Followers

Saturday, April 16, 2011

macam macam.....dunia ni

Burger kobra

JIKA Vietnam terkenal dengan makanan pelik seperti nasi goreng kucing, sebuah restoran di Yogyakarta, Indonesia pula tampil aneh menyediakan hidangan burger daging ular tedung. Burger yang diperbuat daripada daging reptilia itu menjadi menu utama restoran tersebut dan mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai. Ular tedung yang diternak itu merupakan santapan buat penggemar daging reptilia. Kulit ular itu akan disiat terlebih dahulu sebelum dicincang halus-halus dan dibentuk menjadi daging burger. JIKA dahulu ular tedung menjadi penawar penyakit, kini fungsinya berubah sebagai makanan manusia. Rata-rata pengunjung restoran tersebut mengakui tidak yakin untuk mencuba burger kobra itu namun setelah merasainya, mereka sepakat mengatakan daging ular itu cukup enak. Lebih menarik, daging ular tedung yang dijadikan makanan manusia itu dipercayai mengandungi protein yang tinggi sama seperti daging ayam, lembu dan kambing. Bagi memenuhi permintaan pelanggan, sekurang-kurangnya 30 ekor ular tedung selar diperlukan sehari dengan kepanjangan purata 2.8 meter seekor. Daging ular tedung itu pada asalnya dijadikan ubat untuk pelbagai penyakit seperti gatal-gatal, jerawat, strok, asma, tumor dan lain-lain. SEBIJI burger kobra dijual pada harga 6,000 rupiah (RM2.10) hingga 9,000 rupiah (RM3.15). Bagaimanapun, fungsi daging ular berbisa terbesar di dunia itu kini tidak lagi tertumpu kepada bidang perubatan sahaja malah ramai yang memakan dagingnya kerana gemarkan rasanya. Selain dijadikan burger, daging ular itu turut dijadikan sate, dimasak gulai dan digoreng untuk dihidangkan bersama sos lada hitam. Harga bagi sebiji burger kobra dijual pada harga di antara 6,000 rupiah (RM2.10) hingga 9,000 rupiah (RM3.15).


kosmo;

Wednesday, April 13, 2011

DarkSky - Masih Ada Rindu


cintai bahasa kita....huhuhu betui ka ni..kebanyakkan borang 2 dan
catalog2 masih lagi guna bahasa penjajah(engglish) nak nak lagi syarat2 perjanjian
tertentu...aku bagi contoh..perjanjian intenet ngan wymax berokband ni...
memang panjang berjela dan kecik2 lak tulisan nya..dalam bahasa penjajah
klu mata agak2 nak rabun takpayah baca la...at last dah terkena dengan
syarat2 yang merugikan pengguna...mana xrugi...klu tiap2 bulan bayar line
macam siput bab....hampeeh....

Cakap pasai bahasa melayu ni mai kita layan lagu dari band
luar negara...DARKSKY...(German) diorang ni pun minat bahasa
melayu...rasanya.. vokalis tu pun tak tau apa yang dia melalak...tapi
diorang tetap layan dengan baik sekali...tahniah kat band ni...tp lagi
tahniah untuk mereka yang mengagungkan bahasa penjajah(cari makan)

lagu ni keluar?...masa tu aku pun belum tengok dunia lagi..tp otai2
kata lagu ni memang top masa zaman tu..yang asli (ori) dari kumpulan
unwanted...zaman mak bapak aku la tu...mai layan mat salleh ni
kejap....ssyyyyy..


Tuesday, April 12, 2011

KAEDAH ISLAM ITU JELAS

Asalamualaikum; semua kengkawan,adik,kakak,makchik,pakchik,saudara,saudari yang
sudi mai singgah kat sini(bersopan la plak)sebetulnya aku tengah
boring nii,banyak sangat nak kena buat,dngan kelas KRK lagi..keje
sekolah yg berlambak..tambah lagi minggu ini kena buat persiapan
untuk Engglish week (publik speaking)..otak pun dah nak jem..

maka merayaplah aku kat tenet mncari bahan yang kira boleh bantu release
skit bosan ni..ronda ronde at last singgah la aku kat blog bro isa...bila
aku baca...rasanya mmg menusuk hati... betapa hebatnya al-quran
yang Allah S A W turunkan pada kita (umatnya) pastu apalagi cilok lagi
la.. n3 ni...akupun tengah tak tau apa yng nak post kat lolog aku nii...
almaklum la kepala tengah full...lagi pun n3 bro isa yg ni mmg berguna..
untuk renungan semua...bagi yang mahu berfikir...layan la skjap...


Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang
ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan.

Masalahnya, kedua-dua ibu tadi mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut.
Ni kes berebut anak lelaki le… .

Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit
masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut,
tiada lagi ujian DNA.

Lalu doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir,
macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya,
kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut!

Jadi doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni,
sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah
ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran.

Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor
Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir.

Ulama dari mesir tu pun bertanya apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya,
Ulama mesir tersebut tersenyum. Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu
yang melahirkan anak tadi!


Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah
selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.

Setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut.
Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda
bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada
di dalam susu ibu.

Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang
mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut..!!!

Kemudian doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran,
maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan,
begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah,
susu ibu juga merupakan ‘harta’, maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak
perempuan!

Wallahua'lam..

Sunday, April 10, 2011

cinta itu

public speaking

arrgh..!!! camna nih aku nak cari tajuk untuk public speaking ni .pening pala dok pikiaq .nak kena cari yang pendek yang aku sempat baca daslam masa 3-5 min jer .ari isnin ni cikgu nak tengok da aku jumpa tajuk yang sesuai pon belum .nk relax pun x boleh.sebab esok da kena tunjuk kat cikgu ,kawan aku pun entah jumpa entah tidak .kalau jumpa alhamdulillah la ,tapi aku ni tak tau nk wat tajuk apa .kepada sesiapa yang baik hati tolong la suggest sesuatu untuk aku .

Saturday, April 9, 2011

MENYAHUT CABARAN DUNIA..AHMADINEJAD

Kontroversi di timur tengah dan kebangkitan dinegara2 islam telah memberikan inspirasi
baru pemikiran umat islam didunia...bangkit menentang kezaliman ,akibat ditindas oleh pemerintah yang seagama dengan kita....maka disaksikan satu demi satu...rejim pemerintahan kuku kambing digulingkan...tapi yang tak puas atinya..pasai apa pulak yahudi
amerika sekat nii mai campur tangan pulak..ni la yang dinamakan pelaq buih(dielek utara)klu tak faham bukak kamus yang tak bertajuk...hehehee....

Itu bukan ceritanya yang aku nak sampaikan muakuku wa...just sini cuma nak post kan gambar MAHMOUD AHMADINEJAD
masa zaman kanak2 dulu, ketika ni umur AHMADINEJAD umur nya baru masuk 2bulan 5hari
saje je n3 kali ni nak share dengan kawan yang friendly ngan e-jad,..dok email kat aku tanya
khabar tentang e-jad...aku ucapkan berbanyak3 terima kasih la sebab prehatin ngan n3 yang lepas...memang aku sayang ngan korang semua...ada jugak orang nak tengok perkembangan
my younger bro ni yang cun melecun nii....nama Ahmadinejad memang glamer giler siuut...bila
pergi klinik klanajaya 2hari lepas, sampai giliran nak kena injek..nurse pun panggil nama dia
kuat pulak tu(speak loud)...semua orang pakat usshaa je...pas da siap timbang 5.9kg...ada la
3/4 orang dok mai interview...unik...kata diorang ntah apa yang unik ..aku buat2 tak faham
tp aku tahu apa yang dimaksudkan...semua orang kat situ pandang dan tersenyum...depa dok sembang2 ngan ibu aku...jadi aku kena jauh kan sikit diri aku( beri laluan)...apapun memang
kelakar,ia mampu membuat aku tersenyum sendiri....hehheheee...okkkkk...layan dulu...yeessss



Tersenyum sendiri...ntah apa yang dikenangkan


nanti beleh belajar kondo2...karate ke..ye

Klu pergi klinik selalu..bila jumpa ngan untie2 @amoi2 depa mesti cakap
aiiyaa.... mata manyak busar.. macam bola..itu otak manyak panlai punya(cerdik)

apa2 pun dia lah adek yang amat dikaseh oleh semua anggota keluarga
dia adalah....WAN MAHMOUD AHMADINEJAD....

