Followers

Friday, May 24, 2013

Hari Wesak & Persoalan Buddha Gautama Seorang Muslim

HARI ini, hari Wesak. Disambut meriah di Malaysia.    Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima diIndia, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana (Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.
  • Berlindung kepada Buddha membawa maksud menyanjungi Buddha sebagai Guru Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat kedamaian dalam kehidupan.
  • Berlindung kepada Dhamma bermaksud keyakinan serta mengamalkan ajaran Buddha untuk mendapat kedamaian dalam hidup iaitu Nibbana.
  • Berlindung kepada Sangha bermaksud mendapat sokongan serta menyokong sesama umat Buddha dalam mengamalkan ajaran Buddha.
Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh dunia. Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu:
  1. Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
  1. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
  1. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.
Siapakah Nabi Zulkifli (Buddha)?Zulkifli bermaksud sanggup menjalankan amanah raja. Menurut cerita, raja di negeri itu sudah lanjut usia dan ingin mengundurkan diri daripada menjadi pemerintah, tetapi beliau tidak mempunyai anak.Justeru, raja itu berkata di khalayak ramai:”Wahai rakyatku! Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada waktu malam. Selain itu, sentiasa bersabar ketika menghadapi urusan, maka akan aku serahkan kerajaan ini kepadanya.”Tiada seorang pun menyahut tawaran raja itu. Sekali lagi raja berkata.”Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada malamnya serta sanggup bersabar?”Sejurus itu, Basyar dengan suara yang lantang menyatakan kesanggupannya. Dengan keberanian dan kesanggupan Basyar melaksanakan amanah itu, beliau diberi gelaran Zulkifli.Baginda juga adalah nabi yang cukup sabar seperti firman Allah, bermaksud:Siapakah Siddhartha Gautama?Pada akhir abad ketujuh S.M. (tahun 623 S.M.), lahirlah seorang yang bernama Siddhartha Gautama di bandar Kapilavastu/Kapilavathu (Kapil, lidah Arab menyebut Kafil @ Kafli). Siddhartha Gautama merupakan putera kepada Raja Suddhodana dan Permaisuri Maha Maya. Raja Suddhodana dari keturunan suku kaum Sakyas, dari keluarga kesastrian dan memerintah Sakyas berdekatan negeri Nepal. Manakala Permaisuri Maha Maya pula adalah puteri kepada Raja Anjana yang memerintah kaum Koliya di bandar Devadaha.Sebelum kelahiran Buddha: Permaisuri bermimpi dibawa oleh 4 orang dewa ke sebuah gunung yang tinggi. Kemudian, permaisuri melihat seekor gajah putih yang cantik. Pada belalai gajah itu terdapat sekuntum bunga teratai. Gajah mengelilinginya 3 kali sebelum masuk ke dalam perut permaisuri.Maksud Istilah Buddha.Dalam agama Buddha, perkataan Buddha ertinya bermaksud ‘seorang yang bijaksana’ atau ‘dia yang mendapat petunjuk’. Kadang kala istilah ini digunakan dengan maksud ‘nabi’. Gautama Buddha pernah menceritakan kedatangan seorang Antim Buddha. Makna “Nabi” dalam bahasa Arab (berasal dari kata naba yang bererti “dari tempat yang tinggi”; kerana itu orang ‘yang di tempat tinggi’ dapat melihat tempat yang jauh). Nabi dalam bahasa Arab sinonim dengan kata Buddha sebagaimana yang difahami oleh para penganut Buddha. Ringkasan Kisah Siddartha Gautama.Kelahiran Bodhisatta (Bodhisattva, bakal Buddha atau bakal mencapai Pencerahan) pada tanggal 623 S.M. pada bulan purnama Vesak. Selepas sahaja Bodhisatta dilahirkan, Permaisuri Maha Maya mangkat selepas tujuh hari melahirkan anak.Pada hari kelahiran Bodhisatta telah disedari secara ghaib oleh seorang tua yang sedang bertapa di kaki gunung