Followers

Sunday, February 27, 2011

manusia berkepala anjing....

manusia sekarang dah semakin hilang kewarasan...wajah yang di kurniakan tiada cacat cela nak pula di lihat seperti seekor anjing,,,,,,cakap banyak tak guna,klu nak tahu lebih lanjut sila ke sini

ibu.....umpama malaikat....

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : ' Para malaikat disini mengatakan bahawa esok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?'

Dan Tuhan menjawab: 'Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu .'

Bayi bertanya lagi: 'Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.'

'Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia'

'Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka?'

'Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara.'

'Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?'

'Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa'

'Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat.. Siapa yang akan melindungi saya ?

'Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya'

'Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi'

'Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu'

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan

'Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bolehkah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?'

'Kamu akan memanggil malaikatmu itu: 'IBU '

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu.
Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa.....
Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Saturday, February 26, 2011

130 Orang Tentera Libya Ditembak Mati Kerana Enggan Menurut Perintah Gaddafi


PDFPrintE-mail

4Share
altaltPergolakan revolusi di Libya terus berlarutan. Regim setempat menghadapinya dengan melakukan berbagai tindakan, dengan kekerasan dan pembunuhan. Sejumlah tentera Libya telah ditangkap kerana menolak arahan dari menembak para penunjuk perasaan anti pemerintahan, lapor Persekutuan Antarabangsa Hak Asasi Manusia (IFHR).

Sebuah video amatur seperti yang dilaporkan oleh Press TV menunjukkan jenazah sejumlah 130 orang tentera yang mati dengan tangan-tangan mereka diikat di belakang badan mereka. Perajurit yang memberontak itu ditembak mati di al-Baida berhampiran Kota Benghazi.

Gaddafi yang enggan berundur telah memerintahkan pasukannya untuk menembak para penunjuk perasaan. Namun semakin banyak anggota tentera yang menolak arahan tersebut.

Sumber dari bahagian perubatan mengatakan kepada IFHR bahawa mereka telah melihat dengan mata kepala mereka sendiri serangan di Benghazi. Tentera-tentera upahan telah menembak penunjuk perasaan secara rambang di kota kedua terbesar tersebut. Hospital-hospital di kota tersebut dipenuhi dengan mayat-mayat dan orang awam yang tercedera akibat serangan daripada kelompok Pro Gaddafi.

IFHR menegaskan, kekejaman yang dilakukan terhadap para penunjuk perasaan di Libya merupakan kejahatan terhadap kemanusiaan yang harus diajukan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Terbaru, 2.000 orang dilaporkan maut akibat kekejaman yang dilakukan pasukan keselamatan terhadap penunjuk perasaan sejak minggu lalu. Ratusan penunjuk perasaan yang terkorban telah dikebumikan secara beramai-ramai di sebuah pantai di Tripoli, ibukota Libya.

Pasukan tentera Libya menggunakan senjata-senjata berat pada Rabu, 23 Februari lalu untuk membubarkan orang awam. Bahkan mereka juga melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk mencari para penunjuk persaaan anti pemerintah.

Sumber : Syabab.com

Friday, February 25, 2011

Jahannam

ciss apajadah punya manusia dah menceroboh..merompak rumah orang ..lagi buat benda tak senonoh...betul2 cilake punya penyamun...ceritanya korang baca........kat sini



apa nak jadi dengan dunia nii...manusia dah tak takut azab dari Allah s.a w...namun di sebalik kekejaman dunia ini ....masih lagi ada kasih sayang yang utuh seorang ibu yg sanggup menjadi korban demi anak-nya....

p/s ;apakah seorang anak sanggup berkorban buat ibunya,namun apa yg kita lihat rumah orang tua2 semakin meriah penghuninyaaa

AKU.....kakak sulung


Hahaha ini geng bikin semak...tu yang paling brutal {AMEER}
fuh ganas betul sampai tak terlayan


Aku anak ke-2 dari 7 adik beradik...dan aku juga merupakan anak perempuan sulung....atau kakak sulung bagi 5 adik-adik ku......bayangkan betapa beratnya responsibility yg harus.......bkn harus tapi wajib aku pegang.Jangan pandang remeh tugas sebagai kakak sulung....rase macam penjenayah pon ade,ape taknya....asal ade je keje semua tuding jari ke aku...jawab diaorang memang senang dah kakak yg sulung.....kakak lah yg kena wat......kesian kan adik punya pasal aku wat gak,tapi kalau dah nama aku jer yg di petik.....da di kira melampau tahap gaban nih......


