gegaran gempa bumi pada 11 Mac lalu.
Sekarang apa yang mengagumkan dunia ialah bagaimana kemampuan negara
matahari terbit itu untuk membina semula jalan raya itu dengan pantas, sekaligus
menunjukkan kemampuan
bangsa itu untuk kembali berdiri walaupun diselubungi pelbagai dugaan dan cabaran.
Kerja-kerja pembinaan semula Great Kanto Highway di Naka itu bermula pada
17 Mac dan siap sepenuhnya enam hari kemudian seperti asal. Itu kemudiannya dibuka untuk
lalu lintas malam semalam.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEir7rRgiT-MEzB2H2iQkDET5q45Es5Vwg_rW9OSHidvuivUOB9IaJjzmS-NPvtuLmQoTZmO8JOAVugLKMZA5AXKa_aK12gMm2LBnNoQ1-yeS4ZFYDgC7SIRPPUnX7YimFqN3AGBQwvLtgMR/s1600/1.jpg)
Ramai pekerja di Jepun telah kembali bekerja semula dan beberapa syarikat
di kawasan paling teruk dilanda gempa bumi dan tsunami telah dibuka kembali.
Pemulihan kembali Jepun telah mendorong beberapa pelabur, termasuklah Warren Buffett
dari Amerika Syarikat, salah seorang terkaya di dunia yang menyatakan bahawa bencana yang
telah mengorbankan 23,000 nyawa dan masih hilang itu merupakan ‘kesempatan membeli’ di pasaran wang.
Dari Pulak Dah
Jepun bagi ku adalah sebuah negara sungguh luarbiasa...sejak kejadian tsunami 11mac
lalu telah membuktikan pada dunia dengan disiplin dan kegigihan rakyatnya mampu bangun
semula dalam masa yang singkat...luarbiasanya buminya digegarkan dan dengan luar biasa
ia mampu bina kembali...kemajuan teknologi jepun memang menakjubkan...itulah yang berlegar
dikepala hotak ku...biasa aku tengok tanah runtuh kat malaysia berbulan2 nak pulihkan
jalan berlobang pun makan masa bertahun nak diturap tar semula....entah lah dunia dunia
berapa jauh agaknya kita ni ketinggalan...lu fikir la sendri
No comments:
Post a Comment