Himalaya yang digelar Asita Bijaksana (nama asalnya Kala Devala). Asita bergegas ke istana pada keesokannya untuk melihat dan menilik putera Raja Suddhodana.Asita mendapati terdapat 32 tanda utama dan 80 tanda kecil menunjukkan Bodhisatta bakal menjadi Manusia Agung dan Guru Agung kepada manusia dan dewa-dewa (i.e. Jin dan Malaikat, kelemahan umat Hindu dan Buddha ialah tidak dapat bedakan antara Jin dan Malaikat yang keduanya dipanggil DEWA-DEWA).Asita menangis kerana sedih tidak sempat mendengar ucapan dan pengajaran Buddha di masa akan datang, beliau kemudian berlutut tunduk hormat kepada bayi Bodhisatta. Kenyataan terakhir Asita ialah Bodhisatta hanya akan menjadi salah satu dari dua. Persamaan Nabi Zulkifli Dengan Siddartha Gautama
  • “Demi (buah) Tin (fig) dan (buah) Zaitun, dan demi bukit Sinai, dan demi kota (Mekah) ini yang aman, sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya. Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu? Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?”(At-Tin 95 : 1)
Tin (fig) = Pohon BodhiPohon Bodhi adalah tempat Buddha mencapai Pencerahan Sempurna. Al-Qasimi di dalam tafsirnya berpendapat bahawa sumpah Allah SWT dengan buah tin yang dimaksud ialah pohon Bodhi. Prof. Hamidullah juga berpendapat sama dengan al-Qasimi bahawa perumpamaan pohon (buah) tin (fig) di dalam Al-Qur’an ini menunjukkan Buddha itu sendiri. Maka dari sinilah mengapa sebahagian ilmuan Islam meyakini bahawa Buddha telah diakui sebagai nabi di dalam agama Islam.Manakala Hamid Abdul Qadir, seorang sejarawan abad ke-20 mengatakan dalam bukunya Buddha Yang Agung: Riwayat dan Ajarannya (Arab: Budha al-Akbar Hayatuh wa Falsaftuh), menjelaskan bahawa Buddha adalah nabi Dhul-Kifl, yang bererti “ia yang berasal dari Kifl”. Nabi Dhul-Kifl @ Zulkifli disebutkan 2 kali dalam Al-Qur’an:
  • “Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semua mereka termasuk orang-orang yang sabar.” (Al-Anbiya’ 21: 85).
  •  “Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa, dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik.” (Shad 38 : 48).
Dalam sejarah Islam, Nabi Zulkifli AS. adalah antara nabi yang mempunyai cerita yang paling sedikit dibicarakan. Hal ini mungkin menjadi faktor kepada sebahagian ulama’ menyamakan watak Dzul-Kifli dalam Al-Qur’an dengan Buddha yang secara kebetulan banyak persamaan sekiranya disuaikan.Yang menarik perhatian saya, ialah mengenai surah at-tin (the fig). Allah berfirman mengenai pokok/buah tin, pokok/buah zaitun, bukit sinai dan kota mekah. Mekah dikaitkan dgn Nabi Muhammad SAW., Bukit Sinai dengan Nabi Musa, zaitun dengan Nabi Isa AS., dan siapa pula dikaitkan dengan buah atau pokok tin?Dikatakan dalam sejarah bahawa Gautama Buddha duduk bawah pokok tin. Kalau ikut istilah islam, dia dapat wahyu masa duduk bawah pokok tersebut. Ikut tulisan orang Buddhist, dia dapat ilham masa duduk bawah pokok tersebut.Bila Allah berfirman: 
  • “Wattiini wazaitun. watuurisinina wahazal baladil amin.”
  • Tiin (Nabi Zulkifli-Buddha), 
  • Zaitun (Nabi Isa AS), 
  • Siniina- bukit Sinai (Nabi Musa) 
  • dan Baladil amin -Tanah yang aman dan selamat (Mekah)- Nabi Muhammad SAW.