Niii my broo...mat eman{Abg sulung} ini pun satu raja pemalas sei


Tapi cam biasa ....ibu akan tarbiah aku,bila nengok aku naik antu semacam........ayat ibu yang paling menusuk ialah....aku ni umpama pengganti ibu bila ibu tak de,tapi aku tak nak p.k maksud *tak de* yg ibu ckp tuh.....aku juga akan jadi pengganti tempat adik2 bermanja,mengadu sakit or lapar even sekiranya diaorang ade problem apa pon....
Baru aku faham....sikit jer baru aku ambil tugas ibu aku da mengeluh,camna plak ibu yg menjaga kami seramai tujuh orang.....?tak per aku akan cuba jadik kakak yg mithali....hee heeee ...kua kua kuaaa

Tuesday, February 22, 2011

Mari Kita Renungkan...Apa pendapat anda

Adoi susahnya nak update log niii..line tenet cam labi labi..pusing2 jumpa n3 bro Isa ni
ooi best gak untuk d kongsi...palagi aku pun cilok dengan izin...baca Disini...
Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.


Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.


Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri...


Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga

i

Fatwa terbaru..Dr Yusuf Al-Qaradawi

Libya : Gaddafi Wajib Di Bunuh...????

"Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Stesen TV Al-Jazeera Dr. Yusuf Al-Qaradawi (gambar kiri ) mewajibkan agar Gaddafi dibunuh dan ianya adalah jihad. Fatwa terbaru beliau ini dikeluarkan rentetan daripada laporan yang menyatakan bahawa Gaddafi melancarkan serangan dengan menggunakan jet pejuang untuk untuk mengebom mereka yang terlibat dalam demontrasi yang berterusan di Libya sekarang.

Syeikh al-Qaradawi berkata:-

:وقال القرضاوي " أصدر الآن فتوى بقتل
القذافي. أي ضابط أو جندي أو أي شخص يتمكن من أن يطلق عليه رصاصة فليفعل، ليريح الليبيين والأمة من شر هذا الرجل المجنون وظلمه". وأضاف "لا يجوز لأي ضابط أن يطيع هذا الرجل في المعصية والظلم والبغي على العباد".

maksudnya :

"Aku mengeluarkan fatwa sekarang supaya Gaddafi dibunuh ! Barangsiapa samada pegawai tentera, atau tentera biasa atau mana-mana individu yang mempunyai peluang untuk membunuhnya.. maka janganlah teragak-agak untuk membunuhnya! ianya adalah semata-mata untuk menyelamatkan rakyat Libya daripada kejahatan dan kezaliman lelaki yang gila ini!


Beliau seterusnya menambah "Haram kepada pegawai dan askar biasa untuk mentaati lelaki ini (Gaddafi) dalam perkara yang maksiat, kezaliman dan kerakusan terhadap rakyatnya sendiri..!"


Perghh N3 niii aku rembat kat {SINI}

Monday, February 21, 2011

Tanya..MAHMOUD M ALHIRTHANI..penderitaan warga PALESTIN

Ari ni aku nak kongsi kesinambungan cerita palestin...tp bukan cerita palestin...eeh apa ni berbelit belit nya bahasa...apa yang aku nak bagitau sekarang kengkawan ,teman ,blogger yang berminat
ingin mengetahui kisah penindasan rejim zionis terhadap palestin,bolehlah bertemu dengan seorang aktivis yang sanggup korbankan wang, masa dan keselesaan hidup demi untuk meyedarkan masyarakat antarabangsa betapa penting kita membantu golongan tertindas untuk mendapatkan kembali hak mereka yang dirampas zionis.

beliau merupakan pengurusi persatuan SALAM dan juga pensyarah di universiti AL-AQSA,GAZA sementara kini beliau berada di kuala lumpur,kenkawan.teman2 blogger yang berminat bertemu dengan Profesor Mahmoud M Alhirthani di talian 03-42516702 = atau emailkan
mhirthani@gmail.com
itu jer yang aku nak kongsi ngan korang kalu korang berminat,lagi pun beliau tak lama kat malaysia nii...oh sorry gang gambar dia ...aku tak dapat nak letak sebab my cmputi ni ale ploblem ma..k see you all