Telur Tiruan Dari China | Cara Membuat Bergambar





PEGAWAI penguatkuasa KPDNKK Pulau Pinang memeriksa telur ayam di Pasar Pulau Tikus hari ini berikutan pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berhubung penjualan telur ayam tiruan di pasar itu semalam. Sebanyak 270 butir telur ayam dari tiga gerai di pasar berkenan disita dalam pemeriksaan itu. - Foto BERNAMA
========================================
Baru baru ni kecoh pasai telor tiruan kat media,.masa tu aku baca sekali jalan saja sebab kepala dok ingat kelain..dalam kepala aku dok ingat pasai nak pii grading minggu depan..jadi yang lain tu tak berapa nak ambik port sangat, bila ari ni ada masa sikit aku pun jelajah cari info ,lalu akau jumpa pasai teloq tiruan kat sini (disini), lepas tu aku cari la maklumat lagi kat tempat lain pulak ,baru akau faham bahaya teloq tiruan nii....isssh yang aku tak faham manusia ni pandai sungguh dalam bab nak membunuh manusia cara halus ni(bukan pakai bomoh lagi) telur ayam tiruan ni pun sudah ada di pasaran yang khabarnya buatan dari China. Orang China ni sebenarnya memang kreatif, apapun mampu di tirunya...terdahulu kes malemin pinggan mangkuk,pastu botol susu...haa past ni apa pulak..diorang kretif dalam mencari keuntungan mudah tanpa memikirkan mudarat pada pengguna... Tapi bila kena dengan barangan makanan ni, dah tentu merbahaya kerana pembuatannya menggunakan bahan-bahan kimia tertentu yang memungkinkan di hinggapi penyakit merbahaya di kemudian hari...aku harap pihak2 dari badan boleh bertindak pantas menghalang benda2 macam ni dari terus berada dipasaran terbuka...klu dah sampai kat pasar2 malam lagi la payah nak benteras..takkan kpdnkk nak merayap pasar malam satu malaysia pulak ..tu lagi la payah...apapun lu olang layan pic kat bawah tu ya ya ya.....



Kelihatan isi telurnya bila di pecahkan saling tak tumpah yang asli.Cuma puteh telur agak cair dan lebih berkilat dari yang asli.



Telur yang di rebus mudah pecah dan kurang anjal tidak seperti telur asli yang agak anjal isinya.



Antara bahan kimia yang di gunakan untuk menghasilkan telur tiruan ialah karbonat,resin,alum dan pelbagai lagi...mak ooii apa barang tu..macam nak buat kuih bulan jer...AWAS


Siap dengan acuan dia sekali...tu lah manusia..geliga2
Telur kuning yang menggunakan kalsium klorida di buat menggunakan acuan khas.



Dituang dan di biarkan kering sedikit sebelum melalui proses seterusnya.


Direndam dalam cecair parafin wax untuk membentuk selaput luar telur kuning.


Dah nampak macam lilin jer...tu kimia
Proses membuat kulit telur tiruan juga menggunakan bahan kimia tertentu.


Macammana diorang buat kulit...iti aku kompius sikit
Walau bagaimana pun telur tiruan agak mudah pecah berbanding yang telur asli.



Ermmm..nampak saling tak ubah seperti telur goreng asli.



Ini cara mengenalpasti sebelum membeli: Telur tiruan kelihatan agak cerah dan licin berbanding telur ayam yang asli.
P/S; Agak 2 klu jumpa kat pasar ,boleh ke kita kenal pasti yang mana ori ngan yang tak ori ni,..khabarnya pengguna kat CHINA sendiri pun kompius nak beza kan antara ori N palsu..
jadi elak la kita berhati2..klu bawa balik umah ,bila masak jadi macam kat atas tu,tak payah la nak try2 rasa...elok campak je kat bakul sampah...sebab harga teloq tu tak sama dengan harga kesihatan kita...bayangkan klu sakit berapa harga yang perlu bayar untuk kos perubatan...wallahualam....adiiiooss


Monday, April 4, 2011

SAKSIKAN!! Adakah benar ianya Anwar?

SAKSIKAN!! Adakah benar ianya Anwar?


Dalam kes ni aku kurang berminat nak bagi ulasan..tapi nii lah cerita yang tengah hot hot
cool 'korang boleh baca kat sini...klik sini...korang buat pertimbangan sendiri..yaa sendiri mau ingat...hehheee..........nak tengok versi vidoe kat facebook boleh klik sini pulak dah...aahhh korang punya suka lah


Vide diak
hir entry..

yuna-dan sebenarnya lirik


aku pilih lagu nih......bagi mewakili perasaan ibu
pada ayah ku yang gedikkk!!! tu...harap menepati
maaf ayah ,bukan tak hormat tapi.........sket da
kureeeeennngggg!!! laa
aku betul-betul confius sekarang....bila tengok
keadaan ibu,bila kite borak2 santai dengan ibu,
kadang-kadang nmpak cam ibu ketawa,tapi serupa
nangis,tapi bila nampak cam nangis,ada sket cam
ketawa......ooo pening............,susah mau cakap...layannn jer

from;eman



HARI GURU.JOGET

aku jumpa video kat satu blog disini and then aku upload kat sini sebagai hiburan atau.....
nak klakar pun ada aku tengok gelagat guru guru kita nii...mungkin dorang tension sangat
selalu jumpa dengan murid2 yang degil(lebih kurang aku ) seharian dengan buku buku
bila ada peluang ..fuhhh mengalahkan artis...memang paklawak betui video....best giler
=============================================================
p/s; cuba korang bagi komen sikit pendapat masing2...bagi aku ada baik ada buruknya rupa
tu...entah la...korang layann
==================================================================