Hari Wesak, menurut Wikipedia, ensiklopedia bebasmerupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama BuddhaLazimnya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras". Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Begitulah kira-kira.. Saya hormati pndangan ini, apalagi dalam hal  memberi makan kepada orang miskin yang juga disuruh oeh agama Isam.Buddha Gautama seorang Muslim, bahkan seorang Nabi..Ini, bukti-bukti yang diberikan.Satu: Menurut Abu’l Kalam Azad (seorang Urdu scholar), Sang Buddha (Buddha Shakyamuni) yang dikenal sebagai guru suci bagi umat Buddha tidak lain adalah Nabi Zulkifli AS. Di dalam Al-Quran disebut sebagai Nabi yang mempunyai tingkat kesabaran yang tinggi, dan sangat baik. Dalam bahasa Arab Zulkifli sendiri bererti “orang yg berasal dari Kifl”.Sedangkan Kifl itu sendiri, masih menurut Kalam Azad, merupakan nama Arab untuk Kapila (singkatan dari Kapilavastu). Dua: Buddha Maitreya yang dikenal dalam agama Buddha sebagai “Buddha yang akan datang” menurut beberapa analisa tidak lain adalah Nabi Muhammad saw. Dalam kitab Chakkavatti Sinhnad Suttanta D. III, 76 bisa ditemui: “There will arise in the world a Buddha named Maitreya (the benevolent one) a holy one, a supreme one, an enlightened one, endowed with wisdom in conduct, auspicious, knowing the universe“.
“Ismail, Idris dan Zulkifli adalah orang yang sabar dan Kami beri rahmat kepada semua kerana mereka orang yang suka bersabar.”
Perkataan Antim bermaksud ‘yang terakhir’ dan Antim Buddha bermaksud ‘nabi yang terakhir’ (Antim terakhir yang dimaksudkan ialah Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul terakhir). Pada saat kematian Gautama Buddha, beliau memberitahu perkara ini kepada pengikut setianya bernama Ananda.
Sinonimnya pengertian ini dapat diringkaskan sebagai “Seorang yang diberi petunjuk oleh Tuhan sehingga mendapat kebijaksanaan yang tinggi menggunung”.
Iaitu sekiranya ia kekal membesar dalam istana dia akan menjadi Maharaja Agung manakala kalau dia berjaya lari dari istana maka dia akan menjadi Mahaguru Agung. Upacara menamakan putera raja diadakan pada hari kelima selepas Boddhisatta dilahirkan. Pada akhir majlis itu, 108 orang bijaksana memutuskan nama yang sesuai untuk putera raja iaitu SIDDHARTHA GAUTAMA yang membawa maksud ‘Cita-Cita Terkabul’. Siddhartha kemudian membesar di istana dan belajar kepada seorang guru istana bernama Sirva Mitra. Beliau menjadi pelajar yang luar biasa pintar dan mahir dengan ilmu ketenteraan. Yang menjadi hairan kepada orang disekeliling dan gurunya ialah sifat Siddharta yang sensitif terhadap penganiayaan, hingga tidak ada seorang pun yang beliau lihat menganiaya binatang kecuali mencegahnya serta merta.Malah beliau sangat bersedih melihat para petani berkerja keras membajak tanah dibawah terik matahari menyebabkannya lari ketempat lain ke sebuah pohon (Tiin-Bodhi) dan duduk di sana secara bertafakur (samadhi) untuk membuang stress.
Maka berbalik kepada maudhu’ perbahasan, benarkah Buddha itu disebut dalam Al-Qur’an? Sebenarnya tidak ada kata-kata “Buddha” dalam Al-Qur’an, namun menurut Dr. Alexander Berzin bahawa terdapat catatan para sejarawan dan peneliti yang mengaitkan beberapa ayat Al-Qur’an dengan Sang Buddha,iaitu pada maksud ayat;Beliau menjelaskan bahawa buah Zaitun melambangkan Jerusalem, Isa AS. (Jesus, Kristian). Bukit Sinai melambangkan Musa AS. dan Yahudi. Kota Mekah pula menunjukkan Islam dan Muhammad SAW. Manakala pohon Tin (fig) pula melambangkan apa?
KESIMPULAN“Kifl” adalah terjemahan Arab dari Kapilavastu (Kapil), tempat kelahiran Bodhisattva (Buddha). Hal ini juga yang mungkin menyebabkan Mawlana Abul Azad seorang ahli teologi Muslim abad ke-20 turut menekankan bahawa Dhul-Kifl dalam Al-Qur’an boleh jadi adalah Buddha.
Allah menyebut perihal Nabi-Nabi-Nya. Ia ikut urutan. Begitu hebatnya Qur’an sebagai kalimat Tuhan menurut susunan sejarah riwayat Nabi-Nya. Itulah ajaibnya Al-Quran, tanda wahyu dari Allah SWT.Mari kita sama-sama fikirkan. Namun HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI. Wallahu'aklam.