BERSERAH

Telah Banyak Yang Kulewati
Jalan Hitam Di Dunia
Tak Terhitung Selama Nodai
Masih Adakah Kesempatan
Bagiku Mendekatkan
Hati Dan Cinta KasihMu

Kuingin Bersihkan Diriku
Dari Segala Dosa
Yang Telah Kuperbuat Hingga Kini

Kuingin Bersihkan Jiwaku
Terangilah Dengan Segala
Petunjuk JalanMu

Tiada Yang Ada SelainMu
Yang Selalu Menjagaku
Meski Kadang TinggalkanMu
Aku Yang Hanyalah Manusia
Yang Mencari JalanMu
Yang Pasti Kembali PadaMu

Friday, February 18, 2011

Penderitaan di PALESTIN

Terdapat banyak kisah penderitaan di Palestin yang tidak pernah diketahui dunia.
Genting gaza dengan keluasan 365 meter persegi bagaikan penjara bagi1.5juta penhuninya yng tak pernah mengecapi kehidupan yang baik,keperluan asas untuk meneruskan hidup serta kebebasan pergerakkan.ini termasuklah sekatan terhadap bekalan ubat ubatan,makanan,pusat kesihatan dan perpustakaan yang tidak mempunyai pusat penyelidikkan,ribuan ladang limau turut dimusnahkan sejak thn 2000 lagi, pemusnahan itu berlaku semasa pemerintahan bekas perdana menteri israel,Ariel sharon,yang menjalankan'dasar bumi hangus.

Antara kisah yang tidak pernah diceritakan adalah mengenai"Tragedi Alla Hassoun" Alla adalah seorang pekerja kilang warga Palestin diutara gaza.difisit ekonomi menyebabkannya hilang punca pendapatan,Isteri Alla,Asma memberikan wang hantaran perkahwinannya kepada Alla untuk membeli sebuah teksi supaya iadapat dijadaikan sumber pencarian keluarga mereka.Pada pagi 13januari 2005,beberapa kereta kebal milik rejim zionis melepaskan tembakkan secara rambang dikampung termpat tinggalAlla.Alla dan seluruh penduduk kampung seperti kebisaannya berlindung didalam rumah mereka,Tiba taiba pintu rumah di ketuk, anak anknya menjerit ketakutan.suara di luar pintu adalah jirannya,Abu Ahmad yang meminta Alla menghantar isterinya yang sakit hendak bersalin,Alla bergegas untuk membantu jirannya tetapi isteri dan anak anaknya tidak membenar kan dia keluar pada masa itu,tetapi Alla berkeras mahu membantu menghantar isteri jirannya itu.
Mereka masuk kedalam kereta tetapi malangnya belum sempat sampai ke hospital,Alla ditembak dikepala oleh tentera israil ketika dia sedang memandu menyebabkan keretanya hilang kawalan lalu merempuh tiang elektrik,Alla dan jiranyan terkorban dan isteri jirannya bernasib baik dapat diselamatkan dan dibawa kehospital,perjalanan kesengsaraan keluarga Alla bermula selepas dia meninggal dunia,Asma terpaksa menjual pangsa puri yg menjadi tempat tinggal mereka kerana memerlukan wang untuk menyara anak anaknya,mereka berpindah kerumah pangsa ayahnya yg jauh lebih kecil dan sempit,akhirnya Asma membuat keputusan untuk menyewa rumah pangsa satu bilik yg menjadi tempat mereka berteduh sejak 3tahun lalui.
Kehidupan di rumah pangsa satu bilik semakin memeritkan bagi keluarga itu apabila anak anak perempuan Asma semakin dewasa,sehinggakan apabila anak perempuannya yang berumur 11tahun mahu menyalin pakaian,semua ahli keluarga terpaksa keluar dari rumah itu bagi memberikan gadis itu ruang peribadi.
Sejak akhir akhir ini..kumpulan bukan kerajaan,..persatuan salam membut lawatan kerumah Asma bagi menawarkan pakaian musim sejuk kepada keluarga itu, menurut pegawai SALAM..mereka merasakan kesengsaraan keluarga itu, rumah Asma langsung tidak mempunyai perabut dan hanya mempunyai beberapa barang usang,apab ila ditanyakan apa yang diimpikan oleh anak gadis Asma, Reham,11,dalam hidupnya ..sambil berlinang airmata dia menjawap" saya hanya mahukan sebuah rumah yg mempunyai 2 bilik,kerana saya berasa sangat sedih pabila melihat ibu dan adik beradik saya terpaksa keluar dalam cuaca sejuk hanya kerana saya ingin menukar baju.
Pegawai salam, bertanya Asma "bagai mana seorang ibu bersan 4 orang anak nya tidur dalam bilik yg terlalu kecil seperti ini,Asma berkata hanya 3 anak nya tidur didalam bilik tersebut mana kala dia dan anak perempuannya tidur diluar pintu rumah,tidak dapat kami bayang kan bagaimana dia boleh menghadapi cuaca sejuk diluar,Asma menyatakan sekali lagi bahawa tiada beza sama ada tidur diluar atau didalam rumah kerana ia tetap sanagat sejuk hingga menyucuk ke tulang....begitulah kisahnya yang aku dapat dari cetusa sinarharian..temubual DR Mahmoud M Alhirthani pensyarah terjemahan dan kajian antarabudaya di Universiti Al-Aqsa,Gaza yg juga presiden Persataun'SALAM"


