Followers

Tuesday, July 26, 2011

BERUK SEPARUH MANUSIA


Para saintis di Britain mendesak peraturan ketat dikenakan terhadap usaha segelintir penyelidik yang mahu mewujudkan makhluk separuh beruk dan separuh manusia seperti dalam filem Hollywood, Planet of The Apes.

Dalam satu laporan, para saintis itu memberi amaran bahawa penyelidikan yang kini sedang dilakukan hampir melanggar etika dalam percubaan menyatukan ciri manusia dengan haiwan.

Profesor Martin Bobrow, seorang pakar genetik perubatan di Universiti Cambridge dan penulis bersama laporan itu, berkata masyarakat perlu sedar bahawa penyelidikan yang mencampuradukkan gen manusia dengan haiwan harus dikawal selia dengan ketat.

'Kami mahu masyarakat menyedari implikasi penyelidikan seumpama itu sebelum ia benarbenar melahirkan sesuatu yang tidak diingini,' beliau dipetik sebagai berkata oleh akhbar Daily Mail.

Akademi Saintis Perubatan Britain telah menubuhkan pasukan penyemak yang akan meneliti penyelidikan yang mencampuradukkan gen manusia dalam tisu haiwan.

Tahun lalu, lebih sejuta penyelidikan dilakukan membabitkan haiwan diubah secara genetik, kebanyakannya membabitkan tikus dan ikan yang dilahirkan dengan DNA manusia.


Selanjutnya pi baca di sini

memang tak dinafikan manusia ada pelbagai kepakaran...tapi yang ni agak pelik sikit...nampak macam
bengong pun ada...sebab tiada kuasa yang dapat menandingi kuasa ALAH S AW...tapi bangsa orang
putih ni semuanya dia nak kaji and nak jadikan reality,kalau lah usaha mereka berjaya ..suatu hari nanti
akan lahir spises separuh beruk separuh manusia...nak panggil apa(kamaruk) kah ..kah .kah..dunia ..oh
dunia,pada masa ni pun dah ada manusia perangai nya jer dah macam beruk..itupun dah sukar nak dikawal..heemmmmph apa pun aku bersyukur kerana berwajah dan berotak seperti manusia...


Tuesday, July 12, 2011

Bersih 2.0 09/07/2011

APA NIE..KAT MALAYSIA KE?

Rentetan peristiwa BERSIH 2.0 ..macam sial jer polis
kat malaysia suka ati tendang pijak orang,ikut suka
mak bapak dia jer...kat tempat awam pulak tu..langsung
xde maruah..menjatuh imej PDRM dan maruah bangsa
melayu..sebab apa aku kata maruah bangsa MELAYU?

Kita sedia maklum anggota polis majoritinya orang
melayu yang terkenal dengan adap susila..terciptanya
rukun negara pun sebab bangsa melayu..,kesopanan
kesusilaan...tapi yang kat dalam vidoe tu sah-sah rupa
paras bahasa mereka tu polis melayu...cam sial jer...wat
malu negara la...polis sepatutnya menjaga keselamat...
itulah yang cikgu2 aku ajar kat sekolah...mungkin cikgu
aku silap infomation kut tentang pak polisi nie...ntah la

Memang la kat video tu kita tak atau apa salah pendemo
tu..tapi xkan sampai bagi penendang giler gitu..xde undang2
ke malaysia nie...kalau dah masuk youtube tu,satu dunia
boleh tengok perangai polis kita....masyaallah...!!!

p/s;kata atuknenek aku...kaki manusia nie pijak rumput
pun rumput mati...inikan manusia ciptaan ALLAH .SAW

Monday, July 11, 2011

BERSIH 2.0 - sejarah yg perlu direnungi

Demokrasi cara MALAYSIA

sweeittt wit video nie sesaja aku muat naik kat blog aku untuk tatapan
aku sendiri hehehee...supaya satu ari aku tak lupa bahawa pernah terjadi
dalam negara tercinta kita,. MALAYSIA,.satu kebangkitan rakyat
yang cintakan keadilan,ketelusan yang hakiki,..perhimpunan sejuta wajah
yang inginkan ketelusan dalam pilihanraya....ooppss aku belum layak
mengundi...soorry la beb...

pada petang sabtu 9julai aku ikut ayah jalan2 kat kuala lumpur...lebih
kurang pukul 3ptg...tapi bukan nak sertai perhimpunan tu...saje jer nak
tengok2 persekitaran k.lumpur..banyak jalan yang ditutup oleh bapak
polisi...jadi terpaksa la ikut lencongan jauh sket la..tp ok jugak..santai habis
la..jalanraya raya tenang xbanyak kenderaan...walaupun agak jauh tp cepat
15minit dari umah da sampai KL.

dalam KL ni sana sini ada pak polisi...kami berenti tengok orang kat tepi
jalan jer tak boleh nak pergi tempat ramai2 tu..tak boleh masuk...pengalaman
pertama aku..teringin nak tengok...tp ayah kata xpayah lah...sekadar pusing2
ambil tau dah ler...

aku rasa peristiwa patut diabadikan dalam sejarah negara...puluhan
ribu rakyat bergerak dengan satu tekad...sungguh menakjubkan bagi
aku..untuk mengerakkan puluhan ribu orang dalam satu masa mesti ada
satu sentimen yang kukuh...kalu tidak..lu sendiri demo la...
mungkin ada ramai yang tak setuju dengan demo nie..itu lu orang
punyasuka ler..masing2 punya pandangan,masing2 punya perpeksi
ada suka, ada taksuka..dan yang susahnya ada yang suka suka...
takde matlamat...lantak la ...yang pasti keluarga aku sokong BERSIH,nie
jadi aku pn tak terkecuali...aak eelea sapae suka yangh kotor,mana ada
org nk yg kotor,yang kotor ni untuk tikus,lipas.langau dan yang sealiran
ok ler kalau korang tak suka bersih pn tak pe..takde sapa nak marah
cuma yang menjadi tanda tanya?mengapa,kenapa,rakyat perlu pada
gerakkan bersih...bagi yang sokong ada jawapan sendiri..yang tak sokong
pn ada hujahnya tersendiri..banyak hujah pro and kontra yg aku dengar
begitu begini...gitu gini bla bla bla...aku pn nak blah jugak ler....k trbaeek

p/s;Ada akai sendiri boleh pikir,aku juga akan DEWASA