    Sunday, May 19, 2013

    MB; mengesahkan, agihan kerusi Exco untuk Selangor



    KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim(gambar) mengesahkan, agihan kerusi Exco untuk Selangor adalah PAS 4, PKR 3 dan DAP 3.Beliau mengesahkan perkara ini melalui twitternya malam tadi."Agihan kerusi Exco: PAS 4, PKR 3 dan DAP 3. Senarai nama dihantar kepada Tuanku DYMM Sultan Selangor pada Jumaat lepas," tulis Khalid dalam Twitternya.

    Alhamdulillah..berakhir spekulasi exco selangor dengan pengesahan perlantikkan nya semalam...jadi lepas ni tumpukan gerak kerja dalam menyelesaikan isu isu yang tertunggak selama ini..kami rakyat selangor menyokong penuh barisan pentadbiran selangor yang dipimpin Yab tan sri khalid ibrahim.
    Buat azmin dan zuraida sudah2 la keluar kenyataan yang mengelirukan akar umbi pakatan...kemenangan besar pr selangor adalah berkat kerja sama yang erat,pas,pkr,dapjadi xpayah la nak mendabik dada hasil usaha diri...muhasabah diri..perjuangan kamu berdua dengan pkr sudah lama ..jangan sia sia kan perjuangan selama ini dengan sifat2 keji...lu orang bukan sapa sapa tanpa pr..dan pr bukan lah tuan kepada ahli dan penyokong pakatan rakyat


    MUHASABAH TERBUKA KEPADA GERAKAN ISLAM:
    TINGGALKAN DEMOKRASI TEGAKKAN KHILAFAH

    Umat Islam pernah hidup di bawah naungan Khilafah selama lebih 1300 tahun, bermula dari tegaknya Daulah Islam yang pertama di Madinah sehinggalah kepada keruntuhanDaulah Khilafah pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924) di Turki. Selama lebih 13 abad, umat Islam berada di bawah satu payung pemerintahan dan di bawah satu bendera. Umat Islam menjadi umat yang mulia, umat yang terbaik, umat yang disegani kawan dan lawan. Hukum Allah SWT yang penuh keadilan dan keberkatan diterapkan oleh Khalifah dan kebaikannya dirasai oleh segenap lapisan manusia. Peradaban Islam memancarkan cahaya yang bergemerlapan ke seluruh penjuru alam sehingga dunia menjadi terang benderang kerananya. Daulah Khilafah menjadi super power dunia sehingga tidak ada satu kekuatan pun yang dapat menandinginya. 

    Namun, kafir Barat yang iri hati dan mendendami Islam sejak sekian lama, akhirnya berjaya memasukkan racun berbisa, assabiyyah dan wathaniyyah ke dalam tubuh umat Islam sehingga tubuh yang gagah perkasa itu mengalami kehancuran dari dalam dengan kehancuran yang sangat cepat dan membinasakan. Barat seterusnya berjaya menjajah Daulah Islam, mencerai-beraikan Negara Islam kepada negeri-negeri yang kecil dan lemah dan meletakkan umat Islam dalam keadaan yang cukup terhina. Barat lalu menghapuskan sistem Khilafah dan menghunjamkan ke tanah kaum Muslimin satu sistem baru yang tidak pernah dikenal oleh umat Islam iaitu sistem demokrasi. Barat mengajar umat Islam bahawa sistem demokrasi adalah satu-satunya sistem yang terbaik dan lebih layak untuk umat Islam, berbanding dengan sistem Khilafah yang dikatakan penuh keburukan. Sejak itulah bermulanya era pemerintahan demokrasi di tanah-tanah kaum Muslimin sekali gus menandakan berakhirnya sebuah sistem pemerintahan yang datangnya dari Tuhan manusia dan diganti dengan satu sistem pemerintahan yang datangnya dari akal manusia!