moralnya :tak dapat ku bayang kan kalau kita orang berada ditempat mereka..,rakyat palestin sungguh tabah biar pun pelbagai dugaan menimpa mereka masih mampu berjuang puluhan tahun untuk membebaskan bumi palestin yang tercinta.


Thursday, February 17, 2011

ahmadinejad ke kinik klana jaya


Dengan rasmi nya kini adik bongsu ku .................di beri nama WAN MAHMOUD AHMADINEJAD,ATAU NAMA MANJA NYA E-JAD.nama ni idea bapak ku,dah termaktub dlm sijil lahir dan mykid.mesti glamer gila si ejad kat kinik nnt ,OOPS sok kena giklinik la abih aku kena tempias ,pe pon aq harap dia sehebat dan coool.......mcm presiden Iran.Mungkin akan diiringi oleh Osama dan Hassan Nasrullah ke kinik klana jaya ..syukran jaazilan ya visitor...

satu satunya pemimpin islam yang lantang ditimur tengah


Saturday, February 12, 2011

SPARRING sesi pmanas badan

ini gmbar lama...ari ni..lupa lak wak camre...hehehe sorry!!!

dah lama cuti tak de latihan...ari ni baru nak mula sparring balik rasa tak sabar nk tunggu tournament sesi pemanas badan bulan march nanti...kali nee aku ikut latihan kat sekolah smk kelana jaya jer...bersama club ape tah aku pun tak tahu...maklum la first day ikut koko sekolah...biasanya ayah hantar aku N bro train ngan cemerlang teak kwondo club kat taman melati..tapi pasal ayah aku sibuk skarang...jadi ayah ambik keputusan,akuN'bro training kat sekolah jer...fuh aku jadi budak baru kat sini tp nasib baik aku dah pakai belt biru2...leh la caber malu skit...lagi pun kat sini paling tinggi pun cuma belt merah jer..tak de la aku nak kena ragging and my bro lak jd paling seniur la kat sini sebab dia dah black belt(kembang la tu jejaka perasan)

apa pun kami akan still ngan cemerlang club kalau ada pertandingan...sebab
cemerlang telah lama mendidik akuN'bro dah 5tahun ngan cemerlang ..tak mungkin keluar CTKDB ,terlalu banyak knangan ngan kengkawan terutamanya sparring partner aku ,ms fatin..kawan pusing stadium badminton ceras..sampai kena marah ngan sir riduan..sbb turn dah sampai kami masih ronde rondi lagi(sgguh xbrdisiplin) kepada fatin jangan risau aku masih lagi budak cemerlang...cuma tumpang sparring jer ngan kelab lain....eehhh manyak lak critee tidur lu la..besok manyak klija nak buat nanti kena put pet ngan ibu lak