Murid koma DIPUKUL guru akhirnya Meninggal Dunia, Penyelia Asrama Ditahan

macam2 kes murid pukul guru,guru pukul murid...dan yang ini lagi parah ..menyebab kematian akibat dipukul seorang guru...sekarang
nak salahkan sape..guru diberi tanggung jawap sebagai pendidik..tetapi dalam kes ni jadi sebalikya...mari lah kita bersama sedekahkan
al-fatihah untuk arwah adik Saiful syazani Saiful sofidee...dan pada keluarganya ku ucap kan takziah,harap banyak bersabar,segala
yang terjadi adalah ketentuan darinya,..korang layan lah kat bawah tuuuu......baca disini juga
Murid kena pukul meninggal, penyelia asrama ditahan
ALOR SETAR: Murid yang dikatakan dipukul oleh seorang guru di asrama sebuah Sekolah Agama Rakyat di Jejawi, Perlis, sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada 8.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lalu.

Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, Kangar petang ini.
Dalam kejadian 7 malam itu, seorang guru lelaki berumur 26 tahun dikatakan memukul murid terbabit selama hampir dua jam sehingga pengsan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya, berkata suspek yang juga penyelia asrama sekolah berkenaan ditahan pada jam 10 malam tadi.

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Ibu angkat mangsa, Hazirah Chin, 38, berkata sebelum dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, anak angkatnya yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada jam 1.40 pagi kelmarin.

"Saya dapat panggilan daripada seorang ustaz. Dia tanya sama ada Saiful ada penyakit tarik (sawan). Saya kata tak ada. Lepas itu dia kata dia nak datang ambil saya ke hospital sebab Saiful masuk hospital dan kena pindah ke hospital di Alor Setar," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah.

Hazirah berkata, dia dapat melihat kesan melecet pada pergelangan tangan mangsa selain kesan lebam di bahagian matanya.

"Saya diberitahu Saiful alami pendarahan di bahagian kepala. Pada mulanya doktor kata dia stabil tapi semalam (Sabtu) doktor beritahu dia sudah tak ada harapan untuk hidup.

"Ketika mula-mula masuk asrama, arwah gembira sangat-sangat. Dia kerap balik sebab sekolah tak sampai satu kilometer dari rumah kami," katanya.

Bapa kandung mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata anaknya dipelihara oleh keluarga angkat selepas isterinya meninggal dunia ketika Saiful Syazani baru berusia tiga tahun.

"Kali terakhir saya bertemu anak saya setahun lalu, sebab saya tinggal di Langkawi dan baru berpindah ke Jitra sebulan lalu," katanya.

Saiful Sopfidee berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya pada jam 8 pagi kelmarin.

Selepas melihat keadaan anaknya akibat dipukul, Saiful Sopfidee membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada petang kelmarin. - BERNAMA





makin tua makin gila

heyy...ko jangan main main
dengan aku klu ko sayang gigi



Eeeeeeehhhhh....Geramnyaaaaaa....malam nii aku angin satu badan
hati betui2 sakit kat ayah aku yang main giler dengan sekor betina...cisss kalu
aku jumpa mau juga aku bagi turning kick....patut la aku tengok dok sms punya giler sampai ketengah malam...rupanya ada udang sebalik mee kari

Mulanya aku tak tau cerita ni...sebab bila aku tengok ibu ku lain macam
jer,aku cuba la tanya ibu,,tapi ibu marah2kan aku..ibu cakap jangan ambil tau
hal orang tua...at last pecah lobang juga,bila my bro buka cerita kat aku...hisss
menyampah betul2 dah beranak pinak gatai nak bercinta pulak...heeee geram