    Demokrasi Penghalang Islam

    Setelah Barat berjaya menghapuskan Khilafah dan memecah-belahkan negara kaum Muslimin kepada negara-negara kecil yang lemah dengan sempadan bangsa masing-masing, maka sistem Khilafah tidak lagi berjalan di muka bumi dan digantikan dengan sistem demokrasi. Melalui demokrasi, Barat mengajar bahawa kedaulatan itu berada di tangan rakyat (as-siyadah li asy-sya’bi) yang menjadikan suara rakyat sebagai suara keramat di mana rakyat berhak menentukan hukum sendiri menurut apa yang mereka kehendaki. Walhal, Islam mengajar bahawa kedaulatan itu berada di tangan syarak (as-siyadah li asy-syarie) di mana rakyat wajib tunduk kepada hukum syarak dan rakyat tidak boleh (haram) untuk membuat hukum sendiri. Namun, oleh kerana para penguasa kaum Muslimin yang ada adalah boneka Barat dan pada masa yang sama taraf berfikir umat sungguh merosot ketika itu, maka penerapan sistem demokrasi dapat dilakukan oleh Barat dengan mudah.

    Barat mengajar umat Islam bagaimana untuk memerintah negara dan membuat undang-undang, berdasarkan akal sendiri. Caranya adalah dengan mengadakan pilihan raya untuk memilih wakil-wakil, di mana wakil-wakil yang menang akan pergi ke Parlimen (dan Dewan Undangan Negeri) dan di sini akan berlakunya proses pelantikan pemimpin (oleh parti yang menang) manakala kesemua wakil diberi hak untuk membuat undang-undang yang (kononnya) dikehendaki oleh rakyat yang mereka wakili. Maka wujudlah bermacam-macam parti, termasuklah parti-parti Islam, yang bersaing untuk mendapatkan kekuasaan melalui cara yang ditetapkan oleh Barat ini. Parti Islam ini tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya telah terjebak ke dalam permainan yang dicipta oleh kuffar Barat. Niat mereka asalnya baik, yakni ingin menegakkan Islam, tetapi mereka tidak sedar bahawa mereka telah mengikuti jalan yang Barat sediakan.

    Dalam permainan demokrasi ini, parti yang mendapat undi majoriti dikira mendapat mandat (dari rakyat) untuk memerintah dan membuat undang-undang. Namun ternyata, setelah mereka menang, sebahagian besar undang-undang yang dibuat bukanlah mengikut kehendak rakyat, sebaliknya mengikut hawa nafsu mereka sendiri, manakala rakyat terus dizalimi dan diperbodohkan. Setelah sekian lama merasa tertindas dan dizalimi oleh para pemimpin yang kononnya memerintah atas kehendak rakyat ini, rakyat akhirnya sedar dan menuntut perubahan. Rakyat bangkit untuk menggantikan pemimpin dan parti yang memerintah dengan parti dan pemimpin yang baru. Malangnya rakyat tidak sedar bahawa tuntutan perubahan mereka masih tetap dilakukan melalui sistem yang sama (demokrasi). Rakyat tidak nampak bahawa sistem demokrasi itu sendirilah yang sebenarnya menjadi penyebab kepada berlakunya kezaliman. Atas usaha untuk menghapuskan kezaliman, maka parti-parti yang ada, termasuklah parti Islam, sanggup melakukan apa sahaja (tetapi masih dalam koridor demokrasi) demi mencapai kemenangan, termasuk bergabung dengan parti kufur dan parti sekular dalam rangka menumbangkan parti pemerintah. 

