Followers
Sunday, February 27, 2011
manusia berkepala anjing....
ibu.....umpama malaikat....
Dia bertanya kepada Tuhan : ' Para malaikat disini mengatakan bahawa esok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?'
Dan Tuhan menjawab: 'Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu .'
Bayi bertanya lagi: 'Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.'
'Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia'
'Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka?'
'Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara.'
'Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?'
'Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa'
'Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat.. Siapa yang akan melindungi saya ?
'Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya'
'Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi'
'Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu'
Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan
'Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bolehkah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?'
'Kamu akan memanggil malaikatmu itu: 'IBU '
Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu.
Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa.....
Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu...
Saturday, February 26, 2011
130 Orang Tentera Libya Ditembak Mati Kerana Enggan Menurut Perintah Gaddafi
4Share Sebuah video amatur seperti yang dilaporkan oleh Press TV menunjukkan jenazah sejumlah 130 orang tentera yang mati dengan tangan-tangan mereka diikat di belakang badan mereka. Perajurit yang memberontak itu ditembak mati di al-Baida berhampiran Kota Benghazi. Gaddafi yang enggan berundur telah memerintahkan pasukannya untuk menembak para penunjuk perasaan. Namun semakin banyak anggota tentera yang menolak arahan tersebut. Sumber dari bahagian perubatan mengatakan kepada IFHR bahawa mereka telah melihat dengan mata kepala mereka sendiri serangan di Benghazi. Tentera-tentera upahan telah menembak penunjuk perasaan secara rambang di kota kedua terbesar tersebut. Hospital-hospital di kota tersebut dipenuhi dengan mayat-mayat dan orang awam yang tercedera akibat serangan daripada kelompok Pro Gaddafi. IFHR menegaskan, kekejaman yang dilakukan terhadap para penunjuk perasaan di Libya merupakan kejahatan terhadap kemanusiaan yang harus diajukan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Terbaru, 2.000 orang dilaporkan maut akibat kekejaman yang dilakukan pasukan keselamatan terhadap penunjuk perasaan sejak minggu lalu. Ratusan penunjuk perasaan yang terkorban telah dikebumikan secara beramai-ramai di sebuah pantai di Tripoli, ibukota Libya. Pasukan tentera Libya menggunakan senjata-senjata berat pada Rabu, 23 Februari lalu untuk membubarkan orang awam. Bahkan mereka juga melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk mencari para penunjuk persaaan anti pemerintah. Sumber : Syabab.com |
Friday, February 25, 2011
Jahannam
AKU.....kakak sulung
Tuesday, February 22, 2011
Mari Kita Renungkan...Apa pendapat anda
Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.
Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.
Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.
Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.
Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri...
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga
Fatwa terbaru..Dr Yusuf Al-Qaradawi
Libya : Gaddafi Wajib Di Bunuh...????
"Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Stesen TV Al-Jazeera Dr. Yusuf Al-Qaradawi (gambar kiri ) mewajibkan agar Gaddafi dibunuh dan ianya adalah jihad. Fatwa terbaru beliau ini dikeluarkan rentetan daripada laporan yang menyatakan bahawa Gaddafi melancarkan serangan dengan menggunakan jet pejuang untuk untuk mengebom mereka yang terlibat dalam demontrasi yang berterusan di Libya sekarang.
Syeikh al-Qaradawi berkata:-
:وقال القرضاوي " أصدر الآن فتوى بقتل
القذافي. أي ضابط أو جندي أو أي شخص يتمكن من أن يطلق عليه رصاصة فليفعل، ليريح الليبيين والأمة من شر هذا الرجل المجنون وظلمه". وأضاف "لا يجوز لأي ضابط أن يطيع هذا الرجل في المعصية والظلم والبغي على العباد".
maksudnya :
"Aku mengeluarkan fatwa sekarang supaya Gaddafi dibunuh ! Barangsiapa samada pegawai tentera, atau tentera biasa atau mana-mana individu yang mempunyai peluang untuk membunuhnya.. maka janganlah teragak-agak untuk membunuhnya! ianya adalah semata-mata untuk menyelamatkan rakyat Libya daripada kejahatan dan kezaliman lelaki yang gila ini!
Beliau seterusnya menambah "Haram kepada pegawai dan askar biasa untuk mentaati lelaki ini (Gaddafi) dalam perkara yang maksiat, kezaliman dan kerakusan terhadap rakyatnya sendiri..!"
Monday, February 21, 2011
Tanya..MAHMOUD M ALHIRTHANI..penderitaan warga PALESTIN
BERSERAH
Jalan Hitam Di Dunia
Tak Terhitung Selama Nodai
Masih Adakah Kesempatan
Bagiku Mendekatkan
Hati Dan Cinta KasihMu
Kuingin Bersihkan Diriku
Dari Segala Dosa
Yang Telah Kuperbuat Hingga Kini
Kuingin Bersihkan Jiwaku
Terangilah Dengan Segala
Petunjuk JalanMu
Tiada Yang Ada SelainMu
Yang Selalu Menjagaku
Meski Kadang TinggalkanMu
Aku Yang Hanyalah Manusia
Yang Mencari JalanMu
Yang Pasti Kembali PadaMu