memohon fasakh.
Saya percaya mana-mana isteri yang normal, memahami agama dan menjaga kehormatan dirinya akan tercabar dengan perilaku suami begini. Saya tidak tahu jika masih ada isteri yang sanggup melakukan hubungan intim dengan suaminya yang pernah ‘berkebun’ di tanah yang haram setelah mengetahuinya. Sedangkan di sisi Allah sahaja, nyawa suami yang berzina menjadi halal untuk dibunuh, maka apakah hak kita untuk melayani suami menjadi lebih besar dari hak-hak Allah? Secara peribadi, saya sebagai wanita akan merasa jijik. Jijik untuk membiarkan diri disentuh oleh suami yang tidak menjaga kesucian dirinya sebagai muslim.
Sekiranya dia bertaubat sekalipun, itu urusan dia dengan Allah. Dia sudah melampau batas-batas hukum Allah, maka biarlah dia selesaikan sendiri urusannya dengan Allah. Hukuman hudud itu sendiri adalah satu mekasnime menghapus dosa besar tersebut. Selain mencegah masyarakat dari melakukan perkara jijik yang sama.
Biarlah suami tersebut malu di dunia dan merasa azab direjam, asalkan di akhirat kelak dia mampu menuju Allah dalam keadaan dosanya telah diampunkan. Azab di akhirat berganda-ganda dibandingkan sedikit balasan di dunia. Apa pilihan kita?
Andaikata hudud dijalankan, suami tersebut akan mati juga. Usahkan untuk mengamalkan poligami, perkahwinan sedia ada pun akan termansukh sebaik sahaja hukuman rejam dilaksanakan. Itulah asas saya menyarankan agar permohonan fasakh dibuat dalam keadaan negara tidak melaksanakan hukum hudud.
Setelah permohonan fasakh diluluskan, urusan bekas suami untuk berkahwin atau tidak dengan teman berzinanya itu bukan lagi perkara yang perlu difikirkan. Kalau dia berkahwin pun, dia memang mendapat calon yang paling sesuai dengannya.
Buktikan kita membesarkan hak-hak Allah dengan cara yang kita mampu. Beritahu suami pendirian kita dalam hal ini.
Allah sendiri menegaskan dalam surah An-Nur ayat 3,
” Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak akan berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak akan berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. ”
Allah menegaskan bahawa calon yang layak untuk mereka yang berzina sama ada lelaki atau wanita adalah calon yang pernah berzina juga atau orang musyrik. Inilah hukuman Allah untuk mereka di dunia atas perbuatan yang mereka sendiri usahakan. Peribadi yang bersih dan menjaga maruah dirinya hendaklah mengelak diri dari menerima calon penzina sebagai pasangan hidupnya. Ayat ini menceritakan tentang penzina yang belum pernah berkahwin.
Kembali kepada keadaan negara yang tidak menunaikan perintah Allah agar melaksanakan undang-undang hudud, maka adalah wajar sekali isteri yang suci memohon fasakh daripada suami yng’ berzina. Suami itu sudah jatuh fasik. Golongan fasik terhalang lagi dari beberapa hak yang besar seperti menjadi wali bagi anak perempuannya, tidak boleh menjadi saksi dan lain-lain. Bagi sesetengah topik , mungkin ada khilaf pendapat dalam menerima atau menolak muamalah golongan fasik. Itu adalah kes fasik disebabkan kesalahan yang tidak perlu dihukum bunuh.