Ibu aku dah lama tau cerita ni...lebih kurang 2bulan lalu...masa ayah start
keje kat site putrajaya...tapi ibu kata tak serius...ingatkan gurau kawan2 kat tempat keje aje...sejak 4/5 ari nampak macam serius pulak...siap pompuan tu
sms kat ibu aku sekali tp masih guna handfone ayah aku lagi....jadi ibu aku pun call pompuan tu..guna fone aku ,itu la buat aku jadi bara...bila sampai sms kat fone aku pun tanya ibu ,sape ni yang hantar mesej pelik..tp ibu tak jawab..dan terus ibu simpan fone aku...mengikut sumber bro aku pompon tu keje tak sama
compny ngan ayah..dia keje ngan maincontractor kat situ sebagai enggineer
tah macm mana ayah aku sangkut ngan dia...siap hantar sms kat suruh
ibu minta cerai lagi...ciisss betui2 kurang ajarrrr...tp yang aku heran tengok
ayah aku cool jer mcm tak bende...hai orang tua ni (ayah)pandai cover line,

Masa aku tulis n3 ibu kat benda dah settle lega rasanya..tah aku ni kurang yakin sangat,.tp harap2 betui2 dah settle...dan tak akan terjadi lagi kat
keluarga kami...untuk pompuan tu..kamu cari lah jantan2 yang bersepah2
kat bumi ni,dah tahu orang tu ada keluarga tak payah nak himpit,cari lah
yang bujang sama bujang...ada faham!!!

p/s pengajarannya ..kepada orang laki2 dan pompuan siasat dulu sebelum mencurah rasa...kerana yang nak merana bukan yang sedang bercinton tu
tapi effect nya pada orang terdekat...tambah lagi yang dah ada keluarga
mau hancur rumah tangga...apa pun aku bersykur kerana benda berakhir dengan AMAN...Alhamdulillah.




Sunday, April 3, 2011

bosannnnn

Ari nii cencel pulak latihan teak kondo ...issssh minggu depan da nak grading
macammana nii...sir Hamin cakap ari nii tak dapat nak buat latihan sebab ada
kenduri jadi dewan yang selalu kitaorang guna untuk latihan digunakan untuk keje
kahwin....nii yang buat aku susah hati nii.

Tu la akibatnya selalu ponteng kelas ...at last rugi sendiri..jadi aku kena dapatkan tunjuk ajar
dari bro aku...ini yang tensionnnnn...nanti punyalah raggi bro aku bila aku tanya dia
banyak lah dia punya motivation bertambah2 la lagak dia...tapi aku tak ada jalan lain
selain bro and ayah...klu ayah lagi la payah dia punya berletiaq sampai ke malam..apa pun
kena minta tolong bro aku jugak la...

hoi hang dok mana oii...balik umah kjap
--------------------------------------------------

my bro dah keluar main bola...call3 tak dapat...haiiiii payah sungguh nak minta tolong nii..
aduh aku kena log out dulu nak turun cari bro aku kat mana pulak si mamat hansome niii..
byyyyeeee......

Friday, April 1, 2011

Grading pulak


Tanggal 16hb april....itu lah tarikh yang mendebarkan bagi aku nii...
first grading 2011...wahduh best nya ,harap kali aku dengan mudah boleh tukar
red bell dan seterusnya akn bergelar senior la...muakkk...syok giler

Tapi dalam syok tetap berdebar..mana tidaknya aku dah ponteng class
dekat sebulan dah..hari penentuan tinggal 2minggu...harap dalam 2minggu
tak ada masaalah masuk class...issssh macmana nak hafal teaguk ni....
moga geng 2 aku boleh..kalu tidak hampehh la kali ni
latihan; dewan serbaguna tman melati,setapak


Gambar kat atas geng senior..termasuk my bro..eman( kiri ketiga) ini semua ada yang wakil negeri dan kebangsaan..AWAS..klu nak pukul dorang ni kena main cory2..klu tak ..makan roti jawapnya,..tapi dorang semua baik baik dan sangat berdisiplin...bukan macam aku la(terlebih disiplin)



Barisan depan tu master kitaorang,(tengah)master ramli,
kiri;tak ingat nama,sir ridzuan,and aku pun dah blur2


ok lepas 16hb akan aku tunjukkan bell baru..tu pun kalau lulus..kalu tak lulus
hampeh ...kena turning kid ngan ayah..ayah aku pun boleh tahan juga ganas
tapi skarang dia agak sibuk sikit..jadi dia kurang ambil tahu hal2 ni..kecuali
kalau ada tournement...hahhh teruk la aku NA BRO aku kena belasah bila
dia ajar sparring...wat ever la my father is the best..2-3 jenis seni bela diri
yang tahu.silat ke tomoi siam...ada sekali dia nak ajr kuntau kat bro aku dulu
3ari saja bro aku dah tak lalu nak belajar...last2 tutup buku...baru dia tau
selalu banyak ex ngan aku..skali dia kena aku gelak la..bukan senang nak
nak dapat peluang tu...apa ....adioosss