    Benar bahawa kita semua tidak mahukan kezaliman dan ia wajib dihapuskan. Sayangnya, makna kezaliman telah disempit dan disalahertikan. Allah SWT berfirman, “Barang siapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Ma’idah (5):45]. Ayat ini menjelaskan maksud kezaliman iaitu apabila manusia tidak menerapkan hukum Allah SWT. Ini bermakna, apa jua hukum (undang-undang) yang digubal oleh manusia di bawah sistem demokrasi, adalah kezaliman! Sistem demokrasi itu sendiri yang tidak berasal dari wahyu, yang jelas berasal dari kuffar Barat dan bertentangan dengan Islam, adalah sebuah kezaliman! Dengan kata lain, mengambil sistem demokrasi dan apa sahaja yang lahir dari rahim sistem kufur ini, segala-galanya adalah zalim kerana ia berlawanan dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT. Oleh itu, sekiranya kita ingin menghapuskan kezaliman, maka sistem demokrasi yang kufur inilah yang sebenarnya perlu dihapuskan kerana sistem inilah yang merupakan punca dan sumber kepada segala kezaliman! Malangnya gerakan Islam tidak sedar akan hal ini kerana mereka telah terbius dan terpukau dengan ‘keindahan’ demokrasi!

    Gerakan Islam tidak sedar bahawa demokrasilah yang selama ini menjadi penghalang kepada tegaknya agama Allah. Demokrasilah yang selama ini menyebabkan umat Islam berpecah belah. Pilihan raya yang ada di dalam sistem demokrasi begitu ketara di dalam memporak-perandakan umat Islam di dalam sesebuah negara. Selagi umat Islam mengambil demokrasi, selagi itulah mereka akan sentiasa terpecah-belah, lemah dan terhina. Selagi wujudnya demokrasi, selagi itulah umat Islam tidak akan bersatu dan sempadan palsu negara bangsa akan terus wujud. Palestin tidak akan dibebaskan oleh pemerintah yang menganut demokrasi. Umat Islam di Myanmar akan terus dibunuh dan tidak akan dibebaskan oleh pemerintah negara demokrasi. Pemimpin umat Islam yang demokratik akan terus tunduk kepada Amerika Syarikat dan akan terus berkhidmat kepada PBB. Pendek kata, perpecahan, penderitaan dan kehinaan akan terus menimpa umat Islam selagi mana mereka berpegang teguh kepada demokrasi.

    Justeru, gerakan Islam sepatutnya sedar bahawa jika mereka ingin menghapuskan kezaliman dan ingin kembali kepada keadilan, kemuliaan, penyatuan dan kerahmatan daripada Allah SWT, maka sistem demokrasi inilah yang mesti dihapuskan terlebih dahulu. Sistem demokrasi adalah sistem kufur yang dibawa masuk ke negara umat Islam bagi menghalang penegakan agama Allah. Parti-parti yang berjuang dalam demokrasi dan tunduk kepada kehendak rakyat (bukan kehendak Allah), sesuai dengan falsafah demokrasi, sudah pasti tidak akan menerapkan Islam. Kilang arak, judi dan segala pusat maksiat akan terus subur di dalam negara demokrasi, tidak kira siapa pemerintahnya sekalipun. Semulia mana sekalipun peribadi seseorang pemimpin, dia akan tetap terhina apabila menjadi pemimpin dalam sistem yang buruk ini. Sebersih mana sekalipun peribadi seseorang ulama, kekotoran akan tetap terpalit di wajah dan hatinya apabila ia menceburkan dirinya ke dalam sistem yang kotor ini. Sebaik mana sekalipun keadaan hidup di bawah sistem demokrasi, sungguh tidak ada gunanya kerana ia berlawanan dengan Islam. Seindah mana sekalipun yang tampak pada sistem demokrasi, ia tetap merupakan sebuah sistem kufur! 

