Followers

Tuesday, May 31, 2011

Paderi Melayu baru tiba dari Singapura.

Gambar ni aku dapat satu blog,korang boleh
baca kat sini...sini..sini, kisah kisah yang semakin
dilupakan oleh umat islam akhir zaman ni,.melayu
memang sinonim dengan islam...tapi..adakah benar
melayu itu islam yg mengamalkan ajaran islam sbenar
atau islam kat kad pengenalan jer..ntah korang baca
lah kisah2 melayu murtad yg terdahulu..dan fikirkan
tindakkan dan persediaan kita sebagai melayu ISLAM

Agak agak mamat ni melayu ke bukan..dia perasan
tak kalung apa dia pakai tu..kalau nak trend
pun agak agak la

PADERI MELAYU BARU TIBA DARI SINGAPURA
muka mcam melayu..adakah melayu..atau lain2 bangsa ASIA?

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan),
Rasulullah SAW berpesan:
“Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh
kerana akan datang kepada umatku di suatu masa,
satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti
satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”.
Sahabat bertanya “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ”
“Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu,
di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam,
petang kafir.. Petang Islam, pagi kafir balik.”
Sahabat bertanya lagi. “Mengapa begitu ya Rasullullah? ”
Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya
dengan nilai dunia”.

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, “Akan datang
fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas
batu hitam di malam gelap.” Mana nampak? Kecuali kalau jiwa
kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG
SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM,
AKAN TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN
BERPESAN-PESAN PADA KEBENARAN ..
SEMOGA DIBERKATI ALLAH SWT.

sumber: http://www.resepirahsiaku.com

Monday, May 30, 2011

Kira-kira 500,000 kilogram ikan bernilai RM3.5 juta
terapung di Tasik Taal, Batangas selatan Manila,
dilaporkan mati kerana perubahan iklim secara tiba-tiba.

Pulau yang merupakan kawasan tumpuan pelancong dan
terletak 65 kilometer dari selatan Manila itu
didiami seramai 7,000 orang petani, nelayan dan
pemandu pelancong.

Permukaan tanah juga menggelembung dan suhu di
sekitar Tasik Taal mula menaik dimana ia boleh
menyebabkan letusan gunung berapi.

Lawatan ke 2,500 hektar pulau kawah yang
merupakan tumpuan utama pelancong kini
diharamkan dan pegawai tempatan menaikkan
poster meminta mereka meninggalkan pulau itu.

Taal merupakan antara 22 buah gunung berapi
yang paling tidak stabil di dalam negara
dengan rekod sebanyak 33 kali letusan dan
kali terakhir berlaku pada tahun 1977.

Tasik di sekitar kawah tersebut menghalang
berlakunya kematian pada tahun 1977 dan ketika
letusan lain berlaku kerana air tasik itu
melindungi dari terkena lahar.

-kijang59

Sunday, May 22, 2011

Mangsa tanah runtuh03 20 Anak Yatim Tertimbus Runtuhan Tanah Di Hulu Langat
Kira-kira 20 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di RumahAnak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat semalam. [+] KLIK SINI Untuk Berita Selanjutnya…..mari lah kita sedekahkan Al-fatihah....

Saturday, May 21, 2011

ubah cara hidup,@kita ubah

Dah beberapa minggu aku takde buat N3 baru...masa tak
mengizinkan aku berblog,banyak keje2 sekolah yg nak kene
pikir pakai kepala lutut..sebab tu tak jumpa jalan...hahahaxxx

aku trpikir nak post vdeo ni bila aku dengar ayah,N"ibu dok
pot pet2 pasal duit malaysia dah kurang nilainya...hahaah
pelik la rm100 tetap rm 100 gak apa yang trkurang nilainya
eemmh..sebab aku tak pernah beli barang dapur...hee3 mana
la aku tau...
ALkisahnya dorang duk kira2 beli barang dengan nilai yg
sama,..tp barangnya dah makin ciput..jd kena la dable tripe
duitnya...dunia2..la ni kena ikut saranan kat bawah tu la pulak
...ssssttttt...shittttt

Tuesday, May 17, 2011

Saintis Buktikan Nabi Musa Belah Laut

BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan
kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam
kitab suci al-Quran dan Injil,
lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis
Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini,
mendapati fenomena itu tidak bercanggah
dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan
menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum
Bani Israel terperangkap di antara pasukan
tentera Firaun yang sedang mara dan
laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai
Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini
dikenali sebagai Tasik Tanis
di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu
cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu
menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses
tiupan angin kencang yang dikenali
sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j)
selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai
dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi
bagi melihat kesan angin yang bertiup semalaman ke atas air
sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan
darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali
mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public
Library of Science ONE. - Agensi

solihinzubir

Sunday, May 8, 2011

Reuters Mendedahkan Gambar Selepas Operasi US Membunuh Osama!!!

