Followers

Wednesday, February 29, 2012

pejuang sejati -Mahmoud Ahmadinejad




Siapakah insan ini?..Dunia sudah maklum akan pemimpin ini yang terkenal
dengan ketegasan beliau dalam hal ehwal pentadbiran Iran..amat sukar untuk
dipengaruhi oleh kuasa kuasa barat yang terang terangan adalah pendukong
zionis yahudi

Walau pun pelbagai tekanan dari barat dan sekutu..Ahmadinejad tetap unggul
dimata umat Islam ditimur tengah..pada aku..dia adalah inspirasi perjuangan sebenar!

Perkara pertama yang beliau isytiharkan selepas memegang jawatan Presiden 
adalah pemilikan hartanya yang ‘Besar’ iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model 
tahun 1977, sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 
40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran, akaun 
simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke dalam 
akaunnya hanyalah daripada gaji yang diterimanya sebagai seorang pensyarah 
di Universiti yang berjumlah hanya 250 Dolar Amerika sebulan...aduuhh mana 
nak cari pemimpin macam nie!...kat malaysia..ummph jangan cakap la..
kalau ada menteri..yang berbaki dalam akaun bank..rm 5000 dah la..!!!




Iman dan taqwa membezakan seseorang hamba dengan hambanya yang lain. 
Setiap insan adalah hamba dan pemimpin. Dr Mahmoud Ahmadinejad memilih 
tidak bersalam dengan perempuan bukan muhrimnya kerana dilarang oleh Allah
(hukum Allah) berbuat demikian. Kalau tak dapat berbuat perkara semudah 
demikian (kalau iman tak tebal di hati), macam mana nak menjalankan hukum 
Allah yang lain?bole tak kita tengok..agak agak ada tak pemimpin cam nie kat 
malaysia.pemimpin yang meletakkan larang ALLAH melebihi pangkat,
”Ya Allah kami memohon kepada Mu, berikan kami 
seorang pemimpin yang seperti Dr Mahmoud Ahmadinejad,..amin


Perlu kita ambil iktibar dan dapat dijadikan sempadan… zuhud dan mengamalkan 
cara hidup yg sekadar cukup makan..

walaupun beliau mempunyai kuasa ke atas setiap perkara didalam negaranya

Sunday, February 19, 2012

siapa kita,..siapa mereka



Sejak akhir-akhir ini isu pendatang tanpa izin (PATI) 
di Malaysia sudah menjadi satu virus yang paling berbahaya.
 Lebih bahaya dari H1N1. Antara kesan-kesan yang dah 
semakin ketara disebabkan pendatang asing tanpa izin 
di Malaysia yang dilihat ketika ini semakin bermaharajalela atau bahasa kasarnya “dah naik kepala


Rakyat Malaysia sudah mula rasa tidak selamat di 
negara sendiri dan takut keluar rumah sedangkan 
pendatang  ini bebas berkeliaran yang bergerak 
selalunya dalam kumpulan
Jenayah tanpa rekod atau memang dah terlampau banyak. 
Samun, kes cabul. Bak kata mudah, apabila pihak berkuasa 
pasang jerat sahaja tak sampai 10 minit akan ada tangkapan.


Peluang pekerjaan part time untuk rakyat Malaysia semakin kurang. 
Ini kerana pekerja asing ini boleh tidur dan makan di tempat kerja.
 Sebahagian besar daripada mereka, diakui ramai rajin datang awal, 
rajin bekerja dan tidak kisah kerja lebih masa serat tidak 
memilih untuk bekerja.
Kalau di Singapura, siapa ceroboh sahaja akan ditembak. Kita?
Siap bagi selimut bantal lagi. Memang berbudi bahasa Malaysia ini.
sehingga kita dipijak-pijak oleh mereka.


Isu pendatang asing tanpa izin (PATI)


di Malaysia ini takkan habis sebab puncanya dari rakyat kita sendiri.
 Apakah puncanya?....sendiri pikir la yea..

Kat bawah tu gambar mamat flores yang bahalol xsedar diri
datang cari makan lagi nak tunjukk.samseng..baca disini+






Adakah cara ini masih relevan


malaysia oh malaysiaku..jangan biarkan anak bangsa mu
terpaksa merayu dari pendatang asing pada masa depan

Sunday, February 12, 2012

fuhh..siap pakai kren tuu!!


KARACHI – Seekor ikan yu gergasi yang ditangkap pada Selasa lalu oleh sekumpulannelayan 128.74 kilometer di luar pantai Pakistan dibeli pada harga AS$2,200 (RM6,614) oleh seorang penjual ikan dikenali sebagai Qasim untuk dipamerkan kepada orang ramai selama tiga hari.
“Saya telah membeli ikan itu yang pada kebiasaannya tidak mempunyai kepentingan nilai komersial, dengan bantuan rakan-rakan saya hanya untuk menghargai usaha-usaha para nelayan yang sepatutnya mendapat sedikit ganjaran selepas menghabiskan masa satu hari di laut terbuka,” kata Qasim seperti dilaporkan akhbar Pakistan Dawn.
 

Menurut akhbar The Express Tribune semalam, orang dewasa yang ingin melihat ikan yang dianggarkan seberat 7,013 kilogram dan sepanjang 12.19 meter itu dikenakan bayaran manakala kanak-kanak dibenarkan melihatnya dengan percuma.
Ketika ditanya kenapa ikan tersebut masih berdarah, Qasim berkata, ia menunjukkan haiwan tersebut masih berada dalam keadaan segar.
Pemilik sebuah kapal nelayan, Muhammad Yousuf menyatakan kepada akhbar The Express Tribune bahawa para pekerjanya menemui ikan tersebut yang telah mati di laut sebelum ia dibawa ke pelabuhan di sini.
Ribuan orang telah menyaksikan ikan itu selepas dua buah kren digunakan untuk mengangkatnya di pelabuhan pada Selasa lalu.