    Tinggalkanlah Sistem Kufur Itu

    Wahai para pejuang Islam yang ikhlas! Kalian sudah lama berjuang tanpa mengenal penat dan lelah. Kalian sanggup berkorban apa sahaja di dalam perjuangan ini. Kalian telah menghabiskan banyak masa, tenaga, wang, harta benda dan hampir segala-galanya yang kalian ada, demi memastikan perjuangan kalian mencapai kejayaan. Kalian juga telah menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran, dipukul, ditangkap, diheret ke mahkamah dan ada yang dipenjarakan. Pendek kata, bukan sahaja harta dan badan, nyawa pun kalian sanggup jadikan sebagai galang ganti di dalam perjuangan ini. Sesungguhnya apa jua yang kalian lakukan dengan niat yang ikhlas dan tindakan/jalan yang menepati kehendak Allah SWT, maka kalian berhak mendapat ganjaran di sisiNya. Namun, jika niatnya betul tetapi tindakan tidak menepati kehendakNya, ia akan tetap menghasilkan kesalahan. Contohnya, niat yang ikhlas ingin berpuasa tetapi dilakukan pada hari raya, maka hal ini tetap menyalahi perintahNya. Justeru, niat yang ikhlas untuk menegakkan agama Allah hendaklah diikuti dengan jalan yang benar yang ditetapkan oleh Allah juga.

    Saudaraku para pejuang Islam sekalian! Kalian telah lama bergelumang dan berjuang di jalan demokrasi. Kalian memasuki pilihan raya di dalam sistem kufur ini dan mengharapkan dapat meraih kemenangan dan pemerintahan dalam rangka untuk menegakkan Islam. Kalian mengerahkan seluruh tenaga dan kekuatan demi mencapai cita-cita. Kalian berjaya mengerahkan para pemuda, wanita dan orang-orang tua di jalan ini. Sudah puluhan tahun kalian istiqamah di dalamnya walaupun kalian tahu yang kalian telah ditipu sejak awal dan terus ditipu dan terus ditipu dan akan terus ditipu. Akhirnya, apa yang kalian dapat ialah kekalahan demi kekalahan dan jika kalian menang sekalipun, Islam tetap tidak dapat ditegakkan melalui jalan yang kalian ambil itu. Semua ini menyebabkan semangat dan kekuatan yang luar biasa yang kalian miliki itu terbuang begitu sahaja. Walaupun kalian boleh mendakwa bahawa kalian telah mencapai sedikit kemenangan, namun persoalannya, adakah Islam berjaya ditegakkan dengan sedikit kemenangan yang dicapai itu? Jawablah persoalan ini dengan hati yang ikhlas dan terbuka, bukan dengan perasaan benci dan dendam.

    Wahai gerakan Islam! Kenapakah kalian terus kalah, manakala musuh terus menang? Tidakkah kalian nampak bahawa hal ini berlaku kerana kalian sesungguhnya berjuang di jalan musuh? Kalian mengambil sistem demokrasi yang datangnya dari musuh Allah. Kalian bertanding di gelanggang yang dibuat oleh musuh. Kalian menggunakan senjata pihak musuh. Kalian diadili oleh pengadil yang berpihak kepada pihak musuh dan kalian mengharapkan yang pengadil ini berlaku adil. Dengan semua ini, apakah kalian merasakan yang pihak musuh akan memberikan kemenangan kepada kalian? Sekuat mana sekalipun kalian, namun apabila kalian telah masuk ke dalam perangkap musuh, maka kalian tidak akan dapat berbuat apa-apa! 

    Kalian bersungut dan melakukan protes, baik sebelum mahupun sesudah setiap kali pilihan raya. Kalian menuntut keadilan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya. Kalian menuntut agar ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja, Suruhanjaya Siasatan Bebas dan macam-macam lagi. Tidakkah kalian nampak bahawa berapa banyak dari tuntutan kalian itu tidak pernah dipenuhi? Jika dipenuhi sekalipun, tidakkah kalian sedar yang siapa pun yang dilantik menganggotai Suruhanjaya-suruhanjaya tersebut adalah terdiri daripada orang-orang yang tidak pernah menyebelahi kalian? Tidakkah kalian nampak yang jika tuntutan kalian dilayan sekalipun, kalian tidak pernah menang? Tidakkah kalian nampak bahawa sejak dulu hingga kini, pilihan raya tidak pernah dan tidak dapat merubah keburukan kepada kebaikan? Hal ini tidak lain kerana pilihan raya dalam sistem demokrasi bukanlah didesign untuk menukar sistem kufur kepada sistem Islam. Justeru, apakah kalian masih menaruh harapan dan berpendapat bahawa demokrasi dan pilihan raya adalah jalan terbaik dalam melakukan perubahan atau jalan terbaik untuk mendapatkan kekuasaan? 

