Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga,
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak
menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu
mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…..
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan
Tuhan… sebagai pengeluar ‘ manusia.
Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan
dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang
terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti
yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah
sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak
melahirkan anak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu
bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk
orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya,
semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra
yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia
redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah..
ganjaran Alah keatasnya jua..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk
syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi
di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia
tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah,
segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi
dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak
derhaka denganNya.
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki.Dia dicipta dari
sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki
dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to
top him, Nor form his feet to be stepped upon, She was made from his side to
be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to
be loved by him.
sumber:dok mai
No comments:
Post a Comment