Reuters mendedahkan gambar-gambar penolong Osama Bin Laden yang dibunuh dan kalangan rumahnya selepas pembunuhannya...

Gambar menunjukkan keadaan di kalangan rumah yang dikatakan ditinggal oleh Osama bin Laden...

Gambar menunjukkan pemimpin yang dikatakan dekat dengan Osama b. Laden

Gambar dikatankan ditangkap oleh pengawal yang tiba di sana selepas operasi pembunuhan. Beliau telah menjualkan gambar-gambar tersebut kepada Reuters. Namum, gambar yang menunjukkan kematian Osama tidak dijumpai. Dilaporkan Obama enggan mengumumkan gambar Osama kerana dikatakan gambar tersebut terlalu mengerikan dan untuk elak gambar tersebut dijadikan propaganda pengganas.

Gambar diambil dari http://www.reuters.com/subjects/bin-laden-compound

Datuk enam cucu ditipu kekasih berusia 17 tahun. Alahai...

[SH] KULIM - Hancur luluh
hati seorang lelaki 70 tahun
apabila sedar cinta yang disulam
bersama kekasihnya yang baru
berusia 17 tahun, rupa-rupanya
hanya bernilai RM7,000.

Dalam keadaan lemah longlai dan
bertongkat, lelaki berkenaan hadir
di Balai Polis Kulim, di sini, untuk
membuat aduan terhadap buah hatinya.

“Dia tipu dan saya sedih sangat
apabila panggilan saya tidak dijawab
olehnya. Saya sudah habiskan kira-kira
RM7,000 untuknya, saya belikan telefon baru, dan selalu tambah nilai
prabayar telefonnya.

Sebelum ini, kami sudah berjanji akan kahwin selepas dia selesai duduki
peperiksaan SPM hujung tahun ini,” kata lelaki dari Parit Buntar itu,
yang mengaku sudah punya enam cucu.

Meskipun begitu, kata lelaki itu, dia masih berharap agar kekasihnya itu
pulang semula ke pangkuannya.

Menurutnya, dia mengenali remaja yang masih bersekolah itu sejak
Ogos tahun lalu melalui telefon dan sejak itu, mereka sering berhubungan
hingga akhirnya, perkenalan yang bermula secara tidak sengaja itu
membuahkan bibit-bibit cinta.
P/s: Sudah jatuh ditimpa tangga...
(Gambar sekadar hiasan)

muaaakakaka..keh keh keh...cerita lawak binte pak lawak...kubur kata
mari mari..umah kata
pegi main jauh jauh..ada ati nak bercinta ngan orang muda
(remaja bawah umur tu)
da pastu..dengan tak malunya pii mengadu kat balai polis
cakap kena tipu..wat malu
anak cucu jer klu diorang baca berita yng tersebar...ummmhhh

PELAJAR REKA BASIKAL BERTEKNOLOGY TINGGI

Basikal bukanlah benda asing bagi kita semua. Kenderaan pertama yang kita mula kenal dan mungkin memilikinya adalah basikal. Hampir semua kanak-kanak akan didedahkan dengan basikal pada zaman awal mereka.

Basikal yang kita kenal semuanya ada rantai yang menghubungkan pengayuh dengan roda untuk membolehkan kita bergerak. Tak ada apa yang pelik dalam rekabentuk tersebut. Tapi melihat piring pengayuh yang bergerigi tajam sedikit sebanyak menimbulkan rasa bahaya kalau-kalau tersepit.

Rantai pula perlu diletakkan minyak agar ia tidak kering dan berkarat bagi melancarkan kayuhan basikal. Kalau pakaian atau anggota menyentuh rantai alamat hitam berminyak akan melekat.

Bagi basikal yang ada gear pula, rupa bentuk fizikal gear yang biasanya berbentuk 's' menambahkan kehodohan rupa sistem mekanikal basikal.

Mungkin kerana tak puas hati dengan apa yang disebutkan di atas membuatkan 3 orang pelajar mereka bentuk sebuah basikal yang cukup hebat.

Rupa bentuk basikal tersebut lansung tidak kelihatan samada rantai atau gear, ia kelihatan amat bersih dan lansung tidak merbahaya. Ini kerana semua sistem rantai serta gear basikal berada di dalam frame basikal tersebut.

Ia juga dilengkapkan dengan sistem elektronik yang memaparkan skrin pada handle bagi menunjukkan gear berapa yang digunakan serta kelajuan. Basikal tersebut juga mempunyai sistem dinamo yang menjana kuasa bagi menghidupkan bateri dan lain-lain fungsin elekrtonik.

Barita yang tak seronok ialah ia tidak ada dalam pasaran. hanya sebuah prototype yang direka oleh 3 orang pelajar. Baca lebih lanjut di sini.