    Bukalah matamu wahai para pejuang Islam! Sesungguhnya tidak ada kebaikan sedikit pun di dalam sistem demokrasi, walaupun kalian menyangka bahawa ada kebaikan di dalamnya. Ini kerana, sistem ini adalah bertentangan dengan Islam. Mana mungkin adanya kebaikan apabila sesuatu itu menyalahi Islam? Mana mungkin ada kebaikan apabila berjuang meraih pemerintahan melalui jalan yang bertentangan dengan wahyu? PRU-13, sebagaimana PRU-PRU sebelum ini, tidak pernah membawa kebaikan kepada umat Islam. Malah, pilihan raya itu sebenarnya menjadi pentas di mana umat Islam bercakaran sesama sendiri sejak dulu. Segala bentuk kemaksiatan seperti penipuan, fitnah, makian, hasutan, rasuah, pergaduhan  dan pelbagai lagi dapat disaksikan setiap kali pilihan raya. Parti mana pun yang menang , baik di peringkat persekutuan mahupun negeri, tidak pernah menegakkan dan tidak pernah berjaya menegakkan hududullah. Pilihan raya dalam sistem demokrasi mungkin sahaja dapat menukar wajah para pemimpin tetapi tidak pernah dan sekali-kali tidak akan dapat menukar wajah kufur demokrasi kepada wajah Islam!

    Sedarlah wahai saudaraku! Sesungguhnya siapa jua yang memilih demokrasi, bermakna dia telah memilih untuk meninggalkan Islam. Dia telah memilih jalan yang diredhai oleh Yahudi dan Nasara. Dia telah memilih agar dirinya dan negaranya diatur oleh kitab Lord Reid, bukannya oleh Kitab Allah. Sebagai gerakan Islam dengan bilangan ahli yang ramai, kalian sesungguhnya mempunyai kekuatan untuk menegakkan agama Allah, tetapi kalian telah mensia-siakan kekuatan itu apabila kalian mengambil demokrasi. Kekuatan kalian berjaya dilumpuhkan dengan mudah oleh pihak musuh, kerana kalian telah mengambil racun yang diberikan oleh musuh dan kalian dengan sukarela dan dengan bersungguh-sungguh menelannya.

    Khatimah

    Wahai para pejuang Islam yang ikhlas! Kalian sanggup dan kalian telah melakukan segala-galanya demi demokrasi hatta segala harta, badan dan nyawa sanggup kalian korbankan! Namun kalian tidak pernah mencapai apa yang kalian mahukan. Tidak cukupkah semua itu menjadi pengajaran buat kalian? Tidakkah kalian terfikir bahawa satu-satunya perkara yang belum kalian lakukan ialah meninggalkan demokrasi dan menegakkan Khilafah? HizbutTahrir dengan ini ingin mengingatkan dan menyampaikan berita gembira kepada kalian. HizbutTahrir ingin mengingatkan kalian bahawa demokrasi itu adalah sistem kufur dan haram untuk diambil. Manakala berdasarkan nas-nas yang qath’ie lagi jelas, menegakkan Khilafah itu adalah wajib. Maka kalian wajib meninggalkan keharaman dan menunaikan kewajipan ini tanpa sebarang alasan. HizbutTahrir ingin mengingatkan kalian bahawa Islam tidak akan tegak dengan demokrasi tetapi Insya Allah Islam akan pasti tegak dengan Khilafah. HizbutTahrir ingin menyampaikan berita gembira bahawa berdirinya semula Khilafah itu adalah janji Allah dan janji Allah itu pasti berlaku. Sesungguhnya Khilafah itu sudah sangat hampir, dengan izin Allah. Marilah bergabung bersama para syababHizbutTahrir yang sedang berjuang menegakkan Khilafah di seluruh dunia. Marilah berganding bahu untuk merealisasi penegakan Khilafah di samping sentiasa menadah tangan memohon kepada Allah Azza wa Jalla agar kita sempat menyambut ketibaannya dan bernaung di bawahnya. Amin ya Rabbal alamin.

    dari ;http://www.mykhilafah.com