Wednesday, February 9, 2011

strawberry and honey from camaron highland



study time is back....dah seminggu cuti tak cukup lagi ke...ni dah melampau...bila start sekolah macam tu..tu ler...(bukan aku la) adik and my bro...aku...mantainnnnn...kira tak ada masaalah ..dalam seminggu cuti tahun baru cina ni...rasa nak boring jer...dah tu line tenet lak macam siput...tu yang wat akuku tarak moodddeyy.
ang pau ...ada singgit dua ajer...mana ada bestfriends...dari kaum cina..kok ada pun mana boleh dorang kasi angpau...dorang kan lum kahwin lagi..cuma harap myfather friend je ler...heheheheh
sakit perut aku makan buaaaah strawberry....mak oiii masamnya ...ye la mana ada strawberry manis macam gula...duku langsat ada ler...tu tak macam gula..(betui jugak ye)kata otak aku..mngiyakan kata my bro,,,hehehe...cuma jagung memang manis..tapi tak ler macam gula...yang macam gula tu madu lebah..issshh cerita madu nii payah sikit..orang pompuan cukup marah ngan madu..takut jadi macam cerita P.ramlee(madu tiga) best jugak filem p.ramli ni.....lain kali lah bincang pasal P.RAMLI ..yer
ni la rupanya madu dari sarang lebah...kalau bermadu tu rupanya lain pulak...silap ari bulan manggkok ufo pun boleh singgah dalam rumah...kerusi meja pun takut nak ngaku dia kerusi..nanti bersepaiii...hahaha


Thursday, February 3, 2011

my lovely younger bro..new born


Ini dia saudara baru aku...comel tak...baru lahir lebih kurang pukul 10mlm tadi
rabu 2-2-2011 bersamaan 28 safar1432...kat hosp sg buluh...saat yang mengembirakan aku...ada rupa macam aku tak...baby ni masih lagi kat hosp..lum leh balik lagi...tak sabar la ..nak nengok baby...dah la tadi aku tak ble
masuk kat wad..hampehh tul...sib bek ayah aku seludup masuk camera ni...leh la sekadar nengok pic pun jadilah...aku tunggu kepulangan mu wahai adikku ...love you

Wednesday, February 2, 2011

Dup dup dup....

apsal mata tak rasa ngantuk ni....jantung berdegup gup
malam kian dingin membisu
aku,....tah apa yang meracau hati dan fikiran ku
tak menentu ...pekat malam makin sayu beku
issssh..apa ni resah...ni hari selasa malam rabu
bukan malam minggu
aku cuba jugak cari sesuatualt
tapi...buntu buntu buntu...
kalau boleh aku putar waktu...
hemmmm....biar malam ni cepat berlalu
tapi apa dayaku ...hanya makhluk tuhan yg satu

Tuesday, February 1, 2011

Penantian...sukenya aku...takuutttt!!!


Pagi pagi lagi aku dah keluar ngan ayah&ibu...destinasinya ke hospital sungai buluh..
sebab ibu ada temujanji dengan Doktor...jadi dari boring 2 dok kat umah aku ikut sekali...nak menyibuk jer...kami sampai kt hospital lbh kurang pkl8.10am,...makkk oiii punya la ramai orang
fuh lepas 2jam baru ibu aku dipanggil buat checkup...aku pun ajak le ayah ku pegi sarapan kat cafe ...25minit kemudian ibu call....kena masuk bilik bersalin...ok kami pun menyusur d belakang

tunggu punya lama sampai 2jam lbh lum ada apa lagi...call ibu cakap doktor pakar lum sampai
oooi..susah jugak ye...dah boring da..satu hospital dah kami pusing nii..dalam kepala aku ni macam dah yang datang

pkul 3pm ayah ajak balik dulu....dah letih mnuggu sekian lama...smpai kt aku prepair barang yan ibu pesan....semangatnya sonoknya ...nak ada ahli baru katakan sicomel...fone berbunyi panggilan dari ibuku... kata ibu.doktor bagi tau mungkin malam ni akan masuk ke bilik bedah...eeee takutttnya
aku doakan agar ibuku selamat....dan aku minta pada kengkawan...korang tolng lah doa kan ibu